Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52. Tapi rasanya, aura sambutan terasa kurang. Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja tadi, saya cuba mencari wajah Jalur Gemilang...mungkin kot ada dipasang di kereta-kereta atau di bangunan atau di pokok......tapi hampa, kerana hampir tiada. Ada lah satu dua Jalur Gemilang nampak berkibaran di atas teksi-teksi dan lori barang. But that's about it.
Kenapa ya? Mungkin kita takut untuk meletakkan bendera di atas kereta, kerana melalui pengalaman saya sendiri, agak sukar untuk menanggalkan gam pemegang bendera itu dari kereta. Berhari jugak nak mengikis bekas pelekat tu. Silap-silap boleh tanggal cat kereta!
Atau ada yang berani, meletakkan terus bendera yang besar di hadapan bonet kereta! Dan kalau tak mahu, boleh saja gantung bendera di hadapan rumah. Pacak atas tanah atau gantung atas pokok mangga. Semua boleh buat kalau ada daya usaha dan keinginan.
Tapi ada yang beri alasan, tak tahu nak cari kat mana bendera ni. Hmm...tak boleh pakai alasan ni. Atau kita hanya nak menunggu kerajaan memberikan bendera percuma kepada kita baru nak kibar?? Mana perginya semangat MERDEKA kita?? Apakah maksud 31 Ogos itu hanya sekadar Public Holiday atau Konsert percuma di Dataran Merdeka??
Kiddos 'masterpiece' - Walaupun bentuk bendera agak tidak seimbang dan memungkinkan mendapat C- (kalau di sekolah), tapi semangat Nasionalisme yang ditunjukkan secara tanpa apa-apa paksaan membuatkan saya memberikan A+ kepada anak-anakku!
Dua hari lalu, Arisha dan Hakim berlumba-lumba nak membuat Jalur Gemilang. Bukan projek sekolah. Tiba-tiba saja cari pensel dan kertas nak buat. Saya agak terharu dan emo sekejap. Baguslah jika dari kecil anak-anak kita diterapkan dengan semangat Cintakan Negara. Dan saya akan cuba menyampaikan kepada mereka maksud sebenar perkataan Merdeka itu sendiri satu hari nanti. Susah takut tak faham pulak budak-budak tu sekarang. Buat masa ni, cukuplah dengan penjelasan...Merdeka = Negara kita aman damai dan bebas dari peperangan, walaupun maksud sebenar lebih dari itu.
Selamat Menyambut Hari Merdeka!
15 comments:
No offence yer..tapi rasanya time Che Det dulu ajer bila masuk August berpusu² iklan sana sini pasal Merdeka
Masuk ajer PakLah, cam sunyi sepi gituh
double agree gn jane ;-) ramai yg noticed
my mom pun said so.its already 2nd week of aug.but seems mcm tade pape kn?no patriotic songs or any flags seen anywhere.i guess,ppl are so bz about 1Malaysia kot.thus,merdeka day terabai.huuuu :D
jane: true la..mmg bersemangat kan dulu nak pasang bendera! but i akan paksa jugak diri gantung bendera tahun ni depan rumah!
mrs lvoe: mmg amat ketara kan!
niza: yes..patut seimbangkan dua dua sambutan kan!
akak real, comel sunggoh anak2 kamu.. hihih.. nama mereka pun comel2. btw akak real, saya tak penah pun letak bendera kat keta. tak tau naper. bukan takde semangat patriotisme. sangat ada!!!!! ntah la kenapa.
tahun ni saya nak cuba bubuh bendera sambil kembang idong bawak keta tanda betapa bangga nya saya hik hik hik
haaaaa...nie meh mak long rate sket...yg bendera atas tue awat jalur nye terlebey 14...hhehehhehehe
mrs izwan: yes saya juga dgn kembang hidung akan cuba memacak bendera malaysia atas pokok mangga dpn rumah setinggi yg bole bg membuktikan bahawasanya saya amat berbanggga menjadi anak malaysia!!
verde: thats why la dpt C- wahai mak long ku! Wahahaha
totally agree wit u sis...ingt laie zmn2 blaja dulu ...terpacak bende kt mane2..kete smue penuh ngan bendere...naper tah skrg ni kan...sebuk sgt ngan current isu..
totally agree wit u sis...ingt laie zmn2 blaja dulu ...terpacak bende kt mane2..kete smue penuh ngan bendere...naper tah skrg ni kan...sebuk sgt ngan current isu..
iefa : true la iefa..tak tahu kenapa skrg mcm sejuk je sambutan kemerdekaan kan?? takut lama2 terus takde je...isshh tak boleh tak boleh!
I tak letak kat kereta *rasa bersalah*
Tapi kat gate rumah, tiap2 tahun letak..for one month :)
soho mama: i loike u!! i pun pasang every year dpn rumah tapi last year tak buat la..dont know why. so this year akan buat!!!
Post a Comment