Wednesday, August 5, 2009

Pinggan Mangkuk Tak Halal??


Tentu anda pernah dengar jenama pinggan mangkuk (Fine Bone China) di atas ni kan? Dulu-dulu, kalau ke United Kingdom, rasanya tak sah kalau pulang tanpa at least satu set Royal Albert kan? Ye lah nak beli di Malaysia ni mahal sangat. Boleh cecah hampir RM4 ribu untuk satu set lengkap! Dan sesiapa yang berpeluang menetap lama di sana, sudah pasti berset-set koleksi di beli dan Stoke On Trent (kat tempat ni Fine Bone China boleh didapati dengan agak murah), pasti menjadi antara tempat wajib dituju kepada para pengumpul pinggan mangkuk.

Tetapi sejak kebelakangan ni, ada khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Fine Bone China ni sebenarnya tak halal! Betul ke? Ada yang kata, mereka menggunakan tulang temulang BABI sebagai salah satu bahan asas dalam pembuatan pinggan mangkuk ni. Bayangkanlah jika anda minum atau makan menggunakan pinggan yang diperbuat daripada haiwan ni!!

Saya cuba mencari jawapan melalui internet, tapi tiada satu jawapan pun yang pasti....


Memang benar tulang binatang digunakan, tetapi yang ditulis ialah 'cattle bone' iaitu tulang lembu. Tulang temulang digunakan kerana ia akan memberi warna yang lebih putih, halus dan ringan kepada produk, selain dicampur dengan tanah liat.

Penggunaan tulang temulang babi hanyalah ditulis sebagai 'berkemungkinan' oleh sesetengah Bloggers. Jadi, bagaimana ye? Ada sesiapa yang boleh memberi satu kepastian? Oh ya, tak lama dulu saya ada menonton dalam TV, Pengusaha Sweet Touch Ceramics yang terletak di Keramat (kiranya syarikat ni pengeluar Local Fine Bone lah), mengatakan yang produknya adalah 100% Halal! Erm...maksudnya, memang ada lah produk yang tak halal ni ye??

Saya rasa selagi tak ada kata putus yang tepat, terpulanglah kepada individu masing-masing. Jika anda rasa was-was, elok simpan saja pinggan mangkuk anda dalam almari buat perhiasan. Dan jika anda yakin ianya 'halal', gunakan saja tanpa was-was. Till then, Adios...

17 comments:

jane_doe3328 said...

Takpelah. Tak mampu gak nak beli :P

Guna Corningware or Corell pon dah OK

Adline Writes said...

Terima kasih sebab sudi melawat blog saya :)

Real Woman said...

jane: hehehe betul betul betul!

Real Woman said...

aag: ;)

Nurhayati said...

alamak.. i ada set Noritake..aduhai ni yang tak best ni.. huhuhu

thanks for the info yer =)

Real Woman said...

nurhayati: takpe boleh masuk dlm showcase kalau was was! Eheheh.

rendavictorian said...

SEMUA pun nak guna babi? sampai pinggan pun?

memang menakutkan lagi merisaukan

baik pakai pinggan "bunga kangkung"
yang style old skool~~
ala-ala Kg.Nekmat

Real Woman said...

rv: kadang2 mmg pelik la sampai semua benda mesti nk kena ada benda tu ke? Sampai gula2, keropok, mee semua nk letak benda tu. Kadang2 rasa mcm ada yg nak sabotaj tapi kadang2 rasa mcm harus percaya. Eh pinggan ala2 kg nekmat tu buat dari apa? Kena check gak tu. Hehehe

RENDA said...

Design lame,,my mum ada byk.
Kg.Nekmat tu tema wedding Ning.
Ala-ala kampung gitu.
Very nice.I siap beli buku wedding Ning.hhuhhu
Old Skool charm betol~~

Along said...

Along ada jugak pinggan jenis Noritake tu..dpt hadiah kawin. Memang mahal dan berat, buat hiasan dalam almari je la. Nak pakai pun sayang actually...kot Agong mai dtg visit, maybe la pakai kot. Hehehe...

Real Woman said...

along: true..selalu nak guna set mahal ni kalau ada special guests je kan. dulu ada joke, siapa kawan yg dtg pakai set mahal ni, lepas makan dia kena pi basuh sendiri. kalau pecah..ganti balik!!ehehehe

ms.dd said...

hi there... sj dah alng2 kat topik ni.. rasanye at one time dulu ada juga org persoalkan pd JAKIM tp takde certain answer.. tulah according to Vantage dorg guna bone sbb nanti corak2 kat pinggan tu jadi cantik berkilau.. n dorg kata dorg tak guna tulg bab.. tp tulah bila dah namanye china-bone.. terpikir la plk bnyk mana lembu kat sana... yg bnyk spesis itu jela... hihihi.. so kalau rasa was-was baik cuba hindarkan itu je..
and lagi dlm ceramah ustaz ada ckp pompuan ni bli pinggan mahal2 tp siman kat dlm almari or tunggu org dtg br pkai... tp husbnd and anak kat rumah pkai pinggan murah..hihhihi... ustaz ckp la...

peace....

Real Woman said...

ms dd: hahaha orang kat rumah pakai pinggan murah! yg mahal untuk tetamu! tak patut sungguh tapi itulah kenyataannya kan! eheheh

Shopaholic Mama said...

Luckily I pakai Corelle & corningware type je!

MrsNor said...

salam nak tahu lebih lanjut hukumnya sila ke http://mrsnorhobi.blogspot.com/2009/05/bone-china-haram.html

anda boleh pakai dan guna tanpa was-was

nina said...

Vantage malaysia kat PJ tu halal ke tak?

Anonymous said...

Saya ada ser mugs royal albert apa hukumnya,simpan sebagai hiasan dalam almari

Blog Widget by LinkWithin