Thursday, June 4, 2009

BEWARE of Expensive FAKES!!!

Perasan tak semenjak dua menjak ni, kedai-kedai beg second-hand ataupun disebut 'preloved' ni tumbuh bagai cendawan. Diorang ni menjual beg-beg terpakai kononnya dari kerabat-kerabat di Raja dan VIP-VIP yang dah jemu dengan designer bags diorang, dan jual dengan harga murah. Murah pun tak la murah mana. Ribu-ribu jugak lah. So, para fanatik handbags pun akan menerjah kedai-kedai sebegini untuk mendapatkan the best deal out of their dream or favourite handbags yang tak mampu dibeli first hand kerana harga yang mahal. Tak dapat beg bau fresh from butik pun takpe, janji beg idaman sudah dalam genggaman!



OK, lokasi butik preloved ni terdapat di Sri Hartamas, Cheras dan Mutiara Damansara (tak pasti kalau ada tempat lain). I'm not trying to scare any of you from buying preloved, cuma berhati-hatilah. Because from my experience, setelah mengamati betul-betul keadaan beberapa beg dalam 2 buah butik preloved, dapatlah disahkan bahawa ..it's not ORI (not all, some of it)!! Diorang campur-campur antara ORI dan Fake! The worse part is, they're selling it for the price of an ORI bag! Sebagai contoh, satu beg LV Monogram Neverfull GM(kononnya 2nd hand) dijual dengan harga RM2,600. Itu harga dekat pricetag, kalau mintak diskaun mungkin dia akan bagi RM2,000 kot. But RM2,000 for a fake bag??? Tak masuk akal kan. Another example, ada sebuah Gucci Princy medium Boston bag (yang gold sateen fabric) from last season. They're selling just for Rm2,200 belum discount! Kat butik kalau tak silap around Rm3k. Musykil jugak kenapa owner beg tu nak let go such a new bag. Bila diperiksa, zip beg tu stuck-stuck sikit bila nak bukak (another tips when buying 2nd hand bags- check the zip!) Tapi kepada sesiapa yang tak mengenali antara bag Original dan Tiruan, mungkin susah sikit nak bezakan! Takut tertipu nanti..




Beg Tiruan sekarang pun yang Gred AAA (lagi banyak A lagi baik kualitinya), memang hampir sama dengan ORI. Tapi amat malang sekali jika kita terbeli beg tiruan tetapi membayar harga yang hampir sama dengan ORI! Dalam kes sebegini, rasanya kita kena banyak buat homework sebelum membeli sesebuah beg tu. Takde cara lain. Ataupun membawa bersama kita kawan atau sesiapa saja yang mahir tentang beg. Or..kalau dah harga ribu-ribu tu, baik beli dekat butik yang betul sajalah. Tak payah beli dekat preloved shops ni!


Beg Original takkan ada tag yang tergantung-gantung macam ni!

...dan kalau dah beg disangkut banyak-banyak macam ni, memang confirm TAK ORI!


Apapun sebelum membuat apa jua keputusan, fikir dengan bijak. And in this case, jangan terburu-buru buat keputusan bila dah nampak beg idaman. Tauke kedai tu akan sedaya upaya nak suruh kita beli jugak beg tu by saying it's the last piece lah, rare piece lah, can give u good discount lah, cheaper from the boutique by half price lah! Sometimes, when something is just too good to be true...think twice harder!! Till then..Adios..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin