Friday, July 31, 2009

Err...Lambang 'tu' ke??

Selepas baca blog Mrs LVoe hari tu pasal t-shirt Polo, tiba-tiba terfikir nak buat entry ni. Rupanya, ada jugak geng yang sama conservative macam me.

Sebenarnya, ada banyak lambang 'tu' dalam benda-benda di sekeliling kita kalau kita tengok betul-betul. Tak pasti la samada lambang-lambang ni ada di situ secara sengaja atau tak disengajakan. Cuma kalau boleh dielakkan, elok kita elakkan lah. Walaupun ada yang kata, NIAT sebenar tu yang penting, tapi macam saya kata tadi..kalau boleh elak, eloklah elak. Takde nak matinya kalau tak pakai benda-benda (seperti contoh di bawah) ni! Takpa...tak payah nak cerita panjang lebar...tengok sajalah antara koleksi-koleksi gambar ni.



Louis Vuitton Manhattan GM - nampak tak strap kat tengah tu? Memang macam lambang 'tu' kan? Kalau tak nampak, tak tahu nak cakap lah! Tapi ini memang antara handbag yang sangat saya suka..sayang tetiba pulak ada 'tu'!



Louis Vuitton Palermo GM dan Tivoli GM - Adjustable handle dia yang dua (depan dan belakang) tu pun nampak macam 'tu' kan!



Kebanyakan Prada handbags from the range above pun ada lambang 'tu' sebab logo Prada tu di'embossed' ke atas beg...tengok la kat atas lambang Prada tu!



Memang lawa Polo T-shirt ni..tapi lambang warna kuning tu kacau betul la! Ada yang kata itu cuma bendera...hmmm... Banyak lagi design Polo T-shirts yang cun-cun..so pilih je lah yang lain!


Haa...macamana pulak dengan produk Dettol ni? Nampak tak lambang 'tu' kat balakang tulisan Dettol? Ye lah, memang sebenarnya gambar pedang je... tapi entahlah...tepuk dada tanya selera!


Till then, Adios...


*All pics googled.

Thursday, July 30, 2009

Searching for Reversible Stroller

Tengah dalam misi mencari Reversible Stroller yang ringan (below 5kg) untuk menggantikan stroller sedia ada yang sudah pun berusia hampir 8 tahun! Misi telah bermula sejak beberapa bulan lalu tapi sehingga kini masih belum dikategorikan sebagai 'Berjaya'.

Antara brand stroller yang ada ciri-ciri Reversible ni ialah Capella (tapi quite heavy about 7kg, plus body goyang and tak firm), Combi (tayar dia kecik sangat la macam tak matching dengan body je), Peg Perego (quite heavy jugak, harga pun sama HEAVY jugak *tsskk*) dan Graco Citilite (4.5kg je weight dia..so far yang paling ringan, kalau takde choice lain terpaksa settle for this one je la). Tak banyak pilihan untuk Reversible Stroller ni sebenarnya. Yang Stroller roda 3 ada yang Reversible jugak, tapi kurang minat sikit la dengan yang roda 3 ni...tak tahu pasal apa. Ada tak sesiapa tahu brand lain for reversible stroller ni?

Kenapa nak cari stroller Reversible? Saja mengada-ngada supaya senang nak tengok muka baby bila time dia tidur. Ye lah bila mengadap dengan kita, rasa secure sikit. Bukanlah nak kata bila tengok kat luar tak secure...cuma kalau ada option for both, kan lagi best. Eheheh.

Harus berusaha lagi bagi menjayakan misi. Usaha tangga kejayaan... Till then, Adios...

Alahaii...KFC Cheezy Chickaroni


Memang dasar pantang ada benda baru mesti nak cuba! Dan yang terbaru Chickaroni dari KFC ni.

Tengok iklan kat TV dan majalah bukan main lagi selera! Biasalah, nama pun iklan kan. Sapa suruh 'terkena'. *prrfhh* Nak kata tak sedap langsung tu, tak lah. Cuma amatlah biasa-biasa saja rasanya. Bagi saya, makaroninya lembik sikit (mungkin dah berkuap sebab tertutup dalam tupperware tu lama sangat), Chicken Ball nya ada 4 ketul saja dan saiz agak kecil (adakah chicken ball itu melalui proses pengecutan kerana terlebih time rebus?) dan cheese yang digunakan adalah yang sama digunakan untuk Cheezy Wedges.

Kesimpulannya, bagi mereka yang memang pakar memasak macam Mama Atiq and Sue for example, conform sebelah mata pun tak pandang Chickaroon ni! Eheheheh...dan bagi yang tak berapa pandai memasak macam Yours Truly...erm...rasanya still can do better than the KFC one! (Wahh....haruss jangan menyerah kalah!) Dan kepada yang nak merasa sendiri 'kehebatan' penangan Chickaroni sehingga menjilat jari ni...Silakan! Till then..Adios..

Wednesday, July 29, 2009

'Keajaiban' P.Ramlee.....



Dua hari lepas, sambil menukar-nukar channel di TV, tertengok TV2. Tengah siar cerita P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Tak tahulah kali ke berapa ratus dah menonton filem ni... dan yang peliknya, saya masih tergelak dengan lawak-lawaknya. Tiba-tiba saya terfikir, Apa sebenarnya yang buat ramai antara kita tak jemu-jemu menonton filem-filem P.Ramlee? Dialognya kah? Jalan cheritanya kah? Atau kerana taksub dengan P.Ramlee?


Saya sendiri tak punya jawapan yang jelas. Mungkin juga kerana kebanyakkan filem-filem beliau meninggalkan 'sesuatu' yang sukar di kata. Siapa yang tak hafal dialog-dialog filemnya, ye lah dah tengok beratus kali takkan tak hafal-hafal kan.. Rasanya, tak ada filem-filem zaman sekarang yang mampu kita tonton banyak kali kan (...kecuali siri Mr Bean. Betul tak?? Eheheh) Filem-filem melayu kini apatah lagi. Sekali, dua kali rasanya sudah cukup. Ada yang langsung tak menonton filem tempatan sekarang. Boleh baca entry saya sebelum ni.


Zaman kegemilangan P.Ramlee adalah sewaktu beliau di Jalan Ampas, Singapura. Di situ lahirlah filem-filem seperti Bujang Lapok, Madu Tiga, Tiga Abdul, Labu Labi,Ibu Mertuaku dan sebagainya, yang kita telah tonton dari zaman kita kanak-kanak sehingga sekarang tanpa rasa jemu.

Walaupun tak semua filem-filem P.Ramlee yang suka ditonton ramai berulang kali, terutamanya filem-filem di awal pembabitan beliau dalam bidang lakonan... Dan juga filem-filem terakhir pengarahan beliau yang kurang mendapat sambutan, namun P.Ramlee sehingga kini tiada tandingannya. Beliau bukan sahaja mampu mengarah filem, menghasilkan skrip yang baik, berlakon (watak komedi atau sedih yang cukup meninggalkan kesan), bahkan mampu menggubah lagu dan menulis lirik yang cukup terkesan di jiwa pendengar. Seolah-olah lagu-lagunya hidup sepanjang zaman dan bukan bermusim. Lagu Getaran Jiwa, Bunyi Gitar, Azizah, Engkau Laksana Bulan misalnya...masih dimainkan sehingga kini dan cukup mendamaikan pabila mendengarnya. Sepertimana filem-filemnya masih diputar di kaca TV, begitu jugalah lagu-lagunya.


Sememangnya beliau amat layak memegang gelar Seniman Agung Negara....dan bagi saya, karya-karya beliau akan terus 'hidup' selamanya....

Till then, Adios..



*All pics googled.

Sunday, July 26, 2009

Kisah 4 'Negara', 1 Destinasi

Weekend yang lepas dah tekad nak bawak kiddos pergi jalan-jalan ke tempat yang berfaedah sikit. Asyik pergi 'tawaf' shopping malls, je selalu. Tak boleh jadi ni... Nanti turun pulak habit yang tak elok tu kat budak-budak. Biar mak dia sorang je cukup Eheheh...

So, dalam nak memilih tempat-tempat yang nak dibawa tu...tersenarailah beberapa tempat. Tempat-tempat yang ada ending 'Negara' tu, kira wajib masuk senarai lah kan.


Antaranya...Muzium Negara. Hmm..lama betul tak pergi Muzium Negara ni. Rasanya yang terakhir pergi pun zaman sekolah dulu. Selepas menonton Night At The Museum a few weeks back, memang plan nak bawak kiddos, because they have no idea what a museum actually is. Lepas google info on Muzium Negara, tengok-tengok diorang tengah adakan Pameran Darurat - aspek pencetus Darurat di Tanah Melayu dan pergolakan yang berlaku sepanjang tempoh 1948-1960 yang bermula dari 30 Jun sehingga 30 Ogos. Err..a bit too heavy for below-10 kiddos i think. Mungkin pameran-pameran asal masih ada, cuma...tak jadi je lah.


Next, Zoo Negara! Tapi kiddos dah pernah pergi. Plus cuaca sekarang tak menentu, kalau hujan..lebat sangat. Kalau panas..terik lah pulak. So tak jadi jugak nampak gayanya.


So next...tempat yang ada 'Negara' di penghujungnya ialah Tugu Negara! Tapi rasanya, bila pergi Tugu Negara ni, mesti banyak soalan akan muncul dari mulut kiddos. Dan jawapan-jawapannya nanti mesti banyak yang melibatkan subjek Sejarah...yang mana I dapat C4 dulu for SPM!*sedih* My knowledge on Tugu Negara pun sangatlah limitednya! Tsskkk...kena 'kensel' jugak!


Ok..what about Planetarium Negara? Hmm....anda minat Space Exploration? *Tidak* Anda minat untuk mengetahui tentang Sistem Solar kita?*Tidak* Stesen ISS? *Tidak* Roket Soyuz? *Tidak*...Sheikh Muzaffar? *YA!!* Eheheheh...CANCEL! So..mana nak pergi ni?? Masjid Negara? No..no..no.. Akhirnya, selepas berhempas pulas memerah otak, disinilah destinasi kami.....Jeng..jeng..jeng........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


............Petrosains!!! Yeayy... Sebenarnya dah sangat laaaama nak pergi ke sini..kalau nak tahu, masa zaman dating lagi! Tapi tak pernah yang jadi. Bila Arisha lahir, nak pergi tapi tak jadi jugak..then Hakim lahir..tak jadi-jadi jugak..and YES...last weekend menjadi jugak akhirnya.....selepas hampir 9 tahun!

But Petrosains is truly worth the visit. But make sure you are not in a rush, for u need at least 4 hours to explore and do all the experiments in there. 1 hour just to explore DinoTrex (banyak kisah sejarah, aktiviti dan juga 'real' dinosaurs kat sini) and the next 3 hours on Petrosains. Banyak lah benda nak buat kat dalam ni, but majority on Oil & Gas (duhh!). Sangat interesting, walaupun ada majoriti aktiviti yang makbapak sendiri tak paham, tapi jangan risau sebab terdapat ramai petugas-petugas Petrosains yang sentiasa ada untuk menjawab segala kemusykilan anda! Antara yang best, Helicopter Simulator ride, macamana rasanya earthquake, the smell of ancient air (smells macam minyak atar pun ada), kehidupan di pelantar minyak etc. Harus pergi sendiri sebab confirm best!

Till then, Adios...

Al-Fatihah.


Yasmin Ahmad, 51 tahun. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh beliau....Amin.

Friday, July 24, 2009

Takkan Bahasa Malaysia Hilang di Dunia??


Nak lepas geram sikit pagi-pagi ni....Kurang pasti kenapa sejak kebelakangan ni, banyak betul penggunaan perkataan Inggeris yang telah diserapkan menjadi Bahasa Malaysia. Saya bukanlah seorang aktivis bahasa, tapi sekadar ingin melontarkan kegeraman rasa.

Perkataan-perkataan seperti Komunikasi, Interaksi, Ranking, Venue, Komitmen, Eksekutif, Inflasi, Imun, Trafik bla bla bla...bukan ke kita ada perkataan dalam Bahasa Malaysia sendiri untuk perkataan-perkataan tersebut. Susah sangat ke nak mengeja dalam bahasa sendiri atau malas nak taip panjang-panjang? Dan alangkah sakitnya hati apabila perkataan 'tempat letak kereta' sekarang pun dah jadi 'PARKIR'!!!! Waduh..apa-apa-an sih dong. Dan dua hari lepas juga, satu lagi perkataan baru yang saya dengar...'INKUES'! Argghhh....

Anda nilailah sendiri, jika semakin lama semakin tidak dibendung 'penularan' ini, maka mungkin satu hari nanti Bahasa Malaysia akan hanya tinggal pada nama. Adios...

Thursday, July 23, 2009

FENDI Spy & Bowling Bag


' Spy' is one of Fendi's classic. Harga kat Malaysia boleh tahan, around RM8k bergantung kepada design. Kalau limited edition lagi mahal walaupun design nya kadang-kadang al-mengaruts sikit! But now The Outnet is having the one above for 40% off!! With this sweet color harus segera mendapatkannya kepada sesiapa yang dah lama mengidam Spy coz takut Sold Out.


And lagi satu, going for 40% off is this Fendi Bowling Bag in white patent leather. Memang dari awal tahun lepas rasanya dah mengushar beg ni thru Net-A-Porter, tapi lama-lama macam tak lawa lah pulak. Tapi 'buckle' dia macam memanggil-manggil je. Eheheheh. The size is quite big...sesuai as a weekender. And for white in patent leather, sure will last for a long time! So, Verde apa lagi...Spy baby Spy...



P/S : Baru lepas check...The Spy dah Sold Out on The Outnet!

Wednesday, July 22, 2009

AVENT vs TOMMEE TIPPEE


I've never heard about Tommee Tippee brand before. It has always been Avent all the way. I think most of us pakai Avent bottles and products jugak for our kids and babies kan?? Actually yang boleh terbeli Avent pun bukan sebab dia bagus ke apa ke, but jatuh cinta pandang pertama dengan tulisan 'Made in England' yang terpampang dekat depan botol tu! Eheheh teruk kan!!

Well that was in 2001...tapi sekarang ni, mana-mana u pergi pun, kalau nampak babies..mesti ada botol Avent. Yea..memang bagus brand ni. Tapi rasanya, local brands lain pun mungkin bagus jugak cuma tak pernah try.


But for my 3rd pregnancy, Mr Nik went to Scotland and accidently brought this brand back....Tommee Tippee. Time tu memang tak tahu menahu pasal brand ni, but i fell in love instantly with the shape of the bottle. Pendek and gemuk..CUTE sangat! And the teat is designed to mimic the natural flex and feels of a mum's breast! Lepas tu terus pergi Mothercare cari whether they carry the brand. Ye lah nanti nak cari 'spareparts' senang! Hmm...memang ada!!Agaknya dah berzaman dah ada..me je yang tak tahu! Price wise not much different from Avent. Tapi me rasa, guna bottle ni best sebab susu susah nak terkeluar bila shake the bottle. Kalau dengan Avent selalu terkeluar la..i don't know why.



And tengok lah design-design pacifiers dia yang sangat COMEL!!! Tommee Tippee is also a Superbrand and has made it into the list of UK's Top 500 brands. Apa-apa je...yang penting it's reliable, it's affordable and it's... CUTE! Till then, Adios..


Tuesday, July 21, 2009

Filem Melayu...YES??NO??

Saya merupakan seorang pencinta filem Melayu dan saya tidak pernah ketinggalan menonton filem-filem Melayu (macam baca ikrar pulak bunyinya), baik di pawagam ataupun melalui vcd pasar malam.

Walaupun ramai yang memandang rendah akan filem Melayu kita (cakap low class lah, boring lah, pelakon tak standard lah, predictable ending lah bla bla bla), saya selagi boleh ingin 'menyeport' filem-filem anak bangsa sendiri.


Sebenarnya entry ni saya tulis selepas tertonton promo filem Skrip 7707 arahan Prof Razak Mohaideen di TV. Macam yang saya cakap tadi, saya tidak pernah terlepas dari menonton filem-filem Melayu kita, tak kiralah siapa yang mengarahkannya. Dari Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba sampailah ke muka-muka baru seperti Farid Kamil, Pierre Andre dan Syamsul Yusuf semua saya layan. Tapi sejak akhir-akhir ni (actually dah lama dah terbuku di hati), bila sebut saja filem arahan Prof Razak, saya macam malas dan tak bersemangat nak pergi tengok. Sebabnya, saya rasa macam saya dah 'terkena' banyak kali dengan filem-filem arahan beliau.


Saya tak berapa ingat tajuk-tajuk filem beliau terdahulu (tengok sendiri la kat atas ni). Banyak sangat. Tapi ada satu stretch dulu yang filem Prof keluar kat panggung selang beberapa bulan saja. Banyak betul 'ilham' dia! Saya teringat ada satu filem hantu ni, sekumpulan remaja ke sebuah pulau tak silap, tapi dari awal sampai habis dok terjerit jerit. Bingit wooo telinga! Then, filem Potret Mistik yang sungguh tak real 'hantu'nya. Macam filem nak cepat sudah je. Then filem Kuliah Cinta yang merapu (memang harap muka Erra dengan Yusry je la untuk jual filem ni), filem Lady Boss yang banyak jerit dari cakap plus banyak adegan tak logik. And who can forget filem-filem Anak Mami, Mami Jarum, ntah apa Mami lagi..memang lawak yang dibuat-buat! Tapi saya masih jugak menonton. *sekarang baru terasa pelik*

Tapi yang terbaru ni, Sifu dan Tongga (yang ni saya tak tengok ok)...menonton promo Nabil hisap puting di TV tu pun saya dah macam nak nangis dah! Macamanalah seorang Profesor boleh buat filem macam ni?? Dan yang terbaru, Skrip 7707..walaupun promonya gah..membariskan hampir 40 (!!) artis-artis handalan tanahair, saya rasa macam keberatan nak pergi menonton. All because of the damage done earlier.


Tapi bagi pembikin filem seperti Afdlin Shauki and Khabir Bhatia...memang world class lah filem diorang. How can one forget Buli, Baik Punya Cilok, Cinta, Sepi and many many more! I could still watch Sepi or Cinta now and still get goosebumps all over. And i can't wait for Khabir's latest project Setem...yang mana Afdlin jadi lead!! Yeayy...


So the point here is, jangan stereotaipkan semua filem-filem Melayu as low class. Tak adil tu. Mesti mau ingat, tak semua filem-filem Hollywood tu high class pun! Till then, Adios...

Sunday, July 19, 2009

Lupakan Bulu Mata Palsu!


Hari ni nak cakap pasal mata. Orang kata kecantikan bermula dari mata, sampai ada pepatah yang mengatakan, 'dari mata turun ke hati'. Jadi salah satu cara untuk mencantikkan mata dengan mudah, jom kita try benda ni. Tak pasti berapa lama dah produk ni wujud di pasaran, yang pasti saya baru saja tahu mengenainya bulan lepas. Pernah tak dengar tentang "Angel Eyes" by Tsuya Tsuya (nama produk tak nak kalah!)??

Angel Eyes Picture credit to Shinyshampoo.com


Ok fungsi Angel Eyes ni ada 2, sebab produk dia pun ada dua. Satu for Volumising (untuk mereka yang berbulu mata sikit dan halus) dan satu lagi for Lengthening (untuk memanjangkan bulu mata yang pendek). Rasanya orang Asia perlu pakai dua-dua sekali kot. Oh ya lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni sebenarnya bukan Mascara tapi FIBERS. Alah... macam bulu-bulu/habuk-habuk halus yang diletakkan dalam bekas mascara. Jangan risau, ianya adalah selamat untuk mata yang sensitif. Penggunaannya secara kerap juga akan dapat dapat memanjangkan bulu mata anda secara semulajadi (yang ni macam susah nak percaya sikit la!) kerana ianya mengandungi Pro-vitamin B. Cara penggunaan :

1. Sapukan one layer of mascara (mascara brand apa pun takpe, tak payah beli brand Tsuya Tsuya jugak walaupun di promote bagai nak rak oleh promoter dia).

2. Letakkan Volumising Fiber yang berwarna hitam (lapik tisu bawah mata sebab fiber tu akan jatuh sedikit sebanyak kat bawah mata..tapi tak lapik pun tak pe, Aiman tak kisah).

3. Sapukan sekali lagi mascara.

4. Letakkan Lengthening Fiber yang warna putih pulak (tak leceh..sonang jo..cuba dulu!)

5. Sapukan mascara kali terakhir untuk mata yang menawan! (kalah mata Rozita Che Wan!)


Macam ni la rupa Fiber tu...tapi ni brand Make-Up Forever punya... tak pernah try lagi.


Memang terbukti Lash Fibers ni lebih senang nak pakai compared to bulu mata palsu. Result nya pun lebih kurang je macam pakai bulu mata palsu! Tapi walaupun bulu mata palsu ni tengah trend sekarang, kena ingat bukan semua orang sesuai pakai. Kadang-kadang mata boleh nampak juling...tak pasal je. Dah lah tu tak boleh pakai lasak-lasak, silap haribulan, tertanggal lah pulak. Sedar-sedar sebelah ada, sebelah ntah ke mana. Plus leceh sebab kena apply gam la, then kena tunggu kering la. Lagipun pakai bulu mata palsu memang tak selesa. Rasa macam menyucuk-nyucuk je.


Macam-macam design bulu mata palsu ada dijual sekarang. Yang warna warni macam bulu ayam pun ada! Hishh....

Tapi bagi anda yang dah memang dikurniakan bulumata yang semulajadi melentik, tak payah lah nak membazir duit beli benda-benda ni. Cukup sekadar mascara je kalau gian sangat nak pakai (hmm..bertuah orang-orang ni).

This is one of the best mascara Loreal has ever created!


Lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni boleh didapati di Concourse Level Isetan KLCC dengan harga RM79 setiap satu, boleh pakai sampai setahun lebih kalau guna hari-hari, tapi kalau guna seminggu sekali,hmmm... 3 tahun pun tak habis rasanya! (selain dari KLCC tak tahu kat mana lagi ada jual...tapi kalau terjumpa outlet Tsuya Tsuya kat tempat-tempat lain mesti ada punya Angel Eyes ni). Jadi..selamat mencuba! Adios...

Friday, July 17, 2009

Kenapa mesti MEROKOK??


OK mungkin ramai perokok yang akan marah kalau terlihat topik-topik sebegini. Tapi don't worry be happy sebab me bukannya nak bagi lecture pasal keburukan-keburukan merokok ni sebab rasanya satu dunia dah tahu padahnya. Cuma nak senaraikan sebab-sebab popular "Kenapa orang merokok?"


Walaupun harga rokok sering naik setiap tahun, namun jumlah perokok semakin bertambah. Kempen Anti-merokok pun boleh tahan hebat dijalankan. Dan sekarang ni pun nak merokok pun bukannya senang. Ada banyak kawasan larangan merokok. Kena keluar bangunan dan sebagainya. Tapi tak kurang-kurang jugak kaki rokok ni. Mana silapnya?

U think u got style when you hold the ciggarette?

Baiklah disini disenaraikan sebab-sebab yang cukup popular dan selalu kita dengar dari seorang perokok, kenapa diorang merokok...


1. Tension - "Saya tengah tension gila ni, so rokok ni dapat buat saya lupa sekejap masalah saya." (Daripada sedut asap tu, baiklah pergi sedut Oksigen kat luar rumah tu.)


2. Diet! - "Kalau aku tak merokok, nanti badan aku cepat naik!" (Betul ke? Kena buat kajian mendalam ni.)


3. Idea - "Aku tengah cari ilham ni...kena asap baru boleh pikir." (Apa kena mengena asap dengan kreativiti pun ntahlah!)


4. Style - "Bila pegang batang rokok ni baru nampak stylo!" (Takde maknanya!)


5. Boring - "Entahlah aku tengah boring ni, tu yang aku merokok." (Tak tahu nak kata apa...Kelakar..kelakar..)


6. Kawan - "Member aku semua merokok, nanti pelik la kalau aku sorang tak merokok." (Ler..lantak diorang la nak merokok ke tak, yang nak kena ikut tu apasal!)


7. Matured - "Merokok boleh buat saya nampak lebih matured!" (Ni ayat popular budak-budak sekolah..elok rotan je budak-budak sekolah yang merokok ni!!)


8. ......last but not least alasan yang paling fofular..."Suka hati mak bapak aku la nak merokok ke apa ke..duit aku, aku punya suka la!" (aiyoma...ni memang dah tahap marah la ni...LARI..)

Bayangkan kalau orang ini berada di sebelah anda dan anak-anak anda!


Kesimpulannya, walaupun perokok-perokok tegar ni tak kisah 'membakar' RM mereka (nothing much can be done to them), we as parents didiklah anak-anak kita tentang bahaya merokok ni. Walaupun anda seorang perokok, kalau boleh kita tak nak lah anak-anak kita mewarisi 'habit' yang tak elok dan tak sihat ni. Till then, Adios...


Blog Widget by LinkWithin