Thursday, June 25, 2009

Pabila BABI menyerang kembali...



Tak semena-mena datang lagi satu penyakit daripada binatang yang bernama BABI! Sejak kebelakangan ni, hari-hari kita akan baca tentang virus Selsema Babi yang telah menyerang banyak negara di dunia dan Malaysia tidak ketinggalan. Untuk rekod, hari ni saja sudah 91 kes direkodkan. Dan sekolah pula 4 telah ditutup. Harapnya keadaan akan terus terkawal dan tak merebak lagi.

Memang isu ni sensitif sebenarnya. Tetapi geram dan marah pun ada jugak. Sampaikan Menteri Penerangan sendiri meminta agar sebutan untuk Virus H1N1 tu sendiri, di ganti terus dengan SELSEMA BABI bagi menunjukkan betapa jijiknya binatang ni. Tak perlu nak beralas-alas lagi!

Sebab itulah dalam Islam, sejak manusia pertama dijadikan, telah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Allah tidak menjadikan sesuatu itu HARAM melainkan ada mudaratnya. Terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa...babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya....(Sayyid Qutub)

Dunia perubatan pada hari ini juga telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang sangat merbahaya kepada manusia.

Yang hairannya, mengapa masih nak makan atau bela kalau tahu akibatnya? Atau mereka ni tak tahu atau buat-buat tak tahu? Mungkinkah dunia akan lebih bersih dan selamat tanpa BABI? Till then, Adios...



3 comments:

Unknown said...

urm satu lg ek..kenapa nak selindung cara baik..sebut nama glamour nya..kat luar still lagi pnggil swine flukan...pelik!!

Real Woman said...

tu la...tapi semalam Tan Sri Ismail Merican tak bagi pulak sebut Selsema Babi. Nak suruh maintain H1N1 jugak. Hmm..

Suara Perindu said...

Setuju sebut selsema babi. Bagi orang takut sikit.

Blog Widget by LinkWithin