Program ni di hoskan oleh 2 orang. Wartawan tak silap. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Mereka melawat (menerjah) rumah-rumah terpilih, bersahur bersama mereka, menghulurkan bantuan daripada penaja sambil bermesra-mesra dengan tuan rumah....lebih kurang macam tu lah.
Jadi untuk episod semalam, rasanya penaja makanan sahur ialah KFC sebab setiap rumah yang dilawati, diorang makan KFC. Sahur KFC?? Dan ada satu rumah tu, siap diorang dapat Flat Screen TV lagi tajaan Samsung ke LG ke, tak ingat la. Pergghhh.....But that's not the point.
Dalam kembara mereka berdua ni dari rumah ke rumah (banyak rumah orang susah yang diorang lawat), mereka akhirnya singgah ke rumah seorang pakcik tua yang kelihatan agak uzur dan hidup sebatang kara....Selepas salam cium tangan, tanya khabar semua.....jeng..jeng..jeng... soalan ni tiba-tiba muncul dari mulut si wartawan perempuan....
Wartawan : Pakcik...pakcik tak rasa sunyi ke duduk sorang-sorang? (EEEEEE kalau i la pakcik tu, mahu i WALLLUPP left and right minah tu for asking such a 'brilliant' question!!)
Pakcik : *berdiam diri* (agaknya dalam hati dia rasa seperti yang i rasa....)
Wartawan : Pakcik..pakcik tak sunyi ke duduk sorang-sorang ni? *dengan nada yang agak tinggi kali ni*
Pakcik : Ye lah kalau ada sedara mara datang tak lah sunyi...(lebih kurang macam tu lah dia jawab. Suara dia pun tak clear sangat maklumlah uzur)
Wartawan : Habis tu kalau sedara mara pakcik balik, pakcik tak sunyi ke?? (EEEEEE....time ni tahap kesabaran I dah exceed limit dah....)
Dah takde soalan lain ke nak tanya? Dah memang sah-sah orang tua tu hidup sebatang kara, memanglah sunyi. Kalau you pun Cik Wartawan, duduk sorang-sorang takkan tak rasa sunyi kot! Unless you're some strange alien from planet Mars ke, tak tahulah kan.
Macam dulu, pernah sekali I tengok berita tentang banjir kat Penang. Wartawan tu boleh tanya mangsa banjir tu...."Apa perasaan makcik, SEDIH tak?" EEEEE...ni lagi satu. Kalau I ditanya soalan tu dalam keadaan I macam makcik tu...mahu I sumbat Microphone tu dalam mulut wartawan tu! Sorry la....but some people are just so insensitive!! Dah kalau air naik sekerat rumah, kerusi meja tenggelam, dapur hanyut dek air, ayam itik mati.....takkan you expect mangsa banjir tu nak kata, "Makcik GEMBIRA dan BAHAGIA sekali dengan musibah banjir yang melanda kami sekeluarga ni!"
Dengan itu, selamat beristirehat dan jadikan diri lebih sensitif dengan persekitaran kita! :) Adios....
