Tuesday, August 4, 2009
Kad Raya Zaman Sekarang??
Bulan Ramadan bakal menjelma...so apa kata kita cerita pasal Kad Raya. Eheheh..sebelum tu, puasa ganti dah selesai ke??
Sebenarnya, saya sendiri kurang pasti samada industri pembuatan kad raya ni masih boleh bernafas dengan selesa, separa selesa atau dah hampir semput. But i guess, could be the latter. Kalau dulu, setiap kali sampai minggu kedua berpuasa, sibuk pergi kedai nak cari kad raya. Nak kirim kat kawan lah, nak bagi cikgu lah, sampai dekat makbapak yang duduk serumah pun nak bagi kad raya...dan kita sendiri pun akan dapat banyak kad raya, in return. Seronok masa tu....siap gantung-gantung kat dinding rumah, kat pokok dalam rumah, bagi tambah meriah suasana Hari Raya.
Tapi sekarang ni? Kiriman Kad Raya 'SMS' atau melalui E-mail yang sering kita dapat sebagai pengganti diri. Bukan tak menghargai ingatan teman. Cuma rasanya, personal touch tu 'kureng' sikit. Setakat nak forwardkan sms tu kepada semua senarai contact dalam Phone list, rasanya siapa pun boleh buat. Ntah-ntah kita tak tahu pun kat siapa kita hantar sms tu. Main forward je..Itu pendapat saya lah.
Adakah faktor masa membuatkan kita lebih selesa menghantar SMS atau E-mail? Ye lah, tak perlu ke kedai membeli kad dan tak payah beratur di Pejabat Pos membeli setem.
Atau mungkin faktor kos membuatkan kita malas untuk menghantar kad raya? Harga sekeping kad yang standard sekarang pun dalam RM1.50. Mungkin ada yang lebih murah. Tapi jika kita nak hantar kepada 20 orang teman misalnya....belum masuk duit setem...mungkin banyak jugaklah kosnya. Tapi ini kan cuma setahun sekali. Apa? Tak tahu alamat? Hmm...macam-macam la alasan nya ye! Kata orang nak seribu daya, tak nak seribu dalih!
Till then, Adios...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
walaupun nampak old fashion tp saya lg suka pos kad raya bukan elektronik ini..nampak klassikkan..dan ada mood nak menyambut raye juga..real..nanti jgn lupa send address tau...
syahadah : hehehe setuju! baru 'real' suasana hari raya kan!
for me i'll go for practicallity...
for close family members ie granma, uncles unties, i choose for snail mail...but for friends cousins etc, its much more convenient to go for virtual electronic's ;D
sha prefer old fashion. sha kn old fashioned hehehe.. rasa cam tharu je bile dpt card raya. ade org igt kat kita yea ;-)
me choose to save the trees!!
it the tought that matter, kan?
verde : actually i terbalik la...for friends and peminat (eheheh) still hantar kad raya...and for family members..wish verbally cukup lah! heheheh
mrs lvoe : true la. bila dpt kad dengan dpt sms, feeling dia lain sgt kan!
jane : at the end of the day, it's the thought that matters. betul tu!
ehehhe... teringat dulu2 kasik kad pastu tulis pantun pecah kaca pecah gelas lepas baca harap balas aahahahah
LM : my god ye lah. ingat lg u pantun tu!! kelakar la kan!!!! hahaahahhah
I pun suka kad raya..lagipun my hubby is under the pos msia group so of course he prefers that too! Dia sgt sgt jarang balas segala ucapan2 via sms hee hee..
soho mama: ME too tak pernah reply sms raya. Tapi if the sender hantar sms again and ask whether i receivd the raya wish, then i'll reply to that person. Hehe. Teruk kan i.
http://www.markbattypublisher.com/jsp/buytramadol/#hcl buy tramadol with paypal - order tramadol overnight shipping
Post a Comment