Friday, July 17, 2009

Kenapa mesti MEROKOK??


OK mungkin ramai perokok yang akan marah kalau terlihat topik-topik sebegini. Tapi don't worry be happy sebab me bukannya nak bagi lecture pasal keburukan-keburukan merokok ni sebab rasanya satu dunia dah tahu padahnya. Cuma nak senaraikan sebab-sebab popular "Kenapa orang merokok?"


Walaupun harga rokok sering naik setiap tahun, namun jumlah perokok semakin bertambah. Kempen Anti-merokok pun boleh tahan hebat dijalankan. Dan sekarang ni pun nak merokok pun bukannya senang. Ada banyak kawasan larangan merokok. Kena keluar bangunan dan sebagainya. Tapi tak kurang-kurang jugak kaki rokok ni. Mana silapnya?

U think u got style when you hold the ciggarette?

Baiklah disini disenaraikan sebab-sebab yang cukup popular dan selalu kita dengar dari seorang perokok, kenapa diorang merokok...


1. Tension - "Saya tengah tension gila ni, so rokok ni dapat buat saya lupa sekejap masalah saya." (Daripada sedut asap tu, baiklah pergi sedut Oksigen kat luar rumah tu.)


2. Diet! - "Kalau aku tak merokok, nanti badan aku cepat naik!" (Betul ke? Kena buat kajian mendalam ni.)


3. Idea - "Aku tengah cari ilham ni...kena asap baru boleh pikir." (Apa kena mengena asap dengan kreativiti pun ntahlah!)


4. Style - "Bila pegang batang rokok ni baru nampak stylo!" (Takde maknanya!)


5. Boring - "Entahlah aku tengah boring ni, tu yang aku merokok." (Tak tahu nak kata apa...Kelakar..kelakar..)


6. Kawan - "Member aku semua merokok, nanti pelik la kalau aku sorang tak merokok." (Ler..lantak diorang la nak merokok ke tak, yang nak kena ikut tu apasal!)


7. Matured - "Merokok boleh buat saya nampak lebih matured!" (Ni ayat popular budak-budak sekolah..elok rotan je budak-budak sekolah yang merokok ni!!)


8. ......last but not least alasan yang paling fofular..."Suka hati mak bapak aku la nak merokok ke apa ke..duit aku, aku punya suka la!" (aiyoma...ni memang dah tahap marah la ni...LARI..)

Bayangkan kalau orang ini berada di sebelah anda dan anak-anak anda!


Kesimpulannya, walaupun perokok-perokok tegar ni tak kisah 'membakar' RM mereka (nothing much can be done to them), we as parents didiklah anak-anak kita tentang bahaya merokok ni. Walaupun anda seorang perokok, kalau boleh kita tak nak lah anak-anak kita mewarisi 'habit' yang tak elok dan tak sihat ni. Till then, Adios...


8 comments:

syahadah said...

saya mmg tk suka org smoke ni...hubbypun tk smoke...duit di bakar..jantung dan parupun tk sihat..busuk..apa lg klu prmpuan yg merokok..mcm naga!!!!!!!

BelalangDewa said...

orang tak merokok tak tau nikmat rokok. lu boleh cakap macam-macam pasal rokok, ta[i lu tak pernah rasa rokok. sama juga orang tak tau nikmat dadah boleh cakap macam-macam pasal dadah, tapi lu sendiri tak pernah rasa. tapi gua tau nikmat macam-macam, termzsuk nikmat realwoman... hihiiii

Real Woman said...

syahadah : setuju sgt! perempuan merokok terus jatuh standard! tapi kesian kat baby dia kalau dia mengandung.

Real Woman said...

BD : kenapa mesti naik hangin. RW bukannya nak menegah org smoking cuma senaraikan reasons dia je. rilek la bro...tapi kan nikmat baca quran lagi best tau! :) Anyway jgn terkeluar topik ye bila bg komentar! Tolong ya pak!

mama atiq said...

~~~~cerita BD & rokok~~~~
BD baca surat kabar pasal keburukan arak, BD sangat insaf terus henti togok arak
BD baca surat kabar pasal besar dosa berzina BD bertaubat tak sentuh pompuan lagi
BD baca surat kabar citer bahaya pil viagra BD terus haramkan viagra
BD baca surat kabar citer bahaya dan keburukan rokok BD naik hangin dan sejak itu BD tak baca surat kabar lg...
BD dalam citer ini ialah Bedol ...bukan belalang dewa...sumber citer dr belalang dewa la...

Real Woman said...

mama atiq: nasib baik BD bedol..kalau BD pak belalang boikot suratkhabar, mcmana nak jadik editor lg! hehehe

Lovely Mommy... said...

hmmmm... i once merokok dulu for da sake or tryingout and to be in da trend at dat time lar but i got annoyed sbb setiap kali i merokok my hair stinks! i had to pegi salon plak cuci sbb kerap mencuci i tak larat nak cuci kat rumah. so i decided to quit smoking ang feel much better.... and definitely smell better...ahahahah

Real Woman said...

lovely mommy : congrats coz berjaya stop smoking! yea..u definitely smell better without the 'asap'!hehehe

Blog Widget by LinkWithin