Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Macam takde NAMA lain....

Akhirnya, McDonald's lost an eight year battle with a Malaysian curry house, yang telah sangat 'kreatif' menggunakan perkataan 'Mc' di hadapan nama kedai mereka 'McCurry'!

McDonald's pada tahun 2001 telah menyaman McCurry kerana menggunakan awalan 'Mc-' tu dalam nama kedai diorang, tapi Mc tu pun bukannya hak milik McDonald's. Walaupun menang, tapi saya sedih jugaklah dengan nama McCurry ni.... *hmmm*


Apapun... persoalannya sekarang, Mr P. Suppiah owner McCurry ni takde idea lain ke nak namakan restoran dia? Dahlah background pun pakai warna merah macam McDonald's! Cubalah bubuh nama lain macam errr....Suppiah Curry House ke, SUPer Curry Murry ke, Rumah Kari Suppy ke.....Rasanya, ni memang sengaja dia buat lah untuk attract attention! Katanya, McCurry stands for Malaysian Chicken Curry. Apa-apalah Mr. Suppiah.....since dah menang ni, katanya dia akan bukak lebih banyak cawangan McCurry dengan hati yang senang.


So, ada sesiapa yang pernah makan kat restoran McCurry ni? Best ke Kari Kepala Ikan dia yang kononnya special tu? :)

Friday, September 4, 2009

TEPUNG yang mana satu??

Hari ni kita cerita pasal tepung pulak. Takde apa sebenarnya. Nak beli tepung sekarang senang, tak macam nak beli gula. 2 kg seorang. Tepung ni rasanya macam dah berlambak-lambak pulak sekarang ni.

Perasan tak, dulu kalau kita nak beli tepung, brand yang ada cuma Cap Sauh dan Cap Wau je kan? Harga lebih kurang RM2.35 macam tu lah. Tapi sekarang ni (semenjak dua menjak ni), macam-macam brand tepung dah ada di pasaran!



Dan yang paling BEST tu, harga untuk brand-brand tepung yang agak baru ni cuma RM1.35!! Mula-mula tu rasa macam agak ragu-ragu nak beli, sebab dah lah harga murah sangat dan brand pun ala-ala tak pernah dengar je....kang masak jadi benda lain ke tak jadi ke, menyesal pulok!

TAPI.... hidup harus berani mencoba!! Eheheh. Err...cuba untuk benda-benda kebaikan ye......yang tak berapa baik tu tak payahlah gatal nak mencuba!


Jadi brand baru yang pertama sekali di cuba try test ialah brand Blue Key. Sebabnya brand ni pun macam famous la jugak. Harga un RM1.35. Diorang ada jugak keluarkan Self-Raising Flour, Tepung Pau dan macam-macam lagi yang dalam kotak tu. Hasilnya Ok la.... takde beza pun dengan tepung Cap Sauh dan Cap Wau. Boleh sambung beli!

Next, terjumpa pulak tepung Cap Bunga Cempaka. Macam-macam nama tepung daa....Try jugak, jangan tak try! Brand ni pun ok jugak. Tak tipu punya! :)


Dan baru-baru ni, jumpa lagi satu brand tepung baru...CAP LILI la pulak! ish..ish..ish... kenapa tiba-tiba berlaku lambakan jenama tepung ni?? Oleh sebab harga pun RM1.35, jadi kita harus jugak cuba!

Hasilnya...juga Marvellous!! Kuih dan Biskut jadi elok dan rangup. Takde beza pun dengan jenama tepung yang mahal. Yang tulis ber-Protein tinggi lah, ada zat itu zat ini...eiishhhh....sama je, TEPUNG jugak!

Jadi you all kalau nak cuba jenama tepung-tepung ni lepas ni nanti, janganlah takut dan ragu-ragu, sebab it has been tried and tested by Yours Truly. Eheheh. Tapi kalau you all masak tak menjadi ke apa ke...... err....jangan cari I ye! *Peace*

Till then, Happy cooking and Adios....


Wednesday, September 2, 2009

JANGAN makan/minum kacang SOYA lagi!!!


Waktu bukak puasa beberapa hari lepas, seperti biasa menu air minuman haruslah Air Kacang Soya-ais! Tiba-tiba, my father kata, "Tak elok sebenarnya minum Soya Bean ni. Boleh sebabkan kemandulan baik lelaki atau perempuan. Kat Singapore pun nak ban dah produk berasaskan Soya ni tak lama lagi. Di Israel dah lama ban dah!" Dia pun baru dengar cerita ni dari sorang kawan dia. *Betul ke ni?*

AIK!!! Bukan ke banyak artikel yang keluar kat paper, magazine semua cerita tentang khasiat dan kebaikan soya bean ni ke? Sebagai anti-kanser lah, sumber protein yang tinggi lah, antioksidan lah, reduce chances of osteoperosis lah, lower cholesterol level, penghilang dahaga waktu berbuka puasa (eheheh) bla bla bla. Apa sudah jadi ni??


Tak puas hati, malam tu jugak pi google cari info kat net. Terjumpa satu website ni yang menceritakan tentang the Truth about Soy! Memang betul la...rupanya Soy Beans ni dikaitkan dengan masalah Kemandulan, Breast Cancer, Hypothyroidism, Thyroid cancer and many more disorders. Kalau nak tahu lebih detail, sila pergi ke Soy Online Service ni.

Confirm habis lah lepas ni, melepassss lah......TEMPE pujaanku, KICAP kegemaranku, TAUHU idaman kalbuku dan sudah semestinya AIR SOYA kesukaanku ituUU!! *huhuhuhuh* Tapi kalau sekali sekala makan/minum soya ni ok kot kan?kan?

Sunday, August 30, 2009

Hujung minggu yang 'BERHASIL'

Lupakan Mat Flinstone dan biarkan dia terjun dengan labu-labunya....JOM kita buat Biskut Raya! Ada jugak hasil (untuk dimakan!) Eheheh.... Lagipun bulan-bulan puasa ni tak best pergi window shopping sebab tekak kering.


So apalagi, mintak my mother bawak keluar semua buku resepi lama dia dan AYUH mulakan Projek Biskut Raya. Resepi lama-lama ni memang best. Resepi tradisi gitu. My mother memang kaki masak dan collect buku resepi (tapi sedey tak turun pulak kat anak dia ni!) :(. Ada buku yang dari dia belum kahwin pun masih elok lagi!

Antara biskut raya yang wajib ada setiap tahun ialah TART NENAS! But instead of yang biasa orang buat iaitu 'gulung' version, kita buat shape buah jambu *gambar di atas* dan cucuk bunga cengkih, ala-ala tangkai gitu. Bila bakar, kuih tart kita akan lebih wangi sebab cengkih tu kan harum baunya! Tapi serius, naik juling mata sekejap asyik membelek dan membentuk 'buah jambu' tu....kena banyak kesabaran beb. Oh ya..nak letak pewarna merah pun boleh, baru betul-betul real buah jambu! Tapi kalau nak buat jual...elok buat tart gulung je lah! Cepat, mudah dan tak menjulingkan mata anda! *gambar di bawah* Tart gulung pun try buat jugak. Perghh...beriya tu!!


Lagi satu biskut wajib ada ialah Biskut kacang MAZOLA. Haa...yang ni amatlah senang nak membuatnya. Gentel-gentel jadi bulat, pelepapppp tempek kacang kat atas. Dah siap!! Tapi persiapan awal nak menggoreng kacang tu adalah sedikit mencabar di bulan-bulan puasa ni, sebab TEKAK KERING! Sabar..sabar...


Dan akhir sekali, mana boleh di tinggalkan Si SAMPERIT ni!!!!! Hmm...harap maaf sebab bentuk bunga tu macam tak berapa 'steady' je. Merembang je dia kembang. My mother kata sebab i pukul adunan tu lama sangat. Huhuhuh....Yang ni kira buat makan sendiri je lah. Rasanya sodap! Nak jamu kat tetamu, harap maap je lah! eheheh.


Selepas sehari berhempas pulas melaksanakan projek ku ini, tiba-tiba medula oblongata ku terasa amatlah perit sekali! AIYOoooo.....HELP ME!


My mother kata, 'Haa...ni baru 3-4 balang kuih dah komplen lenguh...macamana nak berniaga?' Ya ampunnnn...memang takkan berniaga la macam ni! I tabik springgg dekat orang yang mampu buat bisnes Biskut Raya sampai beribu-ribu balang ambik order!

Tapi perjalanan projek Biskut Raya ni tak berakhir di sini saja (tunggu lah tulang belakang straight balik). Ada biskut Cornflakes dan Makmur yang belum dibuat. Tapi rasanya, biskut-biskut di atas ni mungkin ada yang kena repeat second time ni. Maklumlah, ni baru minggu pertama puasa. Masuk minggu ketiga, mahu tinggal balang kuih je kan? Eheheh. Insyallah tahun ni nak cuba tak nak beli biskut raya kat luar walaupun lawa dan menggoda macamana sekali pun rupanya! Selamat Berhujung Minggu!!

Till then, Adios....

Friday, August 28, 2009

Krispy Kreme on Air Asia! YEAYY!!!


Rasanya Air Asia lah syarikat penerbangan pertama di dunia ni yang menyediakan menu donut Krispy Kreme on board! Wahey!!

Baguslah Air Asia ni!

Harga untuk 2 biji donut RM7. Tapi bukan semua jenis Krispy Kreme ada dijual. Cuma 4 jenis ... Chocolate Iced Glazed, Glazed Chocolate Cake, Glazed Vanilla Cake dan Chocolate Peanut Butter. Aik, the famous Original Glaze tarak ka? Hmm...


So, kalau nak dapat 20% diskaun on the doughnuts, kena book awal-awal online. Oh ya..Donut-donut ni mula dijual bermula 1 September ni! Adios....

Sunday, August 23, 2009

Buffet Buka Puasa MEMBAZIR??

Apa khabar you all semua? Amacam first day puasa semalam? Tak terasa sangat lah kan. Tunggu lah minggu-minggu terakhir Ramadhan nanti, kot baru nak terasa. Dengan sibuk nak gantung langsir baru, nak kibas setahun punya sawang kat siling, nak buat biskut dan kek bagai...baru tekak terasa amatlah keringnya kan??

So semalam buka puasa sangatlah meriah. Macam-macam ada! Tapi tak berlaku pembaziran ye sebab hampir 90% licin. Eheheh. Jiran pulak bagi Kari Udang dengan kentang...Walla! Siap cicah dengan murtabak!


Wah...I memang pantang tengok meja Dessert macam ni! Eheheh.


Sebenarnya, nak tulis entry ni sebab tadi bila baca paper, ada lah satu column tu tulis tentang tempat-tempat nak berbuka puasa. Hotel belaka senarainya! Bila sebut hotel, tentulah Buffet. Dan bila sebut Buffet, tentulah harga per person antara RM60- RM 90! Budak-budak lebih kurang separuh harga Adult. Tapi rasanya kalau kat Paya Serai, PJ Hilton Rm98++ per Adult kan? And kat Restoran Sri Malaysia, KL Tower RM120++. *Please correct me if i'm wrong*

Just imagine kalau sekeluarga pergi berbuka kat tempat-tempat ni, mesti melayang RM600++!! And that amount of money agaknya boleh buat beli juadah berbuka puasa selama sebulan di Bazar Ramadhan...hmmm....


Memanglah kalau di tempat-tempat ni, pilihan makanannya Masyallah! Dari western, masakan kampung, Japanese, ada nasik, ada mee, roti canai pun ada, aiskrim, ABC, kek, kuih muih... dan kita pun disebabkan nak membaloikan dengan duit yang dibayar, maka dengan itu jugalah kita akan melantak sampai tak ingat dunia! Ye lah..takkan bayar RM90 nak makan nasik sepinggan dengan ayam goreng je...tu baru RM4.50! EHeheh. Tapi bulan-bulan puasa ni, larat mana pun kita nak melantak? Minum air sirap 2 gelas, confirm perut dah kembung!

Membeli di Bazar Ramadhan pun harus berhati-hati agar tak terlebih beli... dan Tong sampah juga destinasi akhir nya!


Jadi kesimpulannya, bagi saya Buffet Berbuka ni memanglah satu pembaziran. Ampun ye...tiada niat untuk menaikkan api kemarahan sesiapa yang memang gemar berkunjung ke hotel-hotel atau restoran untuk berbuka! Cuma ini pandangan saya sendiri. Buatlah pilihan yang BIJAK (wah..macam kempen Beli Barangan Malaysia je!)
Till then, Selamat Berpuasa dan Berbuka! Adios...

Tuesday, August 11, 2009

Cupcakes yang SEDAP tapi MAHAL dan KECIK!!


Weekend lepas entah macamana, boleh pulak Mr Nik ajak pergi Wondermilk sebab dia teringin nak makan Cupcakes diorang yang famous tu. Apa kes tiba-tiba teringin nak makan manis-manis ni??? Bukan ke you anti benda-benda manis ni? *musykil* Tapi ikut je, since dah alang-alang nak makan kat area Damansara.

Masuk je kedai, terus terperasan rupanya dah makin besar kedai ni. Bergerak ke kaunter kek nak check harga.... RM4.50 per cupcake (!!!) (bukan dulu RM4 ke?). Hmm....bukan apa, bagi saya Cuppies Wondermilk ni memang sangat sedap, cuma saiz nya sangatlah kecik untuk harganya yang sangatlah mahal. Ye lah, untuk saiz petite tu, harus makan 3 biji sorang baru cukup *buruk lantak*. Untuk satu family? Darab je lah sendiri. Dah try dah nak buat sendiri cupcakes ala-ala Wondermilk, tapi tak jadi! :(

We picked the Vanilla, Tiramisu, Choc Chip and Oreo's Cuppies


I think what made Wondermilk different from other cupcakes around, is the cream topping. Tak tahu nak explain macamana, but to me it's not buttery, not too sweet and smells goood! Lagi satu, diorang punya design sweet sangat-sangat...macam kat bawah ni...

Tak sampai hati nak makan kek macam ni! Elok buat display atas meja je kan....(This pic from Wondermilk's website)


Till then, Adios...

Thursday, July 30, 2009

Alahaii...KFC Cheezy Chickaroni


Memang dasar pantang ada benda baru mesti nak cuba! Dan yang terbaru Chickaroni dari KFC ni.

Tengok iklan kat TV dan majalah bukan main lagi selera! Biasalah, nama pun iklan kan. Sapa suruh 'terkena'. *prrfhh* Nak kata tak sedap langsung tu, tak lah. Cuma amatlah biasa-biasa saja rasanya. Bagi saya, makaroninya lembik sikit (mungkin dah berkuap sebab tertutup dalam tupperware tu lama sangat), Chicken Ball nya ada 4 ketul saja dan saiz agak kecil (adakah chicken ball itu melalui proses pengecutan kerana terlebih time rebus?) dan cheese yang digunakan adalah yang sama digunakan untuk Cheezy Wedges.

Kesimpulannya, bagi mereka yang memang pakar memasak macam Mama Atiq and Sue for example, conform sebelah mata pun tak pandang Chickaroon ni! Eheheheh...dan bagi yang tak berapa pandai memasak macam Yours Truly...erm...rasanya still can do better than the KFC one! (Wahh....haruss jangan menyerah kalah!) Dan kepada yang nak merasa sendiri 'kehebatan' penangan Chickaroni sehingga menjilat jari ni...Silakan! Till then..Adios..

Wednesday, June 17, 2009

Coklat,Chocolate,Chocolat,Cioccolato



Ada ke orang yang tak suka coklat? Allergic to chocolate ke? Mungkin ada kot, tapi teramat jarang mendengarnya kan. In fact this is the #1 food craved by women! In US alone, 8.9 billion dollar is spent on chocolates a year! Ok kita tak payah nak cerita pasal sejarah coklat..let's talk about the benefits of eating them-guilt free guaranteed! Hehehe...



Coklat ni mengandungi potasium, kalsium, magnesium and vitamin A1, B1, B2, D dan E. Wow banyak betul khasiat dia kan. So kalau nak mengelak penyakit Osteoperosis atau tulang reput bolehlah banyak makan coklat kan? Coklat juga mengandungi Tryptophan which acts as an anti-depressant and natural stress reducer! No wonder la bila tengah stress ramai yang mencari coklat. It also contains Phenols which helps reduce the risk of coronary heart disease. Wow! And Catechins which are antioxidants that may help protect the body against cancer!




Banyak lagi benefits coklat ni sebenarnya...kalau nak tahu dengan lebih terperinci boleh pergi ke http://www.chocolate.org/ . Sekarang jom kita tengok antara famous chocs in Malaysia! :) Number 1 definitely goes to Cadbury!! Tapi mesti kita semua tahu yang rasa coklat Cadbury buatan Malaysia dan UK or Australia for example tak sama. Coklat Cadbury Malaysia lebih keras dan lebih rasa koko. Dia punya keras sampai letak kat panas pun tak cair (exaggerate sikit!). Cadbury UK and Australia/New Zealand lebih rasa susu yang sedap. Dan dia cepat cair kalau kita letak dalam room temperature kita.





Chocolates from US pulak rasa dia manis gula. Try Hershey's or M&M's or Snickers and Mars and Bounty...semua manis gila! Tak macam European chocs yang rasa lemak susu and sweetness yang just nice. Ramai yang kata Belgian Chocs is the best tapi sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing.


Everyone loves KIT KAT!


And kepada sesiapa yang suka chocs mesti pernah cuba Patchi. Harga dia timbang ikut gram dan berbeza untuk setiap jenis. Outlet ada di Parkson KLCC.



And last but not least, Godiva pun baru buka outletnya di KLCC. Boleh pergi cuba kalau mahu. I sendiri belum pernah pergi dan cuba. Tapi dengar cerita harga SEBIJI coklat dalam RM4! Hmm..I think, i'll just stick to Cadbury je lah! Hehehe. Till Then, Adios...


Tuesday, June 16, 2009

TERIMA KASIH Daun Keladi!!



Memang pemalas masuk dapur sebenarnya..tapi dek kerana demam CupCake melanda merata tempat, dengan tak semena-mena minat pulak masuk dapur! Dalam banyak-banyak resepi yang dicuba, rasanya tak boleh nak lawan resepi Kak Tim @ Mama Atiq! Memang marvellous cupcake dia dan tak sangka dalam sibuk buat bisnes, Mama Atiq tak kedekut menurunkan resepinya. Murahlah rezeki Mama ye!!

So, ok tak percubaan pertama kat atas?? Mana boleh lawan Mama Atiq punya! Hehehe. Anyway kepada anda semua yang berminat dengan resepi-resepi (western ke local ke), bolehlah melawat blog Mama Atiq yang sarat dengan resepi-resepi yang best-best. Go to http://fatiniahmad.blogspot.com/

Till then, Adios...

Thursday, June 11, 2009

PIZZA oh PIZZA


OK memang tengah angin nak cerita pasal makan je ni...and kali ni pasal Pizza. Pizza ni seperti yang semua tahu berasal dari Itali. Actually it all started in Naples in the 16th century. Pizza ni pada masa tu merupakan makanan untuk orang-orang miskin dan banyak dijual di tepi-tepi jalan. Tapi sekarang ni, hmm...harga pizza boleh tahan.



Kalau sebut pasal restoran pizza, yang paling famous kat Malaysia sudah semestinya Pizza Hut! Ye lah, i think because it's the oldest pizza chain-restaurant in Malaysia. Asal dari Amerika, tapi kalau pergi US, nak nampak kelibat Pizza Hut ni pun payah. Pendek kata, kat sana restoran ni tak popular mana pun! Mungkin sebab dah terlampau banyak outlet pizza yang lebih best kat sana. Tapi Pizza Hut ni ikut luck sebenarnya. Kadang-kadang dapat pizza sedap, perfect, kadang-kadang toppings dia...alahai macam kedekut gila!



Dan antara yang boleh di kategorikan popular di Amerika ialah Domino's Pizza. Famous because of their delivery service sebenarnya. Ye lah kat sini pun, Domino's boleh guarantee delivery time in 30 minutes or a FREE regular Pizza voucher! Pizza diorang pun memang sedap dan tak pernah fail! Garlic Twisty Bread dia pun...SUPERB! Lapar dah ni!



Shakeys Pizza (tapi bukan kat Malaysia-pix from net)

OK whatabout Shakeys Pizza? Sebelum tu nak tanya...ada lagi ke Shakeys kat Malaysia? Rasanya macam pernah nampak...tapi di mana ya? Dulu ada satu kat Taman Tun tapi dah tutup. Apapun, pizza dia dough tebal so tak sedap sangat.



Pizza yang paling sedap yang pernah dimakan rasanya kat Piccolo Mondo lah (Tapi gambar kat atas ni ambik from web jugak..bukan restoran kat Malaysia ye) Memang confirm takde outlet lain yang boleh lawan, especially Pizza Diavola dia. Tapi frustrating gila sebab outlet dia di Kelana Jaya dah tutup, outlet di MidValley pun tutup. Tinggal kat Bukit Bintang je. Kenapa ye? Ramai yang tak suka food dia ke? Or ramai yang tak tahu betapa marvellous nya food dia? Hehehe. Apapun this outlet gets a 90% score from mo' (kira almost perfect la).




Next stop kita pergi California Pizza Kitchen. Pizza dia sedap jugak. Dough nipis and nice toppings. Nothing else to say. Kedudukan restoran yang strategik di KLCC and facing the park is a plus point for all food (pizza) lovers to come here.



Ok another new pizza outlet is Papa John's. Situated in Berjaya Times Square KL, this outlet datangnya dari Amerika jugak. Boleh tahan la rasa pizza dia. Toppings tak kedekut. Tapi rasanya Domino's Pizza lagi sedap. Dough is soft, crispy and nice cuma service dia ala-ala slow sikit.




And last but not least, latest addition kepada restoran-restoran pizza yang dah melambak kat Malaysia ni ialah Yellow Cab Pizza Co. Jangan salah sangka pulak, walaupun nama dia Yellow Cab, tapi asal dia bukan dari Amerika tapi dari jeng..jeng..jeng..the Philipines!

Ok the pizza is nice. The dough is soft and seperti biasa toppings tak kedekut macam Pizza Hut... cuma kalau order pizza yang ada toppings Ground Beef, ada satu smell yang wangi dekat ground beef tu. Tak tahu nak describe macam mana la. Tapi bau wangi tu macam tak berapa kena bila makan pizza. Mungkin tak biasa kot. Entahlah.


Delivery Scooter Yellow Cab Pizza Co. - cute kan!

Senarai pizza outlets kat Malaysia tak terhenti di sini. Restoran Itallianies di One Utama, Mad About Pizza di Kota Damansara etc...Cuma senarai kat sini, tempat-tempat yang popular dan sedap saja. Mungkin banyak lagi Pizza outlets yang best-best yang memerlukan promosi yang lebih hebat agar kita dapat memperluaskan lagi selection bila teringin nak makan pizza! Till then, Adios...

Blog Widget by LinkWithin