Saturday, August 15, 2009

Perlukah Tahap Kerisauan yang Terlampau?


Mungkin perlu..... Sebab jumlah kematian di negara kita akibat virus SELSEMA BABI atau nama glamornya Influenza A H1N1 sudah menghampiri 60 orang sewaktu saya menulis entry ini.

Dulu kita takut untuk ke luar negara....kini, di dalam negara sendiri pun sudah tak selamat lagi. Nak bawa anak jalan-jalan, baik tangguh la dulu. Nak window shopping? Tak penting...Baiklah perap kat rumah lagi selamat. Nak pergi kerja? Sekolah? Hmm...nasib baiklah sekolah nak tutup lagi seminggu. Harapnya, penularan virus ni dapatlah dibendung sedikit sebanyak.

Tak tahu sampai bila virus ni akan terus berada di sini...mungkin selagi masih ada 'perumah' untuknya, selagi itulah virus ini akan terus bermaharajalela. Cuma yang boleh kita buat.....

1. Jaga kebersihan (cucilah tangan dan mandi dengan sabun antiseptik walaupun benda ni nampak remeh).

2. Sentiasa pantau kesihatan ahli keluarga dan diri sendiri. Kalau demam atau selsema makanlah ubat. Jangan nak berlagak HERO konon boleh baik sendiri! Kalau demam tak reda jugak pergilah jumpa doktor.

3. Jauhilah diri dari orang yang ada simptom-simptom seperti batuk, demam dan selsema. Tak payah lah nak ajak dia bersembang atau main dam!

4. Kalau harus jugak ke tempat-tempat awam, gunalah mask. Kalau tak selesa pakai mask (cakap lemas lah apa lah..), elok duduk kat rumah je lah.

Semoga dengan langkah-langkah dan usaha kecil yang kita buat ni, akan dapat membantu mengurang atau menghapuskan terus virus SELSEMA BABI ni!!

18 comments:

miesha said...

memang bahaya keadaan sekarang nie..kadang2 risau gak nak keluar jalan2 terutamanya dibandar2 besar...hubby pun suruh berjaga2 time nak balik KL nanti,kena pakai mask.

Real Woman said...

miesha : betul..kalau boleh elak tempat sesak dan pakailah mask!

Gina said...

tapi kan tgk rakyat malaysia mcm tak ader kesedaran la...sedih betul. Cuma segelintir aje yang betul-betul takut dan sentiasa berhati-hati.

Real Woman said...

gina: true. Sometimes these small things we do mungkin dpt bantu bendung wabak ni dari terus merebak and we might be saving lives out there!

SOHO Mama said...

Kesian jugak tgk doktor2 yg bertugas esp kat hospital kerajaan. My sister is at klinik kesihatan but not sure how's the increase in no. of patients there..

ryann said...

baca berita tak pakai mask ke..huhuhu

MiszMama@Haslinda said...

menyusahkan betul itu babi. Memang dasar babi, suka menyusahkan orang. Dah habis semua orang susah! (ape yang aku cakap ni...)baik bela siput babi. (ingat plak pade pet spongebob.hikhikhik)

SCANDAL BAG said...

i carik mask dah out of stock.. :-(

:: || Mrs. Izwan || :: said...

babi betul selsema ni kan.. errr hehehe.. sowii :p

scandal bag : betul tu,mask dah out of stock. hasben ai cakap stock mask kat kl dah abis (ni dia kata dia baca kat paper). tp td gi ace hardware ada jual gak mask.

saya selalunye, kalu kuar rumah je, wajib balik mandi!! 1st thing!! kebersihan sangat penting!!

Real Woman said...

soho mama: i heard hospital swasta pun dah full house..hospital kerajaan sure lagi sesak kan!

Real Woman said...

ryann: eeheheh...boleh dicadangkan tu!

Real Woman said...

misz mama : mmg kalau nak diikutkan hati mmg nak menyumpah je binatang sekor tu!! tak habis2 menyusahkan hidup org yg takde kena mengena dgn dia!!

Real Woman said...

scandal bag : mmg betul bnyk tempat dah sold out and yg ada tu..siap boleh increase price lagi!

Real Woman said...

mrs izwan : true kalau boleh mask rumah terus cuci tgn then mandi terus kan!

iEfa said...

betul menyusah kan cik bab ni :( we ols pon kene cancel reunion...ishkkk moge kite smue dijauhkan dr cik bab ni...

Real Woman said...

iefa: moga virus cik bab ni cepatlah mati dan kita semua boleh hidup aman kembali!

Anonymous said...

good point u mentioned about not going anywhere n juz sttay home mmmm i wonder whether that would be practiced hehehe

Real Woman said...

anon: hahahah but kalau terperap lama2 kat rumah pun boring gak kan. Ehehehheh

Blog Widget by LinkWithin