Sunday, August 30, 2009

Hujung minggu yang 'BERHASIL'

Lupakan Mat Flinstone dan biarkan dia terjun dengan labu-labunya....JOM kita buat Biskut Raya! Ada jugak hasil (untuk dimakan!) Eheheh.... Lagipun bulan-bulan puasa ni tak best pergi window shopping sebab tekak kering.


So apalagi, mintak my mother bawak keluar semua buku resepi lama dia dan AYUH mulakan Projek Biskut Raya. Resepi lama-lama ni memang best. Resepi tradisi gitu. My mother memang kaki masak dan collect buku resepi (tapi sedey tak turun pulak kat anak dia ni!) :(. Ada buku yang dari dia belum kahwin pun masih elok lagi!

Antara biskut raya yang wajib ada setiap tahun ialah TART NENAS! But instead of yang biasa orang buat iaitu 'gulung' version, kita buat shape buah jambu *gambar di atas* dan cucuk bunga cengkih, ala-ala tangkai gitu. Bila bakar, kuih tart kita akan lebih wangi sebab cengkih tu kan harum baunya! Tapi serius, naik juling mata sekejap asyik membelek dan membentuk 'buah jambu' tu....kena banyak kesabaran beb. Oh ya..nak letak pewarna merah pun boleh, baru betul-betul real buah jambu! Tapi kalau nak buat jual...elok buat tart gulung je lah! Cepat, mudah dan tak menjulingkan mata anda! *gambar di bawah* Tart gulung pun try buat jugak. Perghh...beriya tu!!


Lagi satu biskut wajib ada ialah Biskut kacang MAZOLA. Haa...yang ni amatlah senang nak membuatnya. Gentel-gentel jadi bulat, pelepapppp tempek kacang kat atas. Dah siap!! Tapi persiapan awal nak menggoreng kacang tu adalah sedikit mencabar di bulan-bulan puasa ni, sebab TEKAK KERING! Sabar..sabar...


Dan akhir sekali, mana boleh di tinggalkan Si SAMPERIT ni!!!!! Hmm...harap maaf sebab bentuk bunga tu macam tak berapa 'steady' je. Merembang je dia kembang. My mother kata sebab i pukul adunan tu lama sangat. Huhuhuh....Yang ni kira buat makan sendiri je lah. Rasanya sodap! Nak jamu kat tetamu, harap maap je lah! eheheh.


Selepas sehari berhempas pulas melaksanakan projek ku ini, tiba-tiba medula oblongata ku terasa amatlah perit sekali! AIYOoooo.....HELP ME!


My mother kata, 'Haa...ni baru 3-4 balang kuih dah komplen lenguh...macamana nak berniaga?' Ya ampunnnn...memang takkan berniaga la macam ni! I tabik springgg dekat orang yang mampu buat bisnes Biskut Raya sampai beribu-ribu balang ambik order!

Tapi perjalanan projek Biskut Raya ni tak berakhir di sini saja (tunggu lah tulang belakang straight balik). Ada biskut Cornflakes dan Makmur yang belum dibuat. Tapi rasanya, biskut-biskut di atas ni mungkin ada yang kena repeat second time ni. Maklumlah, ni baru minggu pertama puasa. Masuk minggu ketiga, mahu tinggal balang kuih je kan? Eheheh. Insyallah tahun ni nak cuba tak nak beli biskut raya kat luar walaupun lawa dan menggoda macamana sekali pun rupanya! Selamat Berhujung Minggu!!

Till then, Adios....

16 comments:

Lady of Leisure said...

wah tabik spring la i tgk u rajin buat kuih raya ni.. i surrender lah tahun ni...

usually kuih yg menjadik tradisi family i sejenis jer iaitu biskut arab, bulat besar skit dari guli dan kat bahagian luarnya disaluti gula castor..

tapi tahun ni my mom kata tak nak buat dah, malas katanya huhuhu...

Abrahyn said...

makkkk aiiii....baru seminggu pose dah siap kuih raya sampai 4 balang! biar betullll....eh, betuuuullll la nih....hehehehe...sempat ke sampai raya tuh?

Real Woman said...

lol: eh biskut arab pun i suka jugak cuma tak pernah buat je. Biasalah nk start buat mcm berat sikit tapi bila dah start susah pulak nk stop! Hehehe

Real Woman said...

abrahyn: erm rasanya tak sempat kot! Hehehe. Kena buat second round nampak gayanya coz yg ada pun mcm dah ala2 separuh balang!

RENDA said...

Alahai..beshhhhh nya dah start buat kueh raya!!!

Kirim lah sebalang dua..

Tart nenas tuh faveret eVEr..

Real Woman said...

renda: tart nenas mmg marveles!! eheheh...malu la nak hantar coz I baru category beginner ke buat biskut2 ni! :)

Mimy Hamid said...

aihh cepat tul proses berkuih raya.. i tak start lagi ni..ini tak leh jadi ni..i love samperit tooo

echah_syed said...

awalnyer buat biskut.tart nenas tu fav combi tau :)

mai sebalang..! :p

snowiffy said...

fuyooo!!! bakat terpendam tu babe. sure ur other half makin syg ni. as fr myself da 3 thn kawin..raya cookies i buat yg tunjuk punya esp bila tiba mlm raya kt pkns dia lelong abis..hihi

:: || Mrs. Izwan || :: said...

fuyoooooooooooooooo baru 2 hari i tak masuk internet, RW dah buat kuih raya bermacam2 jenis. giler lah!!!! GILER LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... tabik spring tabik spring... kita pun plan nak buat mkueh raya sniri tahun ni. heheheh

Real Woman said...

mimy: ayuh...kita mulakan dari sekarangggg...eheheheh

Real Woman said...

echah: mai la makan kat rumah RW!! :)

Real Woman said...

snowiffy: ye ke last day ada lelong kat pkns? ingat kat masjid india je. hmm...tu yg buat nak pegi ni!!

Real Woman said...

mrs izwan: JOMMM...nanti masuk kat blog u ye!!

pinkcouture said...

BRAVO RW!!!!rajinnye u...awal2 lagi dah start buat kuih raya.siap plan nak buat second round lagi ni.i baru ingat nak start buat hujung mgg ni.

Real Woman said...

pink: i kena buat sebab i suka makan cookies for buka puasa..so by the time nak raya, mesti kena buat 2nd rnd! :)

Blog Widget by LinkWithin