Showing posts with label Tension la.... Show all posts
Showing posts with label Tension la.... Show all posts

Saturday, September 5, 2009

INDONESIA dilanda gempa bumi lepas bakar bendera MALAYSIA???


Gempa bumi 7.3 skala richter yang melanda Jakarta baru-baru ini telah meragut nyawa 63 orang sewaktu entry ni ditulis. Yang tertimbus 60 orang dan lebih 28,000 mangsa memerlukan tempat perlindungan.

Ada suara-suara nakal yang mengatakan Indonesia dilanda gempa bumi yang dahsyat itu, selepas sekumpulan penunjuk perasaan membakar bendera Malaysia dan membaling telur di luar Kedutaan Malaysia di Menteng, Jakarta Pusat baru-baru ini, sewaktu sekumpulan rakyat Malaysia mengadakan majlis menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku pada 30 Ogos.

Dan pada 31 Ogos pula....... lebih banyak tunjuk perasaan dan perbuatan membakar Jalur Gemilang dilakukan!

Apa masalah Indonesia dengan Malaysia ni sebenarnya? Jika di Malaysia, rasanya kita semua lebih kepada sikap 'couldn't be bothered' atau 'tutup sebelah mata' dengan sikap warga Indonesia yang memecah rumah, 'merampuk' harta benda, mendera anak majikan, 'mengotorkan' negara ini.....dan rasanya setiap isu yang menyakitkan hati ini tidak pernah pun kita perbesar-besarkan!

Adakah kita terlalu memberi muka kepada Indonesia untuk memperlakukan kita sedemikian rupa?? Atau semangat nasionalisme kita yang tidak cukup menebal untuk kita bangkit memprotes? Atau media kita tidak memainkan peranan yang sepatutnya?

Di sini, saya senaraikan antara sebab atau isu yang sering dimainkan oleh media Indonesia untuk membangkitkan api kemarahan rakyatnya.....

1. Malaysia gemar mencuri kebudayaan Indonesia (menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet yag berasal dari Bali untuk mempromosikan pelancongan Malaysia)

2. Rakyat Malaysia menjadi perancang serangan bom berani mati di Indonesia. (kadang-kadang fikir, elok la jugak....sorry saya sedang marah!)

3. Malaysia mendera pekerja Indonesia. (cuma minoriti, dan pendera telahpun/akan mendapat hukuman setimpal)

4. Malaysia mempermain lagu kebangsaan Indonesia (konon lagu Negaraku adalah hakmilik mereka! Memang lagu Negaraku ciptaan mereka tetapi telah diserahkan kepada Malaysia oleh Presiden Soekarno pada awal 1960an....so SHUT UP!)

5. Malaysia menyerang Indonesia melalui internet. (???)

6. Malaysia mencuri Pulau Sipadan dan Ligitan dari Indonesia. (haishhhh...tak puas hati lagi!)

7. Malaysia menceroboh perairan Indonesia. (yang bertongkang-tongkang bot diorang datang ke Malaysia secara haram tu takpe pulak!)

Tindakan provokasi Indonesia ni umpama tiada noktahnya. Bibit kebencian ini telah mula menular kepada golongan remaja dan anak-anak di sekolah juga telah mula ditanam dengan fahaman jumud dan berbahaya ini.

Persoalannya, adakah kita akan terus membiarkan kegemilangan hubungan Malaysia-Indonesia suatu ketika dahulu terus tegang??

Thursday, August 6, 2009

Sembunyi Bayi dalam Beg Sekolah!

Tak habis-habis dengan kisah tragis bayi meninggal dunia. Sebelum ni, mayat bayi dijumpa tersekat dalam lubang tandas sekolah. Semalam pula, berita mayat bayi yang dicampak dalam sungai di makan biawak sampai hanya tinggal kepala dan tangan.

Dan hari ni pula, seorang pelajar Tingkatan 5 di Kuala Terengganu melahirkan anak seberat 3.6kg dalam tandas sekolah dan kemudian memasukkan bayi tersebut dalam beg sekolahnya!
Seorang guru terjumpa pelajar itu dalam keadaan lemah dan pucat lalu terus bawak dia ke klinik...dan sepanjang perjalanan, pelajar itu terus memeluk beg sekolahnya! Cikgu tu tak syak apa-apa sehinggalah jururawat di klinik membuka beg tu dan terjumpa mayat bayi yang telah cukup sifat tu.

Gejala sosial yang berleluasa dewasa ini akibat kurangnya didikan agama, adalah punca semua ni semakin kerap berlaku. Dalam kes ini, saya menyalahkan ibubapa kerana tidak mendidik atau mengambil tahu hal anak-anak. Bagi saya, segala baik dan buruknya sesuatu, bermula dari rumah kita sendiri!

Monday, August 3, 2009

Demonstrasi Jalanan 'Murah', Bayi Mati dalam Mangkuk Tandas


Saya cukup pantang kalau ada orang yang nak buat huru-hara dalam negara Malaysia yang aman damai ni. Sebab yang paling jelas, pernahkah ada masalah yang selesai dengan berarak beramai-ramai mengangkat sepanduk ni? Setakat buang masa saja! Dan tak pasal-pasal banyak perniagaan terpaksa ditutup hari tu dan para peniaga terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Silap-silap boleh berlaku pertumpahan darah dan kerosakan harta benda. Yang paling penting, imej negara kita yang aman, telah tercemar! Lagi satu nak tambah...hampir semua yang berarak tu orang MELAYU!! Makcik bertudung pun ada! Haiisshhh....

Tercetusnya demonstrasi adalah kerana ISA. Persoalannya, mengapa harus takut ISA jika kita tak buat salah??

Dalam kelam kabut isu ISA, keluar pula berita 'mayat bayi ditemui dengan kepalanya tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun,Kedah'. Menurut polis bayi seberat 3kg dan telah cukup sifat itu mati sejak 2 hari lalu.

Tak ada perkataan yang mampu dikata. Hanya berharap, si 'IBU' akan menerima balasan yang setimpal di muka bumi ini dan di akhirat kelak!

Friday, July 31, 2009

Err...Lambang 'tu' ke??

Selepas baca blog Mrs LVoe hari tu pasal t-shirt Polo, tiba-tiba terfikir nak buat entry ni. Rupanya, ada jugak geng yang sama conservative macam me.

Sebenarnya, ada banyak lambang 'tu' dalam benda-benda di sekeliling kita kalau kita tengok betul-betul. Tak pasti la samada lambang-lambang ni ada di situ secara sengaja atau tak disengajakan. Cuma kalau boleh dielakkan, elok kita elakkan lah. Walaupun ada yang kata, NIAT sebenar tu yang penting, tapi macam saya kata tadi..kalau boleh elak, eloklah elak. Takde nak matinya kalau tak pakai benda-benda (seperti contoh di bawah) ni! Takpa...tak payah nak cerita panjang lebar...tengok sajalah antara koleksi-koleksi gambar ni.



Louis Vuitton Manhattan GM - nampak tak strap kat tengah tu? Memang macam lambang 'tu' kan? Kalau tak nampak, tak tahu nak cakap lah! Tapi ini memang antara handbag yang sangat saya suka..sayang tetiba pulak ada 'tu'!



Louis Vuitton Palermo GM dan Tivoli GM - Adjustable handle dia yang dua (depan dan belakang) tu pun nampak macam 'tu' kan!



Kebanyakan Prada handbags from the range above pun ada lambang 'tu' sebab logo Prada tu di'embossed' ke atas beg...tengok la kat atas lambang Prada tu!



Memang lawa Polo T-shirt ni..tapi lambang warna kuning tu kacau betul la! Ada yang kata itu cuma bendera...hmmm... Banyak lagi design Polo T-shirts yang cun-cun..so pilih je lah yang lain!


Haa...macamana pulak dengan produk Dettol ni? Nampak tak lambang 'tu' kat balakang tulisan Dettol? Ye lah, memang sebenarnya gambar pedang je... tapi entahlah...tepuk dada tanya selera!


Till then, Adios...


*All pics googled.

Friday, July 24, 2009

Takkan Bahasa Malaysia Hilang di Dunia??


Nak lepas geram sikit pagi-pagi ni....Kurang pasti kenapa sejak kebelakangan ni, banyak betul penggunaan perkataan Inggeris yang telah diserapkan menjadi Bahasa Malaysia. Saya bukanlah seorang aktivis bahasa, tapi sekadar ingin melontarkan kegeraman rasa.

Perkataan-perkataan seperti Komunikasi, Interaksi, Ranking, Venue, Komitmen, Eksekutif, Inflasi, Imun, Trafik bla bla bla...bukan ke kita ada perkataan dalam Bahasa Malaysia sendiri untuk perkataan-perkataan tersebut. Susah sangat ke nak mengeja dalam bahasa sendiri atau malas nak taip panjang-panjang? Dan alangkah sakitnya hati apabila perkataan 'tempat letak kereta' sekarang pun dah jadi 'PARKIR'!!!! Waduh..apa-apa-an sih dong. Dan dua hari lepas juga, satu lagi perkataan baru yang saya dengar...'INKUES'! Argghhh....

Anda nilailah sendiri, jika semakin lama semakin tidak dibendung 'penularan' ini, maka mungkin satu hari nanti Bahasa Malaysia akan hanya tinggal pada nama. Adios...

Tuesday, July 21, 2009

Filem Melayu...YES??NO??

Saya merupakan seorang pencinta filem Melayu dan saya tidak pernah ketinggalan menonton filem-filem Melayu (macam baca ikrar pulak bunyinya), baik di pawagam ataupun melalui vcd pasar malam.

Walaupun ramai yang memandang rendah akan filem Melayu kita (cakap low class lah, boring lah, pelakon tak standard lah, predictable ending lah bla bla bla), saya selagi boleh ingin 'menyeport' filem-filem anak bangsa sendiri.


Sebenarnya entry ni saya tulis selepas tertonton promo filem Skrip 7707 arahan Prof Razak Mohaideen di TV. Macam yang saya cakap tadi, saya tidak pernah terlepas dari menonton filem-filem Melayu kita, tak kiralah siapa yang mengarahkannya. Dari Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba sampailah ke muka-muka baru seperti Farid Kamil, Pierre Andre dan Syamsul Yusuf semua saya layan. Tapi sejak akhir-akhir ni (actually dah lama dah terbuku di hati), bila sebut saja filem arahan Prof Razak, saya macam malas dan tak bersemangat nak pergi tengok. Sebabnya, saya rasa macam saya dah 'terkena' banyak kali dengan filem-filem arahan beliau.


Saya tak berapa ingat tajuk-tajuk filem beliau terdahulu (tengok sendiri la kat atas ni). Banyak sangat. Tapi ada satu stretch dulu yang filem Prof keluar kat panggung selang beberapa bulan saja. Banyak betul 'ilham' dia! Saya teringat ada satu filem hantu ni, sekumpulan remaja ke sebuah pulau tak silap, tapi dari awal sampai habis dok terjerit jerit. Bingit wooo telinga! Then, filem Potret Mistik yang sungguh tak real 'hantu'nya. Macam filem nak cepat sudah je. Then filem Kuliah Cinta yang merapu (memang harap muka Erra dengan Yusry je la untuk jual filem ni), filem Lady Boss yang banyak jerit dari cakap plus banyak adegan tak logik. And who can forget filem-filem Anak Mami, Mami Jarum, ntah apa Mami lagi..memang lawak yang dibuat-buat! Tapi saya masih jugak menonton. *sekarang baru terasa pelik*

Tapi yang terbaru ni, Sifu dan Tongga (yang ni saya tak tengok ok)...menonton promo Nabil hisap puting di TV tu pun saya dah macam nak nangis dah! Macamanalah seorang Profesor boleh buat filem macam ni?? Dan yang terbaru, Skrip 7707..walaupun promonya gah..membariskan hampir 40 (!!) artis-artis handalan tanahair, saya rasa macam keberatan nak pergi menonton. All because of the damage done earlier.


Tapi bagi pembikin filem seperti Afdlin Shauki and Khabir Bhatia...memang world class lah filem diorang. How can one forget Buli, Baik Punya Cilok, Cinta, Sepi and many many more! I could still watch Sepi or Cinta now and still get goosebumps all over. And i can't wait for Khabir's latest project Setem...yang mana Afdlin jadi lead!! Yeayy...


So the point here is, jangan stereotaipkan semua filem-filem Melayu as low class. Tak adil tu. Mesti mau ingat, tak semua filem-filem Hollywood tu high class pun! Till then, Adios...

Friday, July 17, 2009

Kenapa mesti MEROKOK??


OK mungkin ramai perokok yang akan marah kalau terlihat topik-topik sebegini. Tapi don't worry be happy sebab me bukannya nak bagi lecture pasal keburukan-keburukan merokok ni sebab rasanya satu dunia dah tahu padahnya. Cuma nak senaraikan sebab-sebab popular "Kenapa orang merokok?"


Walaupun harga rokok sering naik setiap tahun, namun jumlah perokok semakin bertambah. Kempen Anti-merokok pun boleh tahan hebat dijalankan. Dan sekarang ni pun nak merokok pun bukannya senang. Ada banyak kawasan larangan merokok. Kena keluar bangunan dan sebagainya. Tapi tak kurang-kurang jugak kaki rokok ni. Mana silapnya?

U think u got style when you hold the ciggarette?

Baiklah disini disenaraikan sebab-sebab yang cukup popular dan selalu kita dengar dari seorang perokok, kenapa diorang merokok...


1. Tension - "Saya tengah tension gila ni, so rokok ni dapat buat saya lupa sekejap masalah saya." (Daripada sedut asap tu, baiklah pergi sedut Oksigen kat luar rumah tu.)


2. Diet! - "Kalau aku tak merokok, nanti badan aku cepat naik!" (Betul ke? Kena buat kajian mendalam ni.)


3. Idea - "Aku tengah cari ilham ni...kena asap baru boleh pikir." (Apa kena mengena asap dengan kreativiti pun ntahlah!)


4. Style - "Bila pegang batang rokok ni baru nampak stylo!" (Takde maknanya!)


5. Boring - "Entahlah aku tengah boring ni, tu yang aku merokok." (Tak tahu nak kata apa...Kelakar..kelakar..)


6. Kawan - "Member aku semua merokok, nanti pelik la kalau aku sorang tak merokok." (Ler..lantak diorang la nak merokok ke tak, yang nak kena ikut tu apasal!)


7. Matured - "Merokok boleh buat saya nampak lebih matured!" (Ni ayat popular budak-budak sekolah..elok rotan je budak-budak sekolah yang merokok ni!!)


8. ......last but not least alasan yang paling fofular..."Suka hati mak bapak aku la nak merokok ke apa ke..duit aku, aku punya suka la!" (aiyoma...ni memang dah tahap marah la ni...LARI..)

Bayangkan kalau orang ini berada di sebelah anda dan anak-anak anda!


Kesimpulannya, walaupun perokok-perokok tegar ni tak kisah 'membakar' RM mereka (nothing much can be done to them), we as parents didiklah anak-anak kita tentang bahaya merokok ni. Walaupun anda seorang perokok, kalau boleh kita tak nak lah anak-anak kita mewarisi 'habit' yang tak elok dan tak sihat ni. Till then, Adios...


Wednesday, July 15, 2009

BERBULUNYA!!!!


Semalam on my way back from work, bila sampai saja kat satu traffic light ni...me dengan berwaspadanya tengok lah sekeliling, manalah tahu ada unsur-unsur luar yang tidak diundang datang kepada kita. Ya lah, sekarang ni macam-macam kes dah kita dengar. Pecah cermin kereta atau bukak pintu kereta nak curi handbag, laptop dan sebagainya. Dan kebanyakan kes berlaku sewaktu kita berhenti di traffic light. Menggerunkan!

So sambil tengah dok tengok kat kiri dan kanan tu (lambat pulak traffic light tu nak hijau! *protes*), tiba-tiba pemandu van dibelakang dengan selambanya telah mencampakkan keluar satu bungkus beg plastik yang agak besar tanpa berikat...dan maka itu jualah terkeluar segala isi perut kandungan plastik tu. Segala botol air mineral, kotak rokok, tin Coke, bekas polisterin dan ntah apa-apa lagi terlambak lah kat atas jalanraya tu. Kalau campak keluar handbag Gucci ke, kasut LV ke bagus jugak! Geramnya saya tengok mamat tu!!


Mungkin pemandu van tu tak berpendidikan tinggi. Tapi rasanya untuk menjaga kebersihan, menilai kebersihan dan menghargai kebersihan, kita tak perlu berpendidikan tinggi pun kan. Nilai tu harus wujud dalam setiap individu. Tapi sayang sekali, kadang-kadang orang berpangkat besar dan berada pun boleh sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata. Tengok sajalah kalau lepas membayar tol, habis resit dibuang ke luar tingkap. Puntung rokok jangan cakaplah! Tak nak kotorkan kereta kononnya, tapi sanggup pula dia mengotorkan kawasan sekitar.

Dan kalau anda perhatikan di tempat-tempat yang terpacak papan tanda 'DI LARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI', disitulah jugak selagi boleh orang akan membuang sampah sarap. Pernah juga saya bertanya kepada manusia sebegini mengapa, dan jawabnya, "...nanti pekerja Majlis Perbandaran takde kerja pulak nak buat kalau semua tempat bersih sangat." Boleh??


Rasanya untuk kita mencapai tahap kebersihan seperti rakyat Jepun misalnya...jauh lagi. Di Jepun, walaupun jumlah penduduk di kota Tokyo saja hampir menyamai jumlah penduduk Malaysia, tapi nak jumpa sehelai kertas di atas jalan pun susah. Dan ada teman yang memberitahu, kenderaan yang nak masuk bandaraya Tokyo pun perlu dicuci terlebih dahulu. Dan pernahkah anda melihat Lori Sampah mereka? Dahlah pemandunya memakai pakaian seragam, lorinya pula..ya Allah bersih dan tak berbau sedikit pun! Pernah saya melalui sebuah jejantas di sana dan apabila nak menuruni tangga, terlihat seorang pakcik sedang menyapu sampah di tangga menggunakan penyapu tangan!! U know penyapu yang pendek tu, yang kita selalu guna untuk collect dust in a small area. Tapi ramai pula yang kata, di Jepun takde pendatang asing. Kononnya pendatang asing di Malaysia lah yang banyak mengotorkan negara kita. Tapi bagi saya tidak. Rakyat kita sendiri pun sama juga.

Apapun, kita terapkanlah nilai kebersihan di jiwa anak-anak kita dari rumah lagi. Rasanya itu yang penting. Segalanya bermula dari rumah. Mungkin generasi muda kita masih boleh dibentuk bak kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya. Yang dah jadi 'Buluh' tu nak buat macam mana lagi kan. Oh ya...me mother pernah berpesan, kalau nak tengok seseorang tu bersih atau tidak, tengok tandasnya (kalau kita berpeluang pergi ke rumah orang tu lah)! :) Till then, Adios...

Tuesday, June 30, 2009

Rendam Bayi Sampai Mati!

Inilah tong minyak tempat mayat bayi yang lemas ditemui


KEJAM!! Atau mungkin anda punya perkataan yang lebih 'keras' untuk ditujukan kepada perbuatan si ibu (dia tak layak digelar ibu pun!) yang telah merendam bayi perempuan yang baru dilahirkannya di dalam sebuah tong minyak hidraulik yang berisi air sehingga lemas.

Puncanya..dia gagal menyelesaikan masalah dengan teman lelakinya! Dia kini telahpun ditahan polis untuk siasatan di bawah seksyen 309 (A) Akta Kanak-kanak 2001, kerana melakukan pembunuhan bayi. Walau apapun alasannya, perbuatan wanita ini lebih jijik daripada binatang! Pelik mengapa ada sesetengah manusia yang sanggup mengharungi tempoh mengandung selama 9 bulan hanya untuk akhirnya membuang anak tersebut di tempat pembuangan sampah, tandas dan dalam kes ini, direndam sampai mati! Apa nak jadi dengan dunia ni.......


Thursday, June 25, 2009

Pabila BABI menyerang kembali...



Tak semena-mena datang lagi satu penyakit daripada binatang yang bernama BABI! Sejak kebelakangan ni, hari-hari kita akan baca tentang virus Selsema Babi yang telah menyerang banyak negara di dunia dan Malaysia tidak ketinggalan. Untuk rekod, hari ni saja sudah 91 kes direkodkan. Dan sekolah pula 4 telah ditutup. Harapnya keadaan akan terus terkawal dan tak merebak lagi.

Memang isu ni sensitif sebenarnya. Tetapi geram dan marah pun ada jugak. Sampaikan Menteri Penerangan sendiri meminta agar sebutan untuk Virus H1N1 tu sendiri, di ganti terus dengan SELSEMA BABI bagi menunjukkan betapa jijiknya binatang ni. Tak perlu nak beralas-alas lagi!

Sebab itulah dalam Islam, sejak manusia pertama dijadikan, telah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Allah tidak menjadikan sesuatu itu HARAM melainkan ada mudaratnya. Terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa...babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya....(Sayyid Qutub)

Dunia perubatan pada hari ini juga telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang sangat merbahaya kepada manusia.

Yang hairannya, mengapa masih nak makan atau bela kalau tahu akibatnya? Atau mereka ni tak tahu atau buat-buat tak tahu? Mungkinkah dunia akan lebih bersih dan selamat tanpa BABI? Till then, Adios...



Sunday, June 14, 2009

ESOK JAM!!!!


Ok... school holiday aka Fun Time is over! Esok bermulalah semula sessi persekolahan dan akan bermulalah juga Traffic Jam di Lembah Klang dan juga bandar-bandar lain di Malaysia.

Bila sekolah dah bukak, maka bas-bas sekolah juga akan memenuhi jalan-jalanraya. Para surirumah yang menghantar anak pun akan memenuhkan jalan. Walaupun sekejap je nak menghantar atau ambil anak, tapi pokoknya bilangan kenderaan bertambah. Itu belum lagi dengar keluhan residents yang rumah dekat dengan sekolah-sekolah. Nak balik atau keluar dari rumah pun akan bertambah masa yang diambil.

Well, itulah perkara lazim yang perlu dihadapi...rasanya dimana-mana pun macam ni la. Jadi kepada sesiapa yang kena clock-in pukul 8am esok tu, keluarlah rumah awal-awal ok!! Till then, Adios...

Sunday, June 7, 2009

Sense of FASHION??

Nora Danish

Beberapa hari lepas, selepas tertengok iklan air Bio-Aura, tergerak nak tulis entry ni. I've seen the ads a few times but not until Mr B said 'la..pakai tudung tapi baju ketat. Apa maknanya tu!' (well he's referring to the lady yang berlakon iklan tu!).

It's not the issue of pakai tudung atau tidak. Tapi sejak kebelakangan ni, pakaian wanita islam Malaysia dah semakin seksi. Tapi kalau tanya diorang, dengan defensive nya mereka akan kata kalau nak ikut seksi, pakai baju kurung pun boleh seksi. And to them, setakat nampak lurah dendam sedikit sebanyak tu tak seksi pun!

Dalam akhbar pun sering kita baca dalam ruangan ruangan forum, komen masyarakat tentang pakaian artis-artis kita. Kalau ada acara Red Carpet..fuhh..mengalahkan Academy Awards je pakaian diorang. Why we may ask?? Adakah mereka ni rasa terkebelakang kalau pakai dress yang tak nampak bahu dan dada? Or adakah kerana baju sponsor, maka mereka terpaksa menyarung juga mahu tak mahu??


Ayu Raudhah

Atau adakah cara begini salah satu langkah untuk mempromosi diri mereka agar laku untuk berlakon atau dapat tawaran menyanyi?

Minggu lepas tertonton Konsert Jom Heboh di TV3. Ada seorang penyanyi wanita baru, pakai skirt yang agak pendek (atas lutut), menyanyi lagu yang agak rancak (terlompat-lompat) dan cameraman pula ambil shot dari bawah pentas. So, anda boleh la buat gambarannya ya. Tapi yang kelakar tu, bila nak buat finale song, semua artis menyanyi ramai-ramai dan si penyanyi seksi ni tiba-tiba pulak pakai tights hitam di bawah skirt pendek dia! Hahahaha...baru perasan seksi(a) ke atau baru kena tegur! Saya rasa stesen TV pun kena la main peranan sebelum lepas artis-artis naik pentas, check la dulu pakaian diorang. Janganlah sebab nak dapat rating tinggi, semua yang tak patut di patutkan!

Azizah Mahzan

Dan sebagai ingatan kepada semua (terutama yang menulis ni), eloklah tutup apa yang patut ditutup. Dah lah tak bertudung, tertonjol-tonjol pula yang tak sepatutnya. Dan kepada yang bertudung litup tu, eloklah longgarkan dan labuhkan pakaian anda agar tidak menampakkan susuk tubuh tu. Walaupun anda rasa potongan badan anda tu yang terseksi di Malaysia, simpan sajalah untuk tatapan suami anda atau diri anda sendiri. Rasanya lebih manis bila kita lihat wanita melayu berbaju longgar, labuh dan menutup aurat kan! Till then, Adios...

Friday, June 5, 2009

MELAYU oh MELAYU


Sebenarnya entry ni lebih kurang nak melepas geram jugaklah. Takde kena mengena dengan gambar pemimpin-pemimpin UMNO di atas ye. Cuma sedih sedikit kerana wira-wira di atas ni lah yang sebenarnya berjuang untuk membangunkan bangsa Melayu yang semangatnya semakin lemah dan pudar dewasa ni. Rasanya semua pernah mengalami pengalaman yang bakal dicoret ni. Perasan tak, kalau kita masuk kedai/restoran yang salesperson/waiter dia orang melayu....

Firstly - hampir pasti dia akan buat tak tahu kat kita. Kalau kita panggil, seboleh-boleh dia akan tolak kawan dia suruh layan kita. Atau kalau tak ada pilihan, dia akan datang dengan muka yang toya!

Secondly - bila kita bertanya soalan, dengan pantas dia akan jawab 'entahlah' atau 'tak pasti lah' atau lagi senang jawab 'tak tahu nak kata lah'!

Thirdly - muka yang melayan kita tu tak pernah nak senyum. Masam je!

Fourthly - service masyallah punyalah SLOW atau melayu cakap LEMBAP!

Lastly - general knowledge sangatlah limitednya! Kadang-kadang benda yang simple pun tak tahu jawab. For example kalau kita ke kedai perabot nak cari meja...then lepas tu nak tengok katil pula, salesperson melayu tu boleh cakap dia tak tahu apa-apa pasal katil. Dia tahu pasal meja je. Padahal katil dengan meja tu sebelah menyebelah je. Laa..apa lah salahnya kalau ambil tahu sikit. Nama pun salesperson kedai perabot!

Sama jugalah kalau kita ke pejabat-pejabat kerajaan atau ke bank-bank yang majoriti pekerjanya Melayu. Kalau tak bersembang-sembang sampai sebatu boleh dengar sambil ketawa mengilai tu tak sah. Tak salah nak bersembang sampai esok pagi pun, tapi janganlah sebab sibuk bergossip sampai tak nampak yang tengah menunggu ni dari berbelas dan jadi berpuluh. Tapi agaknya diorang cakap kuat-kuat konon nak bagi nampak busy lah kot.


Senyum tu pembawa rezeki..kalau makcik ni lebihkan senyuman alangkah bagusnya! :)


Tapi kenapa kalau kita ke kedai yang dijaga bangsa lain kita akan di layan dengan baik sekali? Tahap profesionalisme mereka memang tak boleh nak ditanding. Muka memang akan tersenyum bila greet kita. Kalau kat kedai diorang takde jual sesuatu benda yang kita cari, diorang akan cakap benda tu habis. Padahal diorang tak pernah jual pun. Next diorang akan attract kita dengan produk yang similar yang dijual di kedai diorang. They won't just let us go away. Kalau kedai melayu, hmm...jangan haraplah. Lagi cepat kita keluar dari kedai diorang lagi bagus agaknya!

Tapi saya pasti tak semua orang Melayu macam tu, dan tak semua bangsa asing yang bagus dalam customer relations diorang. Sebagai orang melayu, saya selalu yakin bahawa bangsa Melayu gemilang, bangsa Melayu bermaruah, bangsa Melayu cemerlang dan bangsa Melayu akan kekal sampai bila-bila....bersyarat... jika bangsa Melayu cekal, bangsa Melayu rajin berusaha, bangsa Melayu berilmu pengetahuan dan bangsa Melayu yakin diri! Till then, Adios..

Sunday, May 31, 2009

KUALITI Jalanraya Malaysia. Hmmm.....


Bila sebut tentang kualiti jalanraya di negara kita, baik 'jalan free' ataupun yang berbayar, semuanya lebih kurang sama saja. Tapi yang berbayar mungkin lebih baik sikit la dari yang 'free'. Jika kita melalui Lebuhraya PLUS ke utara (ke selatan pun sama jugak), entah berapa kali kita rasa bagai dilambung-lambung dan sesekali rasa macam naik roller coaster! Nampak saja lebuhraya tu lurus tapi permukaan jalannya tak smooth langsung. Berbeza sangat dengan pengalaman melalui lebuhraya di Shanghai, China (free pulak tu lebuhraya diorang!). Permukaan jalan tak ada cacat cela langsung, rata dan smooth all the way! Bagaimana diorang boleh buat jalanraya macam tu? Adakah struktur permukaan bumi kita dengan diorang tak sama dan menjadi punca kita tak boleh buat jalan yang rata?

Dan kalau nak cakap pasal jalan yang berlubang-lubang atau potholes, memang semua jenis perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut akan keluar. Sebut sajalah jalan di kawasan mana kat Malaysia ni yang tak belubang-lubang. Ada yang lagi best, baru sehari tar jalan, dua hari lepas tu dah boleh berlubang! Mana perginya penguatkuasa? Mana perginya QC? Atau adakah kontraktor-kontraktor yang dilantik ni sengaja buat kerja cincai so that bila jalan berlubang balik, boleh la dapat kontrak tar jalan semula! Lagi kerap jalan berlubang, lagi banyak yang masyuk! Agaknyalah kan.

Pemandangan biasa di kawasan-kawasan perumahan di Malaysia

Sebab memang tak berkesudahan lah hal ni. Even jalan di Dataran Glomac, Kelana Jaya yang baru dilebarkan pun, berombak beralun bagai dibuai bila kita melaluinya. Dan dah ada satu lubang yang agak besar jugak kat jalan ni yang rasanya belum pun berumur setahun. Jadi, tanggungjawab siapa sebenarnya ni? Sebab pengguna jalanraya juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Nak mengelak lubang punya pasal, sampai berlanggar dengan kenderaan dari arah bertentangan....ataupun bengkok pulak rim tayar 18inci tu.



Harap-harap satu hari nanti dapatlah kita mententeramkan minda apabila kita keluar memandu. Tak perlulah nak risau dan nak kena hafal jalan mana yang ada lubang, dan di point mana pula ada roller coaster! So, till then, Adios..

Friday, May 29, 2009

SAY NO TO HANDBAGS???


Semenjak kes ragut meragut ni semakin berleluasa, macam-macam saranan dah kita dengar. Ada yang kata elok kita ubah cara kita pegang beg tangan, kurangkan isi kandungan beg kita, tukar beg tangan kepada wristlet (beg kecil yang ada tali loop kat hujung supaya boleh masuk kat dalam pergelangan tangan) dan ada juga yang kata, tak payah bawak beg langsung..cukup bawak purse kecik je.

Hmm...susah juga ye. Beg tangan dan wanita ni macam dah sinonim sangat. Kadang-kadang, para lelaki pun tumpang simpan kunci kereta dan cermin mata dalam handbag kita kan? Hehe. Itu belum lagi barangan kita sendiri. Dari handphone, beg mekap, sikat, botol air, gula-gula dan purse, semuanya lah ada dalam handbag wanita. Bukan apa, untuk kemudahan. Kena pulak yang ada anak-anak kecil, siap dengan diapers pun ada dalam handbag!

Itu belum disebut lagi harga handbags wanita dewasa ni. Ada yang sampai berbelas ribu ringgit! Opps..berpuluh ribu ringgit pun ada. For example Hermes Birkin dan Kelly yang memang menjadi idaman setiap pencinta handbags! Harga bermula dari RM24,000 ke atas bergantung kepada saiz dan jenis kulit! Kalau kulit buaya lagi la mahal. Kulis Ostrich pun mahal jugak. And just for the record, harga beg yang mencecah ratusan ribu ringgit pun ada sebenarnya, cuma rare sikit. Cuba bayangkan kalau beg sebegini yang diragut...mahu menangis keluar air mata darah!


Pernah ada seorang teman yang handbag Chanel nya hilang sewaktu dia sedang solat di Suria KLCC. Lepas solat sedar-sedar beg yang diletak di depannya dah hilang. Harga beg RM8k. Belum termasuk isi kandungan dalam beg! Naik pitam dia sekejap. Teringatkan handphone nya masih didalam beg tu, dia pun telefon dan nasib baik si pencuri baik hati dan beritahu beg nya telah dibuang dalam sebuah tong sampah di PUTRA LRT Central Market. Rasanya Si Pencuri tak tahu value beg tu kan? Seronok dia dapat balik beg dia. Yang lain dia dah tak kisah dah! Seorang lagi teman hilang beg LV nya yang berharga hampir RM5k sewaktu sedang makan di Pavillion. Sedar-sedar time nak balik, beg pun dah takde.


Fakes are everywhere now!

So, di waktu-waktu begini, memang terasa macam tak berbaloi nak beli beg mahal-mahal. Tak bawa beg, rasa tak boleh jugak. Jadi kalau masih nak bergaya dengan jenama, apa kata beli beg tiruan?? hehehe. Setakat harga bawah RM100 kalau hilang pun tak la ralat sangat kan. Tapi apapun mintak simpang lah. Janganlah terjadi dekat kita benda benda macam ni. Some tips...


  • Be extra cautious. Sentiasa perhatikan sekeliling kita. Biarlah kita berprasangka buruk dengan strangers kat luar sana asalkan kita selamat.

  • Sentiasa letak handbags dekat dengan kita (jangan letak dekat seat belakang) walaupun di dalam kereta berkunci masa tengah driving, sebab sekarang penyamun main pecah cermin tingkap kereta je untuk ambik beg kita!

  • Sentiasa berjalan melawan arus dan kepit beg kita the opposite site of the road. Maknanya kalau traffic sebelah kanan, kepit la beg sebelah kiri.

  • Kurang-kurangkanlah benda-benda berharga dalam beg kita. Yang tak perlu di bawa, tinggalkan je lah kat rumah.

So, apa-apa pun terpulang pada diri sendiri. Buat keputusan yang bijak dan sentiasa beringat-ingat bila di luar sana. Till then, Adios..

TOLONG BELAJAR SEBUT BETUL-BETUL!! (Part II)



Okay cuma nak sambung Part I semalam tapi hari ni menyentuh tentang sebutan dalam Bahasa Kebangsaan kita ok.. ramai yang ambil mudah cara sebutan kita kerana mungkin dah terbiasa bertutur sejak kecil macam tu ataupun mungkin ada yang cuba nak meng'english'kan cara sebutan sesetengah perkataan yang mana bila kita dengar naik meluat dan menyampah pun ada.
Jadi di sini, disenaraikan beberapa kesilapan yang mungkin tak disedari atau disengajakan oleh kita :) ...
  1. INDUSTRI - salah IN-DAS-TRI (ni slang orang putih la), betul IN-DUS-TRI
  2. KOMPUTER - salah KOM-PIU-TER, betul KOM-PU-TER
  3. UNIVERSITI - salah YU-NI-VERSITI, betul U-NI-VERSITI (cuba sebut ULAR...kita tak sebut YU-LAR kan? kan?)
  4. KOMERSIAL - salah KO-MER-SHEL, betul KO-MER-SIAL (tapi sebut la -SIAL tu lembut sikit)
  5. BOTA,PERAK - salah BO-TA, betul BO-TER (marah orang Perak nanti)
  6. TASIK BERA - salah BE-RA, betul BE-RE
  7. LABEL/KABEL - salah LAY-BEL/KAY-BEL, betul LA-BEL/KA-BEL
  8. IDEA - salah AI-DIA, betul I-DEA (yang ni memang susah sikit sebab dah biasa sebut AI-DIA kan?)
  9. Pasukan RELA - salah RE-LER, betul RE-LA (isshh...)
  10. Insyallah akan ada Part III dan seterusnya. Jika ada kesilapan tolong tegur ye. Sama-samalah kita belajar mempelajari. Till then, Adios..

Thursday, May 28, 2009

HALO!!! TOLONG BELAJAR SEBUT BETUL-BETUL! (Part I)


Of course no one's perfect...tapi bila dengar orang mispronounce words, berbulu jugak la telinga ni. Bertambah berbulu bila Penyampai-penyampai Berita yang main hentam keromo sebut perkataan atau common names! Halo takkan tak buat homework sebelum baca berita..ataupun time sekolah dulu tak belajar cara-cara sebutan ke? Atau tak boleh bertanya ke kat sesiapa yang mungkin tahu. Kalau nama yang pelik-pelik, yang sekali seumur hidup baru berjumpa perkataan tu takpalah nak sebut silap ke apa, mungkin takde orang perasan pun. So petang ni nak senaraikan kesilapan-kesilapan sebutan yang common dan tak sepatutnya berlaku (lagi!).

  1. AMERIKA - salah AM-RIKA , betul AME-RIKA (jangan gelak sebab memang ramai sebut yang salah)


  2. AUSTRALIA - salah OS-TROLIA, betul AUS-TRALIA atau OS-TRAY-LIA (sama la ni pun selalu sgt orang buat silap!)


  3. BIRMINGHAM - salah BER-MING-HAM, betul BER-MING-EM

  4. CARLISLE - salah KAR-LIS-LE, betul KAR-LAIL

  5. WARWICK - salah WAR-WICK, betul WA-RICK

  6. CALAIS, PARIS - salah SA-LAIS atau KA-LAIS, betul KA-LAY

  7. EDINBURGH, SCOTLAND - salah EDIN-BERG, betul EDIN-BEREGH (antara UK dan USA sebutan -BURGH memang berbeza)

  8. PITTSBURGH, USA - betul PITS-BERG

  9. MALLORCA, SPAIN - salah MA-LOR-KA, betul MA-YOR-KA (di Spain dan kebanyakan negara Amerika Latin kalau double L akan jadi Y)

  10. OK yang ke-10 dan seterusnya akan disambung dalam entry berikutnya. Kalau ada kesilapan di pihak Real Woman, tolong tegur ok. Till then, Adios..

Blog Widget by LinkWithin