Monday, June 1, 2009

HALAL KE TAK??


Selalu kita orang Islam akan pergi makan ke tempat yang kita nampak ramai orang Islam makan dan bila pekerjanya majoriti orang Islam, lagilah kita berasa yakin. Tapi sejak kebelakangan ni, banyak pulak cerita-cerita yang kita dengar mengenai status Halal/Haram sesuatu produk ataupun tempat makan tu. Kadang-kadang dengar orang cerita, kadang-kadang dapat dalam e-mel. Sahih ke? Ataupun ada unsur-unsur sabotaj ke atas sesuatu tempat tu ataupun barang tu? Yang pasti bila cerita-cerita sebegini tersebar, maka kita pun turut sama akan berkempen kepada kenalan dan sanak saudara kita agar memboikot produk tersebut.


Tahun lepas kalau tak silap, tersebar cerita ada satu jenama aiskrim yang sangat terkenal kononnya tak halal. Check punya check memang betul aiskrim jenama tu diperbuat di China! Tapi ada logo halal di pek aiskrim tu. Cuma logo halalnya bukan logo halal JAKIM. Baru-baru ni, saya memeriksa lagi pek aiskrim jenama yang sama, tapi country of origins nya dah berubah..dari Indonesia pula. Hmmm...


Logo HALAL yang terdapat pada pek aiskrim WALL's

Tapi jika benar ianya tidak halal, kenapa kerajaan ataupun pihak Jakim tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media. Sama juga dengan air keluaran Yeo's, kononnya terdapat tempat ternakan babi di sebelah kilangnya. Sampaikan Limau Bali Tambun yang popular di Perak tu pun orang kata, pokoknya di tabur baja tahi khinzir@babi! Ini membuatkan masyarakat Islam ragu-ragu and at the same time tertanya-tanya mengapa tiada apa-apa tindakan sewajarnya dari pihak berwajib. Ataupun adakah semua ini hanya sekadar cerita kosong yang direka oleh competitors mereka?


Bagaimana pula dengan makanan seharian kita? Nasi Lemak di Gerai Pak Su, mee goreng di warung Cik Kiah ataupun sup tulang di Restoran Mamakku. Dari mana pula mereka mendapatkan bekalan daging ayam dan stok daging? Memang pening kepala kalau nak dikira satu persatu kan. Last-last kita tawakal je lah. Kalau nak masak sendiri dirumah pun sama juga, sebab perlu mendapatkan bekalan bahan segar dari pasar atau pasaraya. Dalam hal ni, pihak Jakim perlu memainkan peranan memantau sources pasaraya-pasaraya ni dan juga tempat-tempat penyembelihan di Malaysia. Dan alangkah bagusnya jika Jakim dapat menyenaraikan tempat-tempat makan dan produk-produk yang halal dan tidak halal di Malaysia sebagai sumber rujukan umat Islam. Dan
beberapa bulan lepas, seorang YB ada membangkitkan dalam sessi parlimen bahawa hotel-hotel dalam Malaysia ni, sebenarnya cuma ada beberapa belas saja yang ada sijil Halal! Memeranjatkan. Tapi kenapa Jakim tak keluarkan senarai lengkap agar masyarakat tahu hotel mana yang elok di boikot!

Inikah logo Halal Malaysia yang sebenar?


Atau yang ini?

Atau ini??

Logo ini pula terdapat pada susu jenis ENFALAC yang dijual di Malaysia.



Apapun, yang pasti ini mesti TAK HALAL!!


Jadi kepada semua, jika ada was-was janganlah beli produk tersebut ataupun makan di tempat makan tersebut. Semuanya terpulang kepada kebijaksanaan anda dalam membuat penilaian. Till then, Adios..


1 comment:

Unknown said...

Oh i totally understand...talk about confusion over these Halal emblems. A crazy thought - if I were one of those super duper rich celebrities..I'd have staff grow our own vegetables & make sure the poultry, meat, fish are purchased at some halal, organic farm or something like that :D

Blog Widget by LinkWithin