Agak berbulu telinga saya bila tengok berita semalam, yang melaporkan bahawa Mursyidul Am
PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bahawa
Penyokong UMNO takkan masuk syurga.Beliau membuat kenyataan itu di Permatang Pasir (haii...nak kempen pun takkan sampai jadi lebih berkuasa dari Allah SWT)....yang mana berbunyi, "Para Penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Sebabnya
parti UMNO mengamalkan ajaran Islam yang PALSU!!"
Palsu?? Rasanya ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan 'bodoh' macam ni. Beliau mungkin seorang Tok Guru atau Ulama Besar...tetapi
SIAPAkah beliau untuk melabelkan 'orang ini masuk syurga, orang ini masuk neraka!'?
Yang dikatakan tak masuk syurga adalah para penyokong UMNO, bagaimana pula dengan ahli UMNO sendiri?? Fikir-fikirkanlah. Janganlah kerana ingin meraih undi dan populariti sehingga kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur kontroversi seperti itu.
Hmmm....tak habis-habis
MELAYU nak bergaduh sesama sendiri, yang bersorak gembira bangsa lain!!!!!!
21 comments:
Ntah la, kalau dah politician tu...macam2 la "ayat2 sakti" dia..sib baik la none of my family members yg masuk politik.
macam hal la politik skrang...kotor kotor..melayu sama melayu gaduh malu la...oragn suka sampai bertepuk tangan..hapa nak jadiiiii
i tak tgk berita smlm, nik aziz sebut sendiri @ berita yg melaporkan? sbb kalo berita yg melaporkan masih blh diragui kenyataannya.. apa2 pun, memang org melayu ni bsemangat bab2 nak tunjuk hero, tapi yg dapat untung, kaum lain gak.. RUGI kan..
along: nak masuk politik tak salah, tapi jadi la politician yg bijak cara 'betul'! some politician tu mmg ntah apa2 la!
mimy : mmg kadang2 malu kan tgk politicians melayu ni macam kena 'guna' dgn kaum lain pun ada. senang ckp mcm jadi balaci diorang la! sedih pun ada. tu pun dok tak sedar2 diri lagi!
anon: mmg dia mengaku dia ckp bila ditanya press. ni bukan kali pertama dia buat statement pasal masuk syurga ni. bengkerk la!
die dah tua n maybe ade possibility nyanyok kot...tue la sometimes too much being said just to raise popularity...
came to think about it, mane ade politic yg totally 100% bersih kan :(
so bile ade pilihanraya mcm nie la boley tgk sume drama kuar :)
verde: nak berdrama ke berteater ke tak kisah lah. mmg lumrah dunia politik pun..tapi kalau dah masuk bab syurga neraka ni..sudah lebey la ni!!
He..he..tak tau nak komen pasal politik..Tapi kite sebagai rakyat harus memilih pemimpin yang berpegang pada agama dan amal makruf nahi mungkar supaya kite tak di panggil di akhirat kelak kerana mengundi pemimpin yang mengamalkan korup dan rasuah..juga mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram..tak rela i kene panggil di akhirat kelak sebab tersalah pangkah calon pilihanraya..sendiri punye dosa pun tak tertanggung..maybe ini yang dimaksudkan oleh nik aziz kot, tapi telah disalah tafsirkan dan di pebesarkan oleh sesetengah pihak yang nak ambil kesempatan. wallahualam..
misz mama: mungkin juga niat dia baik...entahlah. Tapi cara dia buat kenyataan tu yg melampau sikit. Tak perlulah nak sebut soal akhirat tu. Nak besarkan isu corruption ke isu moral pemimpin ke ikut suka la. Tapi bab siapa nak masuk syurga neraka biar Allah SWT shj yg tentukan! Peace!
dah nyanyuk org tua nih.. :p
echah: hmmm...nampak gayanya mcm tu lah! :)
i setuju.. nak politik, politik je lah. buat pe nak campo adok kan politik and agama. and he sounds silly bila suka suki nak tentukan org mana masuk syurga. itu semua ketentuan Allah la. lagi pun apa bukti nya umno tu ajaran islam palsu? org bukan melayu dok sibuk nak jatuhkan melayu, yang org melayu lak tak sedar2 diri nak kelahi sesama sniri. choiiiii
i setuju.. nak politik, politik je lah. buat pe nak campo adok kan politik and agama. and he sounds silly bila suka suki nak tentukan org mana masuk syurga. itu semua ketentuan Allah la. lagi pun apa bukti nya umno tu ajaran islam palsu? org bukan melayu dok sibuk nak jatuhkan melayu, yang org melayu lak tak sedar2 diri nak kelahi sesama sniri. choiiiii
mrs izwan: yeah he's indeed 'dah tak betol' here! Actually org umur mcm dia tu elok2 la bwk berundur dari dunia politik ni kan. Mmg sedih mengenangkan nasib bangsa melayu yg makin lama makin tak sedar diri! Ingat selamanya bumi malaysia ni akan jadi milik melayu kalau kita tak bersatu?
salam,
Bagus dapatkan dulu dari sumber yg sebanar dan usah adili dulu semua kenyataan dari semua akhbar, bukankah itu yg lebih baik sesuai dgn sunnah Allah SWT...
Yang Hina...
anon: sumber sbnr dah lah tu kalau siap dah tunjuk interview dgn Pok Nik and dia ngaku mmg dia ckp mcm tu!
Yang Hina jugak..
a'ah mmg sah dia yg berckp dlm tb tuu.. :(
echah : thanks kerana mengconfirmkan! :) kadang2 kenyataan mmg amat pahit untuk ditelan!
Sy x kisah le psl politik2 ni..sbb klu dh msuk politik mmg mcm2 hal..tp sy sedih bile seorang yang berilmu agama ckp mcm ni..ni la dia antara tanda2 kecil kiamat..
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim..
Allah Maha Mengetahui...
mama herda: thanks bagi penjelasan. cuma kadang2 yang taksub juga tak dpt nak bezakan yang mana salah yang mana betul..sedih jugakkan!
Post a Comment