Okay cuma nak sambung Part I semalam tapi hari ni menyentuh tentang sebutan dalam Bahasa Kebangsaan kita ok.. ramai yang ambil mudah cara sebutan kita kerana mungkin dah terbiasa bertutur sejak kecil macam tu ataupun mungkin ada yang cuba nak meng'english'kan cara sebutan sesetengah perkataan yang mana bila kita dengar naik meluat dan menyampah pun ada.
Jadi di sini, disenaraikan beberapa kesilapan yang mungkin tak disedari atau disengajakan oleh kita :) ...
- INDUSTRI - salah IN-DAS-TRI (ni slang orang putih la), betul IN-DUS-TRI
- KOMPUTER - salah KOM-PIU-TER, betul KOM-PU-TER
- UNIVERSITI - salah YU-NI-VERSITI, betul U-NI-VERSITI (cuba sebut ULAR...kita tak sebut YU-LAR kan? kan?)
- KOMERSIAL - salah KO-MER-SHEL, betul KO-MER-SIAL (tapi sebut la -SIAL tu lembut sikit)
- BOTA,PERAK - salah BO-TA, betul BO-TER (marah orang Perak nanti)
- TASIK BERA - salah BE-RA, betul BE-RE
- LABEL/KABEL - salah LAY-BEL/KAY-BEL, betul LA-BEL/KA-BEL
- IDEA - salah AI-DIA, betul I-DEA (yang ni memang susah sikit sebab dah biasa sebut AI-DIA kan?)
- Pasukan RELA - salah RE-LER, betul RE-LA (isshh...)
- Insyallah akan ada Part III dan seterusnya. Jika ada kesilapan tolong tegur ye. Sama-samalah kita belajar mempelajari. Till then, Adios..
4 comments:
Hello Real Woman..nice blog!..ermmm..dont u think no 4 (komersial) should be pronounced as "ko-mer-sil" in Malay?..not "ko-mer-sial"..please advise..:)
hi Ayong..eh ni ayong sebelah rumah ke ni?? :) Anyway, both perkataan tu adalah kata pinjaman dari bahasa inggeris 'commercial'. Komersil adalah ejaan lama, manakala komersial adalah ejaan baru dan lebih tepat, cuma komersil lebih bynk diguna dalam penulisan kini kerana hujung perkataan '-sial' yg kurang digemari ramai.
Oh ok..sebab ada terdengar one of TV presenters sebut ko-mer-sil..thank u for the explanation..jeng..jeng..jeng..identiti "Ayong" dirahsiakan..;p..hihihi..
Wah wah dirahsiakan! Misteri nusantara betul ni!! eheheh. Anyway terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yg baru nak masuk usia 2 bulan ni ye! :)
Post a Comment