Tuesday, July 21, 2009

Filem Melayu...YES??NO??

Saya merupakan seorang pencinta filem Melayu dan saya tidak pernah ketinggalan menonton filem-filem Melayu (macam baca ikrar pulak bunyinya), baik di pawagam ataupun melalui vcd pasar malam.

Walaupun ramai yang memandang rendah akan filem Melayu kita (cakap low class lah, boring lah, pelakon tak standard lah, predictable ending lah bla bla bla), saya selagi boleh ingin 'menyeport' filem-filem anak bangsa sendiri.


Sebenarnya entry ni saya tulis selepas tertonton promo filem Skrip 7707 arahan Prof Razak Mohaideen di TV. Macam yang saya cakap tadi, saya tidak pernah terlepas dari menonton filem-filem Melayu kita, tak kiralah siapa yang mengarahkannya. Dari Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba sampailah ke muka-muka baru seperti Farid Kamil, Pierre Andre dan Syamsul Yusuf semua saya layan. Tapi sejak akhir-akhir ni (actually dah lama dah terbuku di hati), bila sebut saja filem arahan Prof Razak, saya macam malas dan tak bersemangat nak pergi tengok. Sebabnya, saya rasa macam saya dah 'terkena' banyak kali dengan filem-filem arahan beliau.


Saya tak berapa ingat tajuk-tajuk filem beliau terdahulu (tengok sendiri la kat atas ni). Banyak sangat. Tapi ada satu stretch dulu yang filem Prof keluar kat panggung selang beberapa bulan saja. Banyak betul 'ilham' dia! Saya teringat ada satu filem hantu ni, sekumpulan remaja ke sebuah pulau tak silap, tapi dari awal sampai habis dok terjerit jerit. Bingit wooo telinga! Then, filem Potret Mistik yang sungguh tak real 'hantu'nya. Macam filem nak cepat sudah je. Then filem Kuliah Cinta yang merapu (memang harap muka Erra dengan Yusry je la untuk jual filem ni), filem Lady Boss yang banyak jerit dari cakap plus banyak adegan tak logik. And who can forget filem-filem Anak Mami, Mami Jarum, ntah apa Mami lagi..memang lawak yang dibuat-buat! Tapi saya masih jugak menonton. *sekarang baru terasa pelik*

Tapi yang terbaru ni, Sifu dan Tongga (yang ni saya tak tengok ok)...menonton promo Nabil hisap puting di TV tu pun saya dah macam nak nangis dah! Macamanalah seorang Profesor boleh buat filem macam ni?? Dan yang terbaru, Skrip 7707..walaupun promonya gah..membariskan hampir 40 (!!) artis-artis handalan tanahair, saya rasa macam keberatan nak pergi menonton. All because of the damage done earlier.


Tapi bagi pembikin filem seperti Afdlin Shauki and Khabir Bhatia...memang world class lah filem diorang. How can one forget Buli, Baik Punya Cilok, Cinta, Sepi and many many more! I could still watch Sepi or Cinta now and still get goosebumps all over. And i can't wait for Khabir's latest project Setem...yang mana Afdlin jadi lead!! Yeayy...


So the point here is, jangan stereotaipkan semua filem-filem Melayu as low class. Tak adil tu. Mesti mau ingat, tak semua filem-filem Hollywood tu high class pun! Till then, Adios...

8 comments:

Cath J said...

Nak ckp low class... tak boleh lah ckp mcm tu kan... kalau belum sampai ke tahap *tertentu* ya may be...

but I love malay movie gak...tapi yg mesti ada fav actress I... (Tu lah... c eraF tu...lol...) Tapi after dia kawin balik tuuuu.... entah lah... dah kurang minat pulak... bukan tak suka ngan perkahwinan dia tu... ok lah yg penting dia bahagia kan...tapi I confuse lah ngan kehidupan diaorg tu.... lol..

eh... mcm lain tajuk je aku ni... ;-p

ryann said...

tapi ni macam promote jugak untuk filem2 prof ni huhaha. filem afdlin & khabir memang best tu..betul betul betul

Lovely Mommy... said...

beb, true la... especially horror movie... ader sekali i teringin la nak tgk malay hrror movie so i went to watch 'jangan pandang belakang' mmg 2 bulan i takut duduk rumah. not coz of da ghost ker but da story were in a modern house so i dok imagine my house ahahahha... takuttt...

and i agree filem afdlin shauki mmg gila best ahahaha...

Real Woman said...

Cath J : wahey...peminat erra fazira rupanya ye! hehe ye lah kes dia kahwin balik tu tak tahu nak komen la kan..tapi kesian hans isaac kan..lari topik la kita ni!

Real Woman said...

ryann : kira promote ke ni? hehehe..tapi ok jugaklah..sesiapa yg tak tgk lagi boleh la pi tgk and nilai sendiri. Afdlin and Khabir rulz!!

Real Woman said...

lovely mommy : eh filem jgn pandang belakang tu i heret my hubby gi tgk kat cinema..tapi sampai habis i tgk thru my fingers (kes tutup muka la ni). eventho hantu dia mcm kartun sikit tapi seram jugak woo tgk dlm cinema yg gelap tu!! hehehe

zetck said...

1000% AGREE!!!

MERAPU SUNGGUH FILEM PROF TU (LAYAK KA PANGGIL PROF? ~~

Real Woman said...

zetck : mmg entah apa2 kan prof ni. kadang2 fikir mcm tak layak je panggil prof kan?? :)

Blog Widget by LinkWithin