Semalam tak tahu kenapa susah nak tidur....so dok tukar-tukar channel, tiba-tiba tertengok lah program Singgah Sahur terbitan TV3.
Program ni di hoskan oleh 2 orang. Wartawan tak silap. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Mereka melawat (menerjah) rumah-rumah terpilih, bersahur bersama mereka, menghulurkan bantuan daripada penaja sambil bermesra-mesra dengan tuan rumah....lebih kurang macam tu lah.
Jadi untuk episod semalam, rasanya penaja makanan sahur ialah KFC sebab setiap rumah yang dilawati, diorang makan KFC. Sahur KFC?? Dan ada satu rumah tu, siap diorang dapat Flat Screen TV lagi tajaan Samsung ke LG ke, tak ingat la. Pergghhh.....But that's not the point.
Dalam kembara mereka berdua ni dari rumah ke rumah (banyak rumah orang susah yang diorang lawat), mereka akhirnya singgah ke rumah seorang pakcik tua yang kelihatan agak uzur dan hidup sebatang kara....Selepas salam cium tangan, tanya khabar semua.....jeng..jeng..jeng... soalan ni tiba-tiba muncul dari mulut si wartawan perempuan....
Wartawan : Pakcik...pakcik tak rasa sunyi ke duduk sorang-sorang? (EEEEEE kalau i la pakcik tu, mahu i WALLLUPP left and right minah tu for asking such a 'brilliant' question!!)
Pakcik : *berdiam diri* (agaknya dalam hati dia rasa seperti yang i rasa....)
Wartawan : Pakcik..pakcik tak sunyi ke duduk sorang-sorang ni? *dengan nada yang agak tinggi kali ni*
Pakcik : Ye lah kalau ada sedara mara datang tak lah sunyi...(lebih kurang macam tu lah dia jawab. Suara dia pun tak clear sangat maklumlah uzur)
Wartawan : Habis tu kalau sedara mara pakcik balik, pakcik tak sunyi ke?? (EEEEEE....time ni tahap kesabaran I dah exceed limit dah....)
Dah takde soalan lain ke nak tanya? Dah memang sah-sah orang tua tu hidup sebatang kara, memanglah sunyi. Kalau you pun Cik Wartawan, duduk sorang-sorang takkan tak rasa sunyi kot! Unless you're some strange alien from planet Mars ke, tak tahulah kan.
Macam dulu, pernah sekali I tengok berita tentang banjir kat Penang. Wartawan tu boleh tanya mangsa banjir tu...."Apa perasaan makcik, SEDIH tak?" EEEEE...ni lagi satu. Kalau I ditanya soalan tu dalam keadaan I macam makcik tu...mahu I sumbat Microphone tu dalam mulut wartawan tu! Sorry la....but some people are just so insensitive!! Dah kalau air naik sekerat rumah, kerusi meja tenggelam, dapur hanyut dek air, ayam itik mati.....takkan you expect mangsa banjir tu nak kata, "Makcik GEMBIRA dan BAHAGIA sekali dengan musibah banjir yang melanda kami sekeluarga ni!"
Dengan itu, selamat beristirehat dan jadikan diri lebih sensitif dengan persekitaran kita! :) Adios....
The King, his family and U
2 weeks ago
23 comments:
sure wartawan junior tuhhh...
errrrrr wartawan senior pun ada perangai camtu gak... pernah skali tertengok 911, the reporter someone yang well known tanya kat penagih dadah yang cuba lari kan diri tu "KENAPA AWAK CUBA UNTUK LARI?????" apa punya soklan bijak bestari la camtu???? Kalau haku jadi drug addict, ada polis dtg serbu, sure la haku lari!!! reporter tv3 ni memang ala2 bengong sket..
abrahyn : wartawan perempuan tu agak senior jugak la..
mrs izwan: hahahah soalan yang sungguh bijak!!! kalau i jadik mat pit tu, i akan jawab..."saya lari sebab saya nak kejar siti nurhaliza...hahahha"...EEEE...dulu pun ada sekali tak ingat TV mana, lepas kerajaan umum bagi rebate tol dia interview passers-by..."suka tak dengan pengumuman pemberian rebate oleh kerajaan?" wahahahahah...WOT A QUESTION!!!
yang kelakarnya episod sebelum tu pegi JB, dapat tajaan makan nasi from hotel, dibagi pada anggota polis yang kemalangan tapi still cukup tubuh badan, tggl pun kat kuartes, tapi episod semalam, anak-anak yatim just bagi makan KFC aje...heran betullah
depa ni tanya soalan bangang tul la..
ada ke tengok org hidup susah pi tanya soklan cenggitu...
patutnya bagi lah semangat.. supaya pakcik tu ada kekuatan untuk teruskan kehidupan..
isk, betul kata u, i pun rasa nak jer sumbat mikrofon dalam mulut wartawan tu...
peramah sgt tu pasai tanya soklan hampehh ! :D
gina: mmg tak sesuai la bagi org makan sahur kfc!! sebagai makanan sampingan selain nasik ok lah kot!
LoL: betul patut bagi kata2 semangat atau soalan yg boleh membahagiakan orang yg susah tu..ni tanya soalan menyakitkan hati!! EEEE...
echah: peramah takde maknanya macam gitu!! lebih baik tak payah jadik peramah kalau begitulah halnya! ahaks..
Hahhahaha... aku pun paling menci org tanya soalan bodoh mcm tu... kalau rumah org dah terbakar...dia tanya.. 'apa perasaan encik??'...sah sah di baling batu...
I think dorang nak tgk pakcik tu hilang control emosi dia kot.. nangis kat depan TV and so their rating boleh naik. Sabar je la.
Ellooo...itu bleh tahan lagi..aritu Along tengok depa pi jenguk bebudak yg kematian mak ayah time puasa last year..minah "pandai" tu bleh tanya anak yg kecik tu, "sedih tak nak raya ni mak ayah dah takde? Rindu kat mak ayah tak?"
WTF???!!! Terus tukar channel. Hampeh punya reporter.
x sensitif lgsg wartawan tu.. igt kita suka ke dok sorg2.. kalo dia tny sha, confirm airmata dh mgalir laju.
hi there,
i saw this episode. Sabtu kan. I tgk dgn my niece n we both pun rasa annoying pasal soalan2 diorg tu. Soalan tak patut nak tny. Nasib baik pakcik tu tak loyar buruk.
N pakcik yg sunyi tu xdpt tv pun. Dpt kfc jer.
cath: hahaha betul tu elok baling batu je!
purple: agaknya lah. Tak tahu apa motif sbnr diorang atau mmg tukang tanya takde perasaan dan akal!
along: eeee geramnya! Diorang ni semua reporter tangkap muat ke apa????
mrs lvoe: mungkin itu yg diorang nak kot... Airmata!
maharani: hehehe i kesian tgk pakcik tu dpt sekotak kfc. Apakehalnya org tua tu nk makan ayam goreng. Patut bg la nasik ke kan? Dah lah time sahur. I rasa elok bg pakcik tu duit dr tv kan.
Itulah tahap pemikiran "wartawan" kita sekarang. Nasib2...
AP: mana boleh lawan yg OTAI mcm AP, BD, Tiger kan! :)
Salam -
Dear All, kalau i lah jadik pakcik tua tue........memang kena pelempang tahap dewa 19 si wartawan tue....
Hello ...dunia hari ini...ko ada anak 11 orang pun blum tentu sorang nak jaga ko time tua nanti.so selalulah fikirkan perasaan orang lain B4 you buat/katakan sesuatu...
Post a Comment