Wednesday, July 15, 2009

BERBULUNYA!!!!


Semalam on my way back from work, bila sampai saja kat satu traffic light ni...me dengan berwaspadanya tengok lah sekeliling, manalah tahu ada unsur-unsur luar yang tidak diundang datang kepada kita. Ya lah, sekarang ni macam-macam kes dah kita dengar. Pecah cermin kereta atau bukak pintu kereta nak curi handbag, laptop dan sebagainya. Dan kebanyakan kes berlaku sewaktu kita berhenti di traffic light. Menggerunkan!

So sambil tengah dok tengok kat kiri dan kanan tu (lambat pulak traffic light tu nak hijau! *protes*), tiba-tiba pemandu van dibelakang dengan selambanya telah mencampakkan keluar satu bungkus beg plastik yang agak besar tanpa berikat...dan maka itu jualah terkeluar segala isi perut kandungan plastik tu. Segala botol air mineral, kotak rokok, tin Coke, bekas polisterin dan ntah apa-apa lagi terlambak lah kat atas jalanraya tu. Kalau campak keluar handbag Gucci ke, kasut LV ke bagus jugak! Geramnya saya tengok mamat tu!!


Mungkin pemandu van tu tak berpendidikan tinggi. Tapi rasanya untuk menjaga kebersihan, menilai kebersihan dan menghargai kebersihan, kita tak perlu berpendidikan tinggi pun kan. Nilai tu harus wujud dalam setiap individu. Tapi sayang sekali, kadang-kadang orang berpangkat besar dan berada pun boleh sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata. Tengok sajalah kalau lepas membayar tol, habis resit dibuang ke luar tingkap. Puntung rokok jangan cakaplah! Tak nak kotorkan kereta kononnya, tapi sanggup pula dia mengotorkan kawasan sekitar.

Dan kalau anda perhatikan di tempat-tempat yang terpacak papan tanda 'DI LARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI', disitulah jugak selagi boleh orang akan membuang sampah sarap. Pernah juga saya bertanya kepada manusia sebegini mengapa, dan jawabnya, "...nanti pekerja Majlis Perbandaran takde kerja pulak nak buat kalau semua tempat bersih sangat." Boleh??


Rasanya untuk kita mencapai tahap kebersihan seperti rakyat Jepun misalnya...jauh lagi. Di Jepun, walaupun jumlah penduduk di kota Tokyo saja hampir menyamai jumlah penduduk Malaysia, tapi nak jumpa sehelai kertas di atas jalan pun susah. Dan ada teman yang memberitahu, kenderaan yang nak masuk bandaraya Tokyo pun perlu dicuci terlebih dahulu. Dan pernahkah anda melihat Lori Sampah mereka? Dahlah pemandunya memakai pakaian seragam, lorinya pula..ya Allah bersih dan tak berbau sedikit pun! Pernah saya melalui sebuah jejantas di sana dan apabila nak menuruni tangga, terlihat seorang pakcik sedang menyapu sampah di tangga menggunakan penyapu tangan!! U know penyapu yang pendek tu, yang kita selalu guna untuk collect dust in a small area. Tapi ramai pula yang kata, di Jepun takde pendatang asing. Kononnya pendatang asing di Malaysia lah yang banyak mengotorkan negara kita. Tapi bagi saya tidak. Rakyat kita sendiri pun sama juga.

Apapun, kita terapkanlah nilai kebersihan di jiwa anak-anak kita dari rumah lagi. Rasanya itu yang penting. Segalanya bermula dari rumah. Mungkin generasi muda kita masih boleh dibentuk bak kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya. Yang dah jadi 'Buluh' tu nak buat macam mana lagi kan. Oh ya...me mother pernah berpesan, kalau nak tengok seseorang tu bersih atau tidak, tengok tandasnya (kalau kita berpeluang pergi ke rumah orang tu lah)! :) Till then, Adios...

10 comments:

Ms Lime said...

Ooh... Agreed to the max... Yang sudah jadi buluh tu, nothing can be done except corporal punishment. Hahaha. Seriously, I see people who have eaten their oranges throw the peel on the road dengan selamba sekali, like it's the most natural thing to do. Pengsan.

Oh, and I do check the toilets out everytime, if I am required to put a night at a place. It's the best place to tell the hygiene level of the residents of the place. =D

Real Woman said...

Ms Lime : I think the next popular fruit to be thrown out from a car is Rambutan!Hehehe. Really we cant do much with these kind of people. WIth all the campaigns that the government had done..i dont think the situation is getting any better. it's so tough to change the mindset of these people.

Lovely Mommy... said...

eheheh, u all r so funny lar...

but true again i totally agree... aper la sangat kalau simpan dulu sampah tu dlm kereta and later buang kat tong sampah kan? mcm la terror sgt keta tu eheheeh kalau keta terror pun jgn la buang merata2 kotor dan sakit mata org lain eheheh.. orange peel i pernah jumpa but not rambutan la ahahah not yet.

Real Woman said...

lovely mommy : jgn kata rambutan, kulit durian pun i pernah jumpa tepi jalan ok!! kes teruk la tu! i selalu simpan sampah kat tepi compartment kereta i dulu mcm tissue paper, plastic bags etc. kadang2 sampai 3 hari still ada dlm kereta hehehe..but then janji kita tak membuang sampah sesuka hati kan?? kan??

mama atiq said...

teringat satu kejadian di flet kat jln bangsar tu orang buang sampah dari tingkat atas ke bawah hempap kepala orang kat bawah hingga membawa maut agaknya ada botol ke ada kulit durian dlm plastik sampah tu...malang sungguh!!
lg satu mama paling bengang ngan oghang suka meludah merata2...selamba badak je meludah kat laluan orang, kat kaki lima..kuang ajau tul...
rasa nak maki2 je...sabor ajelah...

Real Woman said...

mama atiq : isshh...tak guna betol org tu! part meludah tu pun mmg saya pantang betol! kena pulak time bulan puasa lagi bynk org meludah! ntah apa apa kuman yg dia dah keluarkan dari mulut dia tu. eee...

SOHO Mama said...

Memang betul! I pun BERBULU tengok org2 mcm ni! I remember about ten years ago, when my father was still in service (he was in the army), we all tgh tunggu apa ntah kat pintu2 masuk KLIA. Pastu staf2 kat situ ada "smoking break" kat luar..ada sorang tu campak je puntung atas lantai..walaupun ashtray/tong sampah dekat je. So my father asked his driver to pick that cigg butt, put in a tissue paper and go to that guy who already went inside and say "Maaf Encik, encik tertinggal ni tadi..". That guy really had a surprised/embarrased look..

I pun prnh namapak org berkupiah segala..selamba je buang sampah luar tingkap kreta. Geram je tengok! Kdg2 i hon jugak..kalau my father ni, pernah dia kejar pastu pass the car and gave them "the look" ha haaa..!

Real Woman said...

soho mama : wow terer la your father! I mmg pantang dgn org yg smoke apatah lagi yg menabur the butt sesuka hati diorang!! Oh ya and better be careful with the honking now coz lately ramai orang yg 'mental' sikit. Takut diorang kejar balik.

Abang Putra said...

Inilah yang susahnya sikap segelintir masyarakat kita. Macam2 kempen dah kita buat tapi sikap mereka masih ditakuk lama. Bilah agaknya mereka ni nak berubah. "Jenis" macam ni, patutnya tak duduk di bumi ni.

Real Woman said...

AP: Mana patut kita hantar org2 tak bertamadun mcm ni AP? eheheheh. Yg pasti org2 ni takkan berubah. Yg diorang tahu nak condemn kerajaan je!

Blog Widget by LinkWithin