Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

YEAYYYYY...AFDLIN SHAUKI!!!


Filem Terbaik Festival Filem ke-22 jatuh kepada............. PAPADOM!!! Sukanya. Sebagai peminat No 1 Mr.Afdlin, saya memang turut berbangga atas kemenangan beliau.

Selain anugerah utama itu, Papadom turut merangkul 4 anugerah lain termasuk Pelakon Lelaki Terbaik -Afdlin Shauki (YEAY!!), Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik dan Skor Muzik Terbaik.

Afdlin turut menambah koleksi kemenangan peribadinya apabila sebuah lagi filem arahannya memenangi kategori Filem Komedi Terbaik menerusi Los dan Faun (YEAY!!).

Filem Papadom yang sepatutnya disiarkan tahun lepas bakal berada di pawagam 8 Oktober ini.

Congrats again Afdlin Shauki and team!

*All pics googled.

Wednesday, July 29, 2009

'Keajaiban' P.Ramlee.....



Dua hari lepas, sambil menukar-nukar channel di TV, tertengok TV2. Tengah siar cerita P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Tak tahulah kali ke berapa ratus dah menonton filem ni... dan yang peliknya, saya masih tergelak dengan lawak-lawaknya. Tiba-tiba saya terfikir, Apa sebenarnya yang buat ramai antara kita tak jemu-jemu menonton filem-filem P.Ramlee? Dialognya kah? Jalan cheritanya kah? Atau kerana taksub dengan P.Ramlee?


Saya sendiri tak punya jawapan yang jelas. Mungkin juga kerana kebanyakkan filem-filem beliau meninggalkan 'sesuatu' yang sukar di kata. Siapa yang tak hafal dialog-dialog filemnya, ye lah dah tengok beratus kali takkan tak hafal-hafal kan.. Rasanya, tak ada filem-filem zaman sekarang yang mampu kita tonton banyak kali kan (...kecuali siri Mr Bean. Betul tak?? Eheheh) Filem-filem melayu kini apatah lagi. Sekali, dua kali rasanya sudah cukup. Ada yang langsung tak menonton filem tempatan sekarang. Boleh baca entry saya sebelum ni.


Zaman kegemilangan P.Ramlee adalah sewaktu beliau di Jalan Ampas, Singapura. Di situ lahirlah filem-filem seperti Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi,Ibu Mertuaku dan sebagainya, yang kita telah tonton dari zaman kita kanak-kanak sehingga sekarang tanpa rasa jemu.

Walaupun tak semua filem-filem P.Ramlee yang suka ditonton ramai berulang kali, terutamanya filem-filem di awal pembabitan beliau dalam bidang lakonan... Dan juga filem-filem terakhir pengarahan beliau yang kurang mendapat sambutan, namun P.Ramlee sehingga kini tiada tandingannya. Beliau bukan sahaja mampu mengarah filem, menghasilkan skrip yang baik, berlakon (watak komedi atau sedih yang cukup meninggalkan kesan), bahkan mampu menggubah lagu dan menulis lirik yang cukup terkesan di jiwa pendengar. Seolah-olah lagu-lagunya hidup sepanjang zaman dan bukan bermusim. Lagu Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Azizah, Engkau Laksana Bulan misalnya...masih dimainkan sehingga kini dan cukup mendamaikan pabila mendengarnya. Sepertimana filem-filemnya masih diputar di kaca TV, begitu jugalah lagu-lagunya.


Sememangnya beliau amat layak memegang gelar Seniman Agung Negara....dan bagi saya, karya-karya beliau akan terus 'hidup' selamanya....

Till then, Adios..



*All pics googled.

Tuesday, July 21, 2009

Filem Melayu...YES??NO??

Saya merupakan seorang pencinta filem Melayu dan saya tidak pernah ketinggalan menonton filem-filem Melayu (macam baca ikrar pulak bunyinya), baik di pawagam ataupun melalui vcd pasar malam.

Walaupun ramai yang memandang rendah akan filem Melayu kita (cakap low class lah, boring lah, pelakon tak standard lah, predictable ending lah bla bla bla), saya selagi boleh ingin 'menyeport' filem-filem anak bangsa sendiri.


Sebenarnya entry ni saya tulis selepas tertonton promo filem Skrip 7707 arahan Prof Razak Mohaideen di TV. Macam yang saya cakap tadi, saya tidak pernah terlepas dari menonton filem-filem Melayu kita, tak kiralah siapa yang mengarahkannya. Dari Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba sampailah ke muka-muka baru seperti Farid Kamil, Pierre Andre dan Syamsul Yusuf semua saya layan. Tapi sejak akhir-akhir ni (actually dah lama dah terbuku di hati), bila sebut saja filem arahan Prof Razak, saya macam malas dan tak bersemangat nak pergi tengok. Sebabnya, saya rasa macam saya dah 'terkena' banyak kali dengan filem-filem arahan beliau.


Saya tak berapa ingat tajuk-tajuk filem beliau terdahulu (tengok sendiri la kat atas ni). Banyak sangat. Tapi ada satu stretch dulu yang filem Prof keluar kat panggung selang beberapa bulan saja. Banyak betul 'ilham' dia! Saya teringat ada satu filem hantu ni, sekumpulan remaja ke sebuah pulau tak silap, tapi dari awal sampai habis dok terjerit jerit. Bingit wooo telinga! Then, filem Potret Mistik yang sungguh tak real 'hantu'nya. Macam filem nak cepat sudah je. Then filem Kuliah Cinta yang merapu (memang harap muka Erra dengan Yusry je la untuk jual filem ni), filem Lady Boss yang banyak jerit dari cakap plus banyak adegan tak logik. And who can forget filem-filem Anak Mami, Mami Jarum, ntah apa Mami lagi..memang lawak yang dibuat-buat! Tapi saya masih jugak menonton. *sekarang baru terasa pelik*

Tapi yang terbaru ni, Sifu dan Tongga (yang ni saya tak tengok ok)...menonton promo Nabil hisap puting di TV tu pun saya dah macam nak nangis dah! Macamanalah seorang Profesor boleh buat filem macam ni?? Dan yang terbaru, Skrip 7707..walaupun promonya gah..membariskan hampir 40 (!!) artis-artis handalan tanahair, saya rasa macam keberatan nak pergi menonton. All because of the damage done earlier.


Tapi bagi pembikin filem seperti Afdlin Shauki and Khabir Bhatia...memang world class lah filem diorang. How can one forget Buli, Baik Punya Cilok, Cinta, Sepi and many many more! I could still watch Sepi or Cinta now and still get goosebumps all over. And i can't wait for Khabir's latest project Setem...yang mana Afdlin jadi lead!! Yeayy...


So the point here is, jangan stereotaipkan semua filem-filem Melayu as low class. Tak adil tu. Mesti mau ingat, tak semua filem-filem Hollywood tu high class pun! Till then, Adios...

Blog Widget by LinkWithin