
Agak berbulu telinga saya bila tengok berita semalam, yang melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bahawa Penyokong UMNO takkan masuk syurga.
Beliau membuat kenyataan itu di Permatang Pasir (haii...nak kempen pun takkan sampai jadi lebih berkuasa dari Allah SWT)....yang mana berbunyi, "Para Penyokong UMNO tidak akan masuk syurga. Sebabnya parti UMNO mengamalkan ajaran Islam yang PALSU!!"
Palsu?? Rasanya ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan 'bodoh' macam ni. Beliau mungkin seorang Tok Guru atau Ulama Besar...tetapi SIAPAkah beliau untuk melabelkan 'orang ini masuk syurga, orang ini masuk neraka!'?
Yang dikatakan tak masuk syurga adalah para penyokong UMNO, bagaimana pula dengan ahli UMNO sendiri?? Fikir-fikirkanlah. Janganlah kerana ingin meraih undi dan populariti sehingga kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur kontroversi seperti itu.
Hmmm....tak habis-habis MELAYU nak bergaduh sesama sendiri, yang bersorak gembira bangsa lain!!!!!!
