Showing posts with label Celebrities. Show all posts
Showing posts with label Celebrities. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Megan Fox sebenarnya seorang LELAKI!!

First of all, mesti majoriti tahu siapa Megan Fox kan?? Alah..... heroin filem Transformers yang seksi meksi, yang buat hubby kita tak berkelip mata bila tengok tu lah! Nak tengok Optimus Prime dan Bumble Bee kononnnnn...PADAHAL....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



.....ini yang nak ditengoknya!! Haa..... takpe tengok lah dulu, refresh balik minda dengan gambar-gambar Si Megan dari filem Transformers ni.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Dah puas tengok dah? OK......menurut Weekly World News, Megan Fox sebenarnya dilahirkan dengan nama Mitchell Reed Fox di Rockwood, Tennessee sebagai seorang LELAKI!! Tak percaya ah?? I pun tak percaya jugak mula-mula!

Tapi sejak kecil, Mitchell memang minat 'dressing up' dengan pakaian-pakaian wanita. Puas jugaklah mak bapak dia bawak pergi jumpa paderi nak 'cure' Si Mitchell ni dari interest dia yang tidak ke arah kelelakian tu.



So by the time umur dia cecah 13 tahun, dia dah start career dia as 'female child performer'. Dan bila umur dia cecah sweet 16, mak bapak dia offer nak buat 'sexual reassignment surgery' since diorang dah nampak potensi anak diorang dalam showbiz ni....tapi tak boleh la pulak nak buat sebab dia di-bawah umur time tu.

Since then, Mitchell/Megan has been working non stop dan dah banyak kali dia ni tersenarai dalam Hottest Women's List around the world!

Bila I bagitau Mr Nik cerita ni...dia GELAK BESAR!! I pun gelak lagilah besar!! Hahahaha... bukan dia je yang tak boleh terima hakikat, ramai lagi lelaki kat luar sana yang mesti frust tonggang terbalik bila tahu hal sebenar ni! Kepada lelaki-lelaki yang siap tampal poster Megan kat bilik tidur tu, ada kalendar Megan kat meja opis tu, yang wallpaper Computer gambar Megan.....eeee....ropanya selama ni korang dok admire@angau kat lelaki la ye! Eheheheheheeh..... Adios!!



Friday, September 11, 2009

Kes CERAI lagi....


Baru minggu lepas tak silap baca kisah KrisDayanti dicerai talak 3 oleh suaminya Anang. Semalam pulak, kisah penyanyi Siti Nordiana dicerai talak 2 oleh suaminya, pelakon Faizal Yusof. Sebelum ni, Akhil Hayy dan isteri Maizawati. Sebelum sebelum tu....Sarimah Ibrahim dan suaminya Amir. Sebelum sebelum sebelum tu....Hmm......


Kalau dulu, orang kahwin Mat salleh mesti kita kata tak kekal lama. Tak semestinya. Kahwin sesama Melayu pun ramai yang bercerai. Dan bukan hanya selebriti yang kahwin-cerai, orang biasa pun ramai.... cuma tidak mendapat exposure.


Persoalannya, mengapa rumahtangga pasangan sekarang RAPUH? Kalau kita tengok pasangan dulu-dulu, walaupun tidak se-romantis mana, namun rumahtangga yang mereka bina kekal sampai ke anak cucu! Tak macam pasangan sekarang yang sangatlah loving doving, berpeluk mesra sakan, tergeliat sana tergeliat sini masa bercinta......tapi kahwin baru setahun setengah, dengar-dengar dah bercerai! Bercerai pulak tak main talak 1...terus talak 2 ke 3! Yang jadi mangsa, anak-anak! *kepada yang ada anak lah!*


My mother selalu cakap...'orang sekarang malas masak, suami tak merasa air tangan isteri......mana nak kekal!'.....BETUL KE?? *doooshh kedebabow.....kena batang hidung sendiri malas masak!*

Atau ada sebab lain??

* Mungkin sekarang ni, para isteri lebih educated dan ada kerja yang secure, jadi kebergantungan terhadap suami tu kurang.... sekaligus kita rasa tempat suami se'level' dengan kita dan hilang rasa hormat?

* Atau masalah rupa paras? Mungkin tidak kot.... sebab rata-rata yang kena cerai ni..lawa-lawa, hensem-hensem dan masih dalam kategori muda belia belaka!

* Tiada persefahaman?? Tapi kadang tu boleh berkawan a.k.a. 'couple' sampai 5-6 tahun, kahwin tak sampai setahun dah bercerai! Takkan masa berkawan 5 tahun tu tak cukup untuk menyelami hati budi?

* Masalah kewangan?? Sesudah kahwin mungkin baru tahu duit banyak nak kena pakai urus rumahtangga. Ye lah...dulu nak tanggung diri sendiri, sekarang dah berdua. Mana dengan nak bayar hutang Mak Andam, Katerer, Khemah lagi, Baju pengantin Bernard Chandran lagi.... Bila dah ada anak...lagilah terasa akan kepentingan pengurusan bajet!

* MATERIALISTIK???? Hmm....tengok kanan tengok kiri, member semua pakai Gucci, Prada, LV....apahal sendiri pakai beg Vincci je? Member ada cincin 2-karat, aku cincin belah rotan je! Nak suruh suami beli, dia tak mampu. Tiba-tiba ada pulak lah buaya yang hulur tengkok bagi hadiah benda-benda idaman hati! Time ni lah tanda-tanda awal pergolakan rumahtangga akan tercetus!

* Orang ke-tiga?? Sibuk je orang ketiga ni kan! Yang bujang-bujang melambak lagi...orang punya jugak yang dia nak sibuk kacau! Tapi i always believe that IT TAKES TWO TO TANGO! Takkan terjadi apa-apa hal kalau pihak satu lagi tak layan.

Jadi, eloklah kita ingatkan diri sendiri (myself too) agar sentiasa berusaha untuk meng'improve'kan diri setiap hari, agar menjadi yang lebih baik demi kesejahteraan keluarga kita! Till then, Adios...

Wednesday, September 9, 2009

Victoria Beckham and her Clutches!

Suka sangat tengok Victoria Beckham ni kepit clutch! So very the Stylo-mylo! Jalan dengan anak-anak pun still boleh kepit-kepit clutch.....


Macam kalau kat dalam siri Desperate Housewives tu, Eva Longoria tak lekang dengan clutch dia! I like. Tapi sesuai ke nak kepit clutch kat sini time outing? Tak over ke? I cuba jugak tengok-tengok sekeliling bila pergi jalan-jalan, tapi macam takde je yang mengepit-ngepit clutch ni. Senang jadi mangsa ragut kot kalau kepit clutch kat Malaysia ni! ;p


Apapun, Jimmy Choo Rio Clutch seperti yang dikepit Posh kat dalam gambar di bawah ni, memang telah berkurun lamanya melentokkan I......dan I masih lagi terlentok bila melihatnya sekarang! Eheheh...


Lastly, kalau you all tengok kat bawah ni, trend jaket yang Posh pakai ni kononnya akan menjadi 'hit' nanti. It's a leather jacket by Balmain. Tapi kelakar pun ada jugak. But she's been wearing it to almost everywhere.


....tapi yang pasti, Hermes Kelly Travel 55cm yang warna putih tu yang outstanding sekali kan! Eheheh.

Till then, Adios....

Friday, August 21, 2009

Fasha Sandha & Qabil Ambak pulak....


Ada source yang memberitahu saya, dia terdengar ulasan keratan akhbar sebuah private TV station 2 hari lepas pasal Fasha Sandha akan menamatkan zaman bujangnya Januari depan dengan Ekuin Negara, Qabil Ambak. Bila I tanya balik paper apa yang keluar, dia kata lupa.....but either Metro or Kosmo.

So, terus go online cari details but takde pun. Ada sesiapa yang boleh meng'confirm'kan berita ni? Sorry la kalau you all tak minat nak ambik tahu pasal minah ni. I pun bukan lah kategori fanatik Fasha....cuma saja suka-suka buang masa ambik tahu sekaligus menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan artis-artis tanahair! :p

Pictured above : Qabil and sister Quzandria Ambak.

Jadi kalau betul mereka akan berkahwin, baguslah. Maka dengan itu juga, akan tertutuplah cerita perihal Fasha dan Rizal Ashram (ex-hubby Nora Danish) telah berkahwin secara senyap-senyap.

Oh ya.... Qabil ni comes from a very very wealthy family....rumah dia sangatlah BESAR dan lawanya! 'Pandai' sungguh minah sorang ni kan...asyik dapat JERUNG je! Eheheh...dah rejeki, nak buat macamana.


Till then, Adios...

Monday, August 17, 2009

Apa punya KASUT nii!!!!!


Hahaha....mampukah anda berjalan ataupun berdiri selama hanya 5 minit dalam kasut seperti ini??? Belum try belum tahu. Mungkin anda akan menyukainya dan terus melupakan koleksi flip flop dan maryjanes anda yang berlambak-lambak itu.

Bagi saya sendiri....OH TIDAKK!! Kemungkinan besar pin heels itu akan bengkok atau patah. Tapi yang paling penting saya tidak mahu tulang belakang dan tumit saya menangis hanya kerana sepasang kasut!

The super-high shoes above are from Dsquared2 and comes with a so-called super strong metal heels. Dan siapa yang empunya kasut 'seksa-diri' ni............

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Opps...tak nampak muka pulak..... but can you guess already??? NO? YES??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

.......It's Victoria Beckham (who else!) aka POSH!

The best part, dia pakai kasut ni, bukannya nak pergi acara Red Carpet, tapi pergi SHOPPING - dengan anak-anak lagi!! Wah!! Salute la dekat dia ni. Tapi nampak tak, sebelah tangan dia pegang Handbag dan sebelah lagi dia pegang anak dia.....just to balance herself off! Hahaha...*mean*

And here's another super high 6-inch heels in shocking pink she wore to Kate Beckinsale's 35th Birthday Party earlier this year. Haaisshhh...baru tengok je kasut ni dah lenguh dah, belum pakai 2 jam lagi!


Well people, if you think you can look dead pretty (like Victoria) in those shoes.... and the most important thing, you can actually walk in them, then go get them!! Dan jangan lupa update blog you all dengan kasut baru tu ye!!
Till then, Adios....

Tuesday, August 4, 2009

SJP welcomes twin girls!


I was going through Hello! mag tadi, tiba-tiba ternampak lah gambar kat atas ni. Comelnya baby-baby ni! Lepas tengok gambar, baru nak baca headline "Sarah Jessica Parker and Matthew Broderick welcome twins!". Aik..bila masa pulak minah ni pregnant?

Harus baca lagi ni... Hmm...rupa-rupanya pakai Surrogate Mom aka Ibu Tumpang. Patutlah tak pernah nampak pun dia pregnant dalam gambar-gambar dia yang terkini! Macam dalam my entry before this, memang surrogate mom ni dah seakan menjadi trend di Hollywood. Nak jaga bentuk body agaknya. Tapi menurut SJP, she's been trying so hard to conceive naturally, tapi tak berjaya. Tu yang guna ibu tumpang tu. She had a son already before this. Apa-apa je lah SJP...janji bahagia!

Anyway, the baby girls Marion Loretta Elwell Broderick and Tabitha Hodge Broderick were born on June 23rd at an Ohio hospital. Best nyaaa kalau dapat twins!! Tapi perasan tak, artis-artis Hollywood ni macam senang je dapat twins. J.Lo ada twins, Ricky Martin ada, Angelina Jolie ada, Julia Roberts, Marcia Cross, Lisa-Marie Presley bla bla bla. Eh..artis kita pun ada yang dapat twins baru-baru ni! Tahniah Kak Ziana Zain. Best ye dapat one boy and one girl!!

Wednesday, July 29, 2009

'Keajaiban' P.Ramlee.....



Dua hari lepas, sambil menukar-nukar channel di TV, tertengok TV2. Tengah siar cerita P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Tak tahulah kali ke berapa ratus dah menonton filem ni... dan yang peliknya, saya masih tergelak dengan lawak-lawaknya. Tiba-tiba saya terfikir, Apa sebenarnya yang buat ramai antara kita tak jemu-jemu menonton filem-filem P.Ramlee? Dialognya kah? Jalan cheritanya kah? Atau kerana taksub dengan P.Ramlee?


Saya sendiri tak punya jawapan yang jelas. Mungkin juga kerana kebanyakkan filem-filem beliau meninggalkan 'sesuatu' yang sukar di kata. Siapa yang tak hafal dialog-dialog filemnya, ye lah dah tengok beratus kali takkan tak hafal-hafal kan.. Rasanya, tak ada filem-filem zaman sekarang yang mampu kita tonton banyak kali kan (...kecuali siri Mr Bean. Betul tak?? Eheheh) Filem-filem melayu kini apatah lagi. Sekali, dua kali rasanya sudah cukup. Ada yang langsung tak menonton filem tempatan sekarang. Boleh baca entry saya sebelum ni.


Zaman kegemilangan P.Ramlee adalah sewaktu beliau di Jalan Ampas, Singapura. Di situ lahirlah filem-filem seperti Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi,Ibu Mertuaku dan sebagainya, yang kita telah tonton dari zaman kita kanak-kanak sehingga sekarang tanpa rasa jemu.

Walaupun tak semua filem-filem P.Ramlee yang suka ditonton ramai berulang kali, terutamanya filem-filem di awal pembabitan beliau dalam bidang lakonan... Dan juga filem-filem terakhir pengarahan beliau yang kurang mendapat sambutan, namun P.Ramlee sehingga kini tiada tandingannya. Beliau bukan sahaja mampu mengarah filem, menghasilkan skrip yang baik, berlakon (watak komedi atau sedih yang cukup meninggalkan kesan), bahkan mampu menggubah lagu dan menulis lirik yang cukup terkesan di jiwa pendengar. Seolah-olah lagu-lagunya hidup sepanjang zaman dan bukan bermusim. Lagu Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Azizah, Engkau Laksana Bulan misalnya...masih dimainkan sehingga kini dan cukup mendamaikan pabila mendengarnya. Sepertimana filem-filemnya masih diputar di kaca TV, begitu jugalah lagu-lagunya.


Sememangnya beliau amat layak memegang gelar Seniman Agung Negara....dan bagi saya, karya-karya beliau akan terus 'hidup' selamanya....

Till then, Adios..



*All pics googled.

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah.


Yasmin Ahmad, 51 tahun. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh beliau....Amin.

Sunday, July 12, 2009

Victoria Beckham, Hermes Birkins, Mad Mad World


Oh boy...don't we just envy this woman! She's got the look, she's got the body (eventhough to me she's too skinny), she's got the b**bs (eventhough they are fake), she's got the money, she's got the fame, she's got the style (love her BIG shades collections!), she's got a very good looking husband with also lots of money and above all, she's got lots and lots of Birkins!! Some even says that she owns more than 100 Birkin bags that are worth more than 1.5 million pound sterling!!


Of course, Victoria a.k.a POSH is not the one to settle for a basic Birkin which price starts around 4,200pounds...but has been regularly seen carrying around the more luxurious versions in pink ostrich skin and glossy black crocodile (worth up to 42,000pounds - the one in pink pictured below, center) as well as the rare Silver Himalayan style (worth 80,000pounds - pictured below, right ), comes complete with 3-carat diamonds!


While the bag may cost as much as a small car, but it has been said that the bag is truly an 'investment' piece. The style will remain for decades, and certainly the Birkin is a proof of this with the waiting list of up to 3 years! Madness isn't it? A spokesperson for Hermes explained that the lengthy production times were due to a combination of the advanced craftmanship involved in making the bag and also the limited availability of particular skins and colors.


For the lucky owners, the bag will not depreciate in value....like cars. Sebabnya, the long wait list! Desperate fashionistas yang tak sabar-sabar nak memiliki beg ni akan membuatkan auction houses and second-hand boutiques boleh jual beg ni at a price slightly lower than the current market price. And for those who lack the funds to buy the bag, can always buy ciplak ones hire from sites such as BagBorrowSteal, and the site is currently listing the 2004 Black Crocs Birkin for rent, for around 1,700pounds a week!! *madness* Not sure whether there's such company in Malaysia.


Phew..... it is indeed a mad mad world out there...but I love Victoria (we all do don't we?) and will always love the Birkin! Till then, Adios...

Monday, July 6, 2009

Manohara lagi!


She's one very pretty lady. Tapi tak tahu mana silapnya, daripada tak popular, tiba-tiba meletop satu Malaya dan Indonesia (mungkin juga Brunei dan Singapura) kenal siapa Manohara Odelia Pinot.

Kisah dirinya yang konon didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra kepada kisah hutang-hutang ibunya, Daisy. Kemudian kisahnya lari ke Dubai dan 'diculik' kembali oleh Tengku Fakhry dan yang terakhir sekali, kononnya Manohara lari dari Singapura sewaktu kedua mereka melawat Sultan Kelantan yang sedang gering di sana.


Di Jakarta pula, kisah Manohara mendapat publisiti meluas (memang 'diorang' sentiasa menunggu peluang untuk cari pasal dengan Malaysia pun). Dan khabarnya yang empunya diri macam pisang goreng panas kat sana. Ditawar jadi pelakon Sinetron lah, jadi model iklan lah, tetamu 'talkshow' lah. Dan kisah hidupnya bersama Tengku Fakhry pun akan dijadikan drama TV di sana. Snippet pun dah mula ditayangkan, kononnya Manohara hidup dalam sebuah rumah besar tetapi tangan digari bla bla bla. Hmm...dah kahwin tu mana nak boleh bebas macam belum kahwin! Sendiri mau ingat la. Dah lah kahwin dengan kerabat, mestilah banyak protokolnya. Lain kali buatlah homework dulu, jangan mata asyik nampak RM je!!


Hari ni pula, dalam akhbar, Tengku Fakhry telah memfailkan 2 saman terhadap Manohara kerana gagal kembali ke pangkuannya. Dia bagi dateline sampai 2 Julai je. Memang dari awal semua dah dapat agak Manohara takkan datang balik ke Malaysia lepas dia lari hari tu. Nak mati kalau datang balik! Lepas macam-macam cerita dia buat kat Indonesia, takkan berani dia nak datang balik.


Dalam saman tu juga, Tengku Fakhry menuntut kembali hutang sebelum dan selepas kahwin sebanyak RM972,750 dan seutas jam tangan Audemars Piguet berharga RM174,000. Wow... rasanya memang takkan dapat balik kot. Hehehe.

So, moral of the story? Hmm....apa yang anda katakan samalah seperti yang saya fikirkan! Till then, Adios...

Saturday, June 27, 2009

Respect.



...... dan jika benar MJ seorang Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.


Monday, June 22, 2009

Gisele Bundchen's Pregnant



Why do i want to put this story as my entry? Simple. Because i love Gisele. I think she's the most beautiful supermodel in this world. Perfecto. She has the body to die for, she's the richest supermodel in the world and now she's pregnant!

Tak ramai selebriti barat yang nak menempuh fasa 'mangandung dan melahirkan' ni sebab bagi mereka bila dah beranak mesti bentuk badan akan lari! Dan sekarang ni semacam dah menjadi satu trend menggunakan 'surrogate mom' atau ibu tumpang untuk melahirkan zuriat mereka. Senang agaknya, tak payah pening kepala dengan morning sickness, dengan kaki bengkak masa pregnant, dengan muka kembang etc. Cukup 9 bulan terus dapat zuriat - instant! Ish..ish..ish..



Gisele with Hubby, Tom Brady

Tapi bila Gisele umum that she's pregnant, terkejut juga lah sebab orang secantik dia, yang mana tubuh badannya adalah masa depan kerjayanya, sanggup melalui fasa yang digeruni celebs lain (ramai wanita kat Malaysia sekarang ni pun takut pregnant, nak jaga body kononnya)! So women, selagi boleh beranak tu beranaklah, kerana anak tu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai harganya! (Lepas beranak baru kita pikir pasal body ok?) :) Till then, Adios...


Blog Widget by LinkWithin