She's one very pretty lady. Tapi tak tahu mana silapnya, daripada tak popular, tiba-tiba meletop satu Malaya dan Indonesia (mungkin juga Brunei dan Singapura) kenal siapa
Manohara Odelia Pinot. Kisah dirinya yang konon didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra kepada kisah hutang-hutang ibunya, Daisy. Kemudian kisahnya lari ke Dubai dan 'diculik' kembali oleh Tengku Fakhry dan yang terakhir sekali, kononnya Manohara lari dari Singapura sewaktu kedua mereka melawat Sultan Kelantan yang sedang gering di sana.
Di Jakarta pula, kisah Manohara mendapat publisiti meluas (memang 'diorang' sentiasa menunggu peluang untuk cari pasal dengan Malaysia pun). Dan khabarnya yang empunya diri macam pisang goreng panas kat sana. Ditawar jadi pelakon Sinetron lah, jadi model iklan lah, tetamu '
talkshow' lah. Dan kisah hidupnya bersama Tengku Fakhry pun akan dijadikan drama TV di sana.
Snippet pun dah mula ditayangkan, kononnya Manohara hidup dalam sebuah rumah besar tetapi tangan digari bla bla bla. Hmm...dah kahwin tu mana nak boleh bebas macam belum kahwin! Sendiri mau ingat la. Dah lah kahwin dengan kerabat, mestilah banyak protokolnya. Lain kali buatlah
homework dulu, jangan mata asyik nampak RM je!!
Hari ni pula, dalam akhbar, Tengku Fakhry telah memfailkan 2 saman terhadap Manohara kerana gagal kembali ke pangkuannya. Dia bagi dateline sampai 2 Julai je. Memang dari awal semua dah dapat agak Manohara takkan datang balik ke Malaysia lepas dia lari hari tu. Nak mati kalau datang balik! Lepas macam-macam cerita dia buat kat Indonesia, takkan berani dia nak datang balik.
Dalam saman tu juga, Tengku Fakhry menuntut kembali hutang sebelum dan selepas kahwin sebanyak
RM972,750 dan seutas jam tangan
Audemars Piguet berharga
RM174,000. Wow... rasanya memang takkan dapat balik kot. Hehehe.
So, moral of the story? Hmm....apa yang anda katakan samalah seperti yang saya fikirkan! Till then, Adios...
6 comments:
Memang cantik Manohara ni. Tapi tu lah, ni kes "tak buat homework" dulu kot...? :D
I pun kadang2 rasa nak "lari" dari all the chaos in this house ha ahaa...! But does that make the "problems" go away..? Not! BTW, chaos in this house in not really a problem lahhh...we just need to look at the source and see how we can manage it more effectively. Kan, kan? Mommies are sometimes superwomen :P
She's 17..what 2 expect? ni kes, mak minah tu dok nampak duit je....mak mamat tu, nampak menantu lawa je...nakkan cucu comel kot..hehe
yeah i think shes making up stories too... poor lady muka cantik tapi pekerti jauh sekali nak cantik ehehhe...
soho mama : true we are superwomen!! jgn lari dari masalah..nanti bertambah lagi masalah!
along : kalau nak menantu lawa kat kelate tu pun berlambak CIK MEK MOLEK yg cun cun kan!
lovely mommy : yea.. sayang pekerti tak secantik wajah kan!
Post a Comment