Sunday, July 19, 2009

Lupakan Bulu Mata Palsu!


Hari ni nak cakap pasal mata. Orang kata kecantikan bermula dari mata, sampai ada pepatah yang mengatakan, 'dari mata turun ke hati'. Jadi salah satu cara untuk mencantikkan mata dengan mudah, jom kita try benda ni. Tak pasti berapa lama dah produk ni wujud di pasaran, yang pasti saya baru saja tahu mengenainya bulan lepas. Pernah tak dengar tentang "Angel Eyes" by Tsuya Tsuya (nama produk tak nak kalah!)??

Angel Eyes Picture credit to Shinyshampoo.com


Ok fungsi Angel Eyes ni ada 2, sebab produk dia pun ada dua. Satu for Volumising (untuk mereka yang berbulu mata sikit dan halus) dan satu lagi for Lengthening (untuk memanjangkan bulu mata yang pendek). Rasanya orang Asia perlu pakai dua-dua sekali kot. Oh ya lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni sebenarnya bukan Mascara tapi FIBERS. Alah... macam bulu-bulu/habuk-habuk halus yang diletakkan dalam bekas mascara. Jangan risau, ianya adalah selamat untuk mata yang sensitif. Penggunaannya secara kerap juga akan dapat dapat memanjangkan bulu mata anda secara semulajadi (yang ni macam susah nak percaya sikit la!) kerana ianya mengandungi Pro-vitamin B. Cara penggunaan :

1. Sapukan one layer of mascara (mascara brand apa pun takpe, tak payah beli brand Tsuya Tsuya jugak walaupun di promote bagai nak rak oleh promoter dia).

2. Letakkan Volumising Fiber yang berwarna hitam (lapik tisu bawah mata sebab fiber tu akan jatuh sedikit sebanyak kat bawah mata..tapi tak lapik pun tak pe, Aiman tak kisah).

3. Sapukan sekali lagi mascara.

4. Letakkan Lengthening Fiber yang warna putih pulak (tak leceh..sonang jo..cuba dulu!)

5. Sapukan mascara kali terakhir untuk mata yang menawan! (kalah mata Rozita Che Wan!)


Macam ni la rupa Fiber tu...tapi ni brand Make-Up Forever punya... tak pernah try lagi.


Memang terbukti Lash Fibers ni lebih senang nak pakai compared to bulu mata palsu. Result nya pun lebih kurang je macam pakai bulu mata palsu! Tapi walaupun bulu mata palsu ni tengah trend sekarang, kena ingat bukan semua orang sesuai pakai. Kadang-kadang mata boleh nampak juling...tak pasal je. Dah lah tu tak boleh pakai lasak-lasak, silap haribulan, tertanggal lah pulak. Sedar-sedar sebelah ada, sebelah ntah ke mana. Plus leceh sebab kena apply gam la, then kena tunggu kering la. Lagipun pakai bulu mata palsu memang tak selesa. Rasa macam menyucuk-nyucuk je.


Macam-macam design bulu mata palsu ada dijual sekarang. Yang warna warni macam bulu ayam pun ada! Hishh....

Tapi bagi anda yang dah memang dikurniakan bulumata yang semulajadi melentik, tak payah lah nak membazir duit beli benda-benda ni. Cukup sekadar mascara je kalau gian sangat nak pakai (hmm..bertuah orang-orang ni).

This is one of the best mascara Loreal has ever created!


Lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni boleh didapati di Concourse Level Isetan KLCC dengan harga RM79 setiap satu, boleh pakai sampai setahun lebih kalau guna hari-hari, tapi kalau guna seminggu sekali,hmmm... 3 tahun pun tak habis rasanya! (selain dari KLCC tak tahu kat mana lagi ada jual...tapi kalau terjumpa outlet Tsuya Tsuya kat tempat-tempat lain mesti ada punya Angel Eyes ni). Jadi..selamat mencuba! Adios...

11 comments:

Lovely Mommy... said...

ohhhhhh, i MUST have da angle eyes tu!!! i so want da bulu mata lebat bak kata u kalah mata roziah che wan tu la eheheh... nak nak i mesti carik and YES bulu mata palsu tu menakutkan nak memakai sbb kena guna gam huhuhu... like myself skang dah pakai tudung so i can only melawa on my face eheheh so mata galak pun sesuai kot eheheh... i NAK TRY menatang nih! tq soooooo much for da info, kalau tak sampai bila pun i tak tau ader cara lain nak pasang mata ahahah..

CathJ said...

Oh mcm tu.... aku ade jugak beli lengthening eyelash mascara ni... buy online lerr...

aku bukak... yg 1 tu... mascara hitam...yg 1 tu mcm kapas2 halus putih... dia memang mcm tu yer??? wakakkakak.... aku selalu..tak selalu lah special occasion je... pakai false lash...

nak ler cuba...sekali nampak mcm kapas2 putih...I ingat kan dah expired ke hapa...

nampak post you ni... I ketawa akan diri ku ini...kolottttttt sgt!!....

Tapi sebelum I continue laughing... nak confirm lerr... memang ke mcm tu?? yg bab kapa2 tu??

Real Woman said...

lovely mommy : U dah pakai tudung? alhamdulillah! i tak tahu la lagi bila! belum sampai seru kot. eheheh. anyway..selamat mencuba the angel eyes!

Real Woman said...

cath J: yea betul la yang macam kapas kapas putih tu is the fiber! i pun br tahu benda ni..if not, sure i ingat my mascara expired also!! hahahaha

ladyLOVESleisure said...
This comment has been removed by the author.
ladyLOVESleisure said...

dear RW :)
thanks for swinging by my place to R&R! i have linked you too :) btw, interesting topic this one eh. i have never heard of tsuya tsuya and i am pretty sure they dont have tsuya tsuya where i live rite now. i have tried eye lash extension in the past. looked natural but leceh nak bela. in the end i just stick to mascara. interesting product this tsuya tsuya. any chance you'll post a pic of your eye(s) wearing it? please....

Shopaholic Mama said...

hahaha, do we need that many layers? i just put a layer only!

Anyway, I'll never ever learn how to put on a mascara properly, selalu fail!

But I guess practice makes perfect!

Real Woman said...

LOL : tsuya tsuya is a singapore brand. and the lash fibers is the first product i bought from this brand. eheheh. Itupun kebetulan ada promoter dia dok buat demo when i was in isetan last few weeks. Yea..i wanted to do lash extension too last time but a friend told me it wont last long, sama mcm hair extension jugak. oh..bout my pic wearing it..thought of doing a before and after pic of me wearing those tapi cancel la coz gambar bila close-up not so clear. next time eh? heheh. anyway the result looks lebih kurang like the first pic above except for the blue eye ball! :))

Real Woman said...

shopaholic mama : in this case we have to put many layers of mascara in order for the fibers to stick. without the fibers pun i would normally apply 3 layers so that my eyelashes looks tebal and long. hehehe.

Unknown said...

The last time that I wore fake eyelashes was 9 years ago..during my wedding ha haa..! Pastu, alahai mcm leceh je ek. Mascara je..but nowadays not all the time, sampai kering2 maskara tu :D

Wahh in info bagus ni. The price is not too bad either for something that can last that long. Hopefully tak keras ke apa ke..

I ni bulu mata sederhana je kot. Ada kawan I, panjang & halus..ada sekali tu org tegur dia mcm mata lembu! Hish hish..takpelah I nye bulu mata ni sederhana2 je pun ok..Aiman tak kisah :P

Real Woman said...

soho mama: wow..that was sooo long ago! actually to wear fake eyelashes, i need a makeup artist to stick it for me. I dont hv the skill to do it. Pernah buat sendiri, tak lama then tertanggal kat hujung.

Yeah the price is not bad, but tak tahulah whether this fiber akan mengeras ke tidak after a long period. Harap tak la kan.

Hehehe...my bulumata pun ala-ala biasa je..tak panjang, tak lentik. :( but aiman tak kisah jugak!

Blog Widget by LinkWithin