Wednesday, July 29, 2009

'Keajaiban' P.Ramlee.....



Dua hari lepas, sambil menukar-nukar channel di TV, tertengok TV2. Tengah siar cerita P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Tak tahulah kali ke berapa ratus dah menonton filem ni... dan yang peliknya, saya masih tergelak dengan lawak-lawaknya. Tiba-tiba saya terfikir, Apa sebenarnya yang buat ramai antara kita tak jemu-jemu menonton filem-filem P.Ramlee? Dialognya kah? Jalan cheritanya kah? Atau kerana taksub dengan P.Ramlee?


Saya sendiri tak punya jawapan yang jelas. Mungkin juga kerana kebanyakkan filem-filem beliau meninggalkan 'sesuatu' yang sukar di kata. Siapa yang tak hafal dialog-dialog filemnya, ye lah dah tengok beratus kali takkan tak hafal-hafal kan.. Rasanya, tak ada filem-filem zaman sekarang yang mampu kita tonton banyak kali kan (...kecuali siri Mr Bean. Betul tak?? Eheheh) Filem-filem melayu kini apatah lagi. Sekali, dua kali rasanya sudah cukup. Ada yang langsung tak menonton filem tempatan sekarang. Boleh baca entry saya sebelum ni.


Zaman kegemilangan P.Ramlee adalah sewaktu beliau di Jalan Ampas, Singapura. Di situ lahirlah filem-filem seperti Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi,Ibu Mertuaku dan sebagainya, yang kita telah tonton dari zaman kita kanak-kanak sehingga sekarang tanpa rasa jemu.

Walaupun tak semua filem-filem P.Ramlee yang suka ditonton ramai berulang kali, terutamanya filem-filem di awal pembabitan beliau dalam bidang lakonan... Dan juga filem-filem terakhir pengarahan beliau yang kurang mendapat sambutan, namun P.Ramlee sehingga kini tiada tandingannya. Beliau bukan sahaja mampu mengarah filem, menghasilkan skrip yang baik, berlakon (watak komedi atau sedih yang cukup meninggalkan kesan), bahkan mampu menggubah lagu dan menulis lirik yang cukup terkesan di jiwa pendengar. Seolah-olah lagu-lagunya hidup sepanjang zaman dan bukan bermusim. Lagu Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Azizah, Engkau Laksana Bulan misalnya...masih dimainkan sehingga kini dan cukup mendamaikan pabila mendengarnya. Sepertimana filem-filemnya masih diputar di kaca TV, begitu jugalah lagu-lagunya.


Sememangnya beliau amat layak memegang gelar Seniman Agung Negara....dan bagi saya, karya-karya beliau akan terus 'hidup' selamanya....

Till then, Adios..



*All pics googled.

8 comments:

Lovely Mommy... said...

i mmg minat cerita P.Ramlee nih sampaikan certain dialog dia tu dah hafal lah ehehehe..... but i wonder kenapa filem lawak sekarang tak sekelakar filem2 yg lama2 nih? atau pun tak sesedih filem2 lama tu jugak? the more they try to copy the more i find it annoying kan? especially sometimes rancangan lawak2 secara live like raja lawak ker asal ader uji bakat or their tasks mesti nak copy all the diaigs tapi tak menjadi pulak tu... haih... cuba jadik natural like afdlin shauki ker or yg lain2 lah... personality tersendiri.

Real Woman said...

lovely mommy : actually kan lawak dulu2 pun bnyk slapstik tapi tak sakit hati kita tgk..but now kalau buat slapstik conform menyampah nak tgk kan! comedians skrg yang i suka mcm u jugak Afdlin and his gang! eheheh

CathJ said...

Aku sokongggg... aku pun minat filem2 melayu black n white, terutama filem PRamlee... dah berkali2 tengok pun, masih tak serik... and yess betul tak hafal2 ... wakakkakaka....

and kalau movie skrg, siap beli cd lagi... lepas watch sekali dah... sudah... masuk dalam locker...herannn....

Unknown said...

Masa sekolah rendah dulu..I siap videotape lg cerita2 ni..hari2 tgk..sampai mak i bising sebab asik nk kena jerit je suruh buat keja skolah (which I'm doing now to my kids ha ahaa).

I rasa I suka sgt cerita Ali Baba Bujang Lapok lah...the costumes, the set, and Sarimah was GORGEOUS..!!

Real Woman said...

cath j : true..movie sekarang tgk sekali je dah cukup dah!

Real Woman said...

soho mama : ahahahah..kelakar la u ni. As the saying goes what goes around comes around kan. I think my fave P ramlee movies is seniman bujang lapok la. and yes sarimah is so pretty in ali baba and saadiah sangatlah lawanya in Antara 2 darjat kan?? and sometimes u wonder how these people (org dulu-dulu) manage to have pinggang mcm kerengga kan!!

mslvoe said...

p ramlee - he's one in million. xde sape leh ganti dia. stiap ciptaan lagu beliau ade makna tsirat. jalan cite pun bagus.

seniman bujang lapok plg best sha tgok

Real Woman said...

Mrs lvoe : yeay..i love seniman bujang lapok too!! especially part yg diorang tak boleh tidur malam tu kan!!

Blog Widget by LinkWithin