
Kelima-lima jari tangan kiri seorang remaja di Sik Kedah putus dan tapak tangannya hancur selepas terkena mercun Bola ketika sedang bermain mercun di rumahnya petang 2 hari lepas.... dan dek kerana itu juga, maka adik kita ni tak sempatlah nak bersalam raya ketika Aidilfitri bakal menjelma hujung minggu ni!
Sebelum ni, yang mata hampir buta akibat mercun pun ada jugak. Nasib la hampir buta...kalau BUTA terus?? Tak ke 'menempah' namanya tu!

Sebenarnya tak tahulah nak kata apa... dan tak tahulah nak rasa sedih ke...nak kata 'padan muka' ke. Sebab setiap tahun berbagai kempen dan peringatan disiarkan di TV , di suratkhabar...dan rasanya mak bapak dan cikgu-cikgu di sekolah pun mesti turut sama memberitahu tentang bahaya mercun ni!
Tapi bak mencurah air ke daun keladi.... Agaknya, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu lah budak-budak ni takkan sedar dan serik!
Haa...kalau macam tu pii la main, tak cukup mercun Bola, pi pasang Meriam Buluh ke Meriam Batang Paip ke apa ka. Lagi KEDEBABOOWWW bunyi, lagi meriah kan! Elok-elok jari ada 10, tinggal 4..... lagilah bertambah-tambah meriah raya!!! Seronok apa mata berbalut sebelah, macam Pirate of Carribean je kan!
Apapun, sentiasalah awasi anak-anak kita di musim perayaan ini ok....walaupun hanya sekadar bermain 'bunga api', mereka masih perlu dipantau! Semoga Aidilfitri kita nanti akan terus diisi dengan senyuman dan gelak tawa dalam menyambut kemeriahannya!
