Monday, September 14, 2009

Apasal perlu menyibuk di situ??

You all perasan tak setiap kali waktu berlangsungnya Auto Shows atau Formula One atau Motor Grand Prix ....mesti ada ramai perempuan-perempuan yang seksa SEKSI berkeliaran??


Kalau sewaktu Auto Shows, biasanya wanita-wanita yang berpakaian 'mini skirt' dan sendat mendat (yang pakai BIKINI pun ada!) ini, akan menempek di tepi kereta-kereta mewah atau separa mewah sambil tersenyum kambing dan kadang-kadang melambai-lambai kepada yang tengah lalu lalang. APA KES??


Kalau pada perlumbaan F1 atau Motor GP pulak, biasanya wanita-wanita ini akan menjadi pemegang payung a.k.a. Umbrella Girls kepada pelumba-pelumba kereta dan motor itu. Well, yang kedua ni nampak macam ada lah jugak fungsi mereka-mereka ni, tetapi yang untuk nombor satu tu, setakat menyenget kat atas platform berputar yang ada sebijik kereta...hmm...bagi saya baik tak payah ada pun takpe.

Tapi Si Pemegang Payung tu pun, yang kena pakai seksi seksa setakat nak pegang payung tu apa kes jugak? Pakai T-shirt biasa dengan seluar tak boleh ke?


Bila saya tanyakan pada Mr.Nik, kenapa perlu ada wanita-wanita ini di tempat-tempat itu, dia kata...... 'oklah tu...ada jugak sumber pendapatan minah-minah tu!' *sungguh tidak menjawab soalan!*

Bagi saya mudah saja, kaum wanita telah dieksploitasi di dalam konteks ini!! Betul tak wahai kaum wanita sekelian??

Tapi kan, kenapa mereka ni hanya ditempekkan di tepi KERETA?? Kalau betul dengan adanya wanita-wanita ini, jumlah jualan akan meningkat......Kenapa di galeri-galeri penjualan rumah sebagai contoh, tak letak pulak minah-minah ni?? To me, kalau seseorang tu memang minat dengan sesebuah kereta dan nak beli kereta tu, dia akan beli jugak walaupun ada atau tidak perempuan tertenggek kat tepi kereta tu kan? Dan kalau memang dah tak nak beli kereta, letak 10 perempuan tergeliat tepi kereta tu pun, tetap dia tak beli jugak.


Jadi apa sebenarnya signifikan perempuan dan kereta ni?? Saya tak tahu dan masih tak tahu. 'Fening' kepala memikirkan masalah negara ni! Eheheh. Kalau diajukan soalan ni kepada kaum lelaki, majoriti PASTI akan kata...'Apa salahnya, boleh jugak buat cuci mata!'...... *hmmm...lagi hampeh!*

31 comments:

jane_doe3328 said...

Yang saya tahu, sampai bebila pong perot saya tidak mampu menjadi seslim ituh.

Huhuhu

Lady of Leisure said...

agree with u!!!!
i langsung tak nampak apa kaita pompuan2 gedik ni semua diletak di tempat pameran kereta.. nak suh tgk kereta ke nak suh tgk pompuan..
pakai seksi tak hengat...wtf?? (sori ek, i dah emo ni)

yg pompuan2 ni pun dah tau diperguna, nak jugak tayang dada, tayang bontot kat situ... patut la org kata nanti pompuan banyak jadik kayu api.. isk isk isk..

eii.. meluat tul nengok gambar2 tu kan.. pakai jolok mata tak kene gaya...

yg sebetulnya, untuk apa wanita ni diletak disini? apa sapa leh bagi jawapan yg bagus tak? can someone enlighten me on this??
huhuhuhu..

real woman, topik u pagi ni sangat buatkan i berpeluh.. hihi

Mimy Hamid said...

pompuan sexy vs kereta...pelik duh...apa kena mengena ek..agaknya kalau tgh pandu tu ada pompuan sexy kasi bakar semangat kot..hehe

:: || Mrs. Izwan || :: said...

pelaris tu RW. hehehehe

d.a.m.i.q.u.l.a said...

tu la.pelik ya amat.kalo kat tempat jual keta,mungkin leh jd reason nak tarik minat pembeli lelaki.tapi kat keta lumba?bukan boleh beli pun!

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

kire 'pemanis' tue...hehehe...

strategy to attract audience (virtually or physically)...let say for those yg not that interested in cars or rally etc...ofcourse they wont be bothered enough to watch it or stay tune let alone get the touch/feel of the car in person...

so bile ade 'pemanis' nya, ade la reason nk g godek2 tanye2 or look interested...which in small % might convert n change the views of the person to hv interest on the selling product :)
nk initiate n change the interest of a person agaks susah...so creativity plays a role

marketing strategy babe! klo letak macho man or famous footballer ke or famous actor ke boley jugak, tp 'tarikan' nye tak same...might interest few %age of ladies tho :D

cam advert for baby n kids...slalu dominated by baby girl...coz lg comel n sweeter look although brand covers for both

Real Woman said...

jane: me too huhuhhuhuhuh

Real Woman said...

lol: hehehe i pun berpeluh gak tulis entry ni semalam! eheheh. anyway i sampai sekarang ta tahu kaitan sexy women and cars ni!! i baru perasan kenapa time Golf Tournament for example takde pulak Umbrella Girls ni!! why only when it comes to cars??

Real Woman said...

mimy: bakar semangat ye?? habis tu diorang ingat pompuan tak memandu ke? pompuan tak beli kereta ke? hmm..

Real Woman said...

mrs izwan: takde makna pelaris! :p

Real Woman said...

damiqula: tapi kan beb, bukan lelaki je yg beli kereta, we women pun beli gak. and i mmg tak paham kenapa si pemegang payung tu perlu wujud di race tracks?? kat acara sukan lain takde la pulak!!

Real Woman said...

verde: true enough it's marketing strategy during auto shows..but the question here is why only during AUTO shows?? kenapa waktu Pameran Hartanah yang jual rumah tak letak pulak minah2 ni...kalau betul diorang ni boleh melariskan jualan?

and to attract audience during F1 and Moto GP...kenapa tak letak minah2 payung ni time acara sukan lain?? for example Golf Tour or Tennis or Soccer...???

I still tak faham la... serius!

Lady Hannah said...

me too x faham apasal lah nak kena letak pompuan sebelah keta kat auto show launch besides marketing strategy.tp i rasa x de kena mengena pun.x de pun lagi bagus,ada buat menyemak jer.tp utk org lelaki diaorg sukalah.dah alang2 ada kat situ boleh cuci mata...gatal!!!

eifa said...

sgt diekploitasi...tp wanita tu yg membenarkan diri di ekploitasi...huhuhuh tuh jek mata pencarian dier kot...yaa but why eh ..hurmmmm kenape bkn lelaki2 gagah...supaye wanita2 membeli kerete tertarik????

Real Woman said...

pink: memang menyemak but at the same time terasa wanita di exploit sangat!

Real Woman said...

iefa: ye lah kan! Apsal tak letak lelaki2 macho kat situ. Apa ingat perempuan takde yg beli kereta ke? Bg la kaum lelaki pulak rasa mcmana di exploit kan! Suruh diorang tercegat tepi kereta2 tu and tayang dada. Buat la selama 6 jam dan tanya diri sendiri ada rasa mcm orang bodoh tak?

wan said...

sebabnya mostly lelaki ler yg gatai nak beli keta nih.. sesambil tuh leh menggatai tgk pompuan cantik gak! :P

kalau tayang lelaki, sure kurang laku keta! hehehe unless kalau lelaki encem duk tercegat promote handbags ker,perfume ker, sure ramai gak pompuan kerumun nak beli.. :))

Nurhayati said...

semua tuk pancing.. kiranya laki yang pegi tgk2 semua ni bukan nak tgk kete/moto tapi perempuan payung hihihi

eynda said...

Dari sudut positif : perempuan2 ini dapat jugak duit saku....

Dari segi negatif : kesian diaorg sanggup diperbodohkan/dieksploitasi.

** Pernah tengok mamat2 yg tergedik-gedik bergambar dgn perempuan pameran macam nih...sambil menyelam minum air huh!!

Anonymous said...

x paham gak apa motif nye.. nk attract guys kut ;)

Shopaholic Mama said...

the best part & main attraction lah tu - yg kelakar, the men yg pegi mostly bawak camera, not to snap the cars but to click the chick! ishhhh...

Real Woman said...

wan: eh patut letak gak lelaki macho so that boleh attract pompuan beli!! eheheh

Real Woman said...

yati: sambil nyelam minum air la tu!!

Real Woman said...

eynda: kadang lelaki2 gediks ni bukannya nak beli kereta pun! nak menggatal je lebih!

Real Woman said...

honeylanz: tu lah...mcm la guys je yg mampu beli cars ni!

Real Woman said...

shoppa mama: mmg dasar nak menggatal!!

YANI SLiM said...

hahaha! mmg x perlu ada pun but tu le marketing stratgy utk kaum lelaki yg hanya da 'satu' nafsu ;)

CathJ said...

Soalan yg pernah timbul di minda aku jugak....

Napa mesti letak pompuan saja?... napa tak letak jantan gagah perkasa... (Ishhhhhh.... tak ya lah..... GELI lah pulak)... uweeeekkkk... lol..lol..

Anonymous said...

Bagi sy senang saje..Perempuan Ibarat kereta lelaki Ibarat Rumah,
Kereta kalau rosak, atau lama boleh beli baru, tapi rumah kalau makin lama makin berharga...tak gitu..gagagaga..:p

Anonymous said...

belajar banyak

hassam said...

x paham gak apa motif nye.. nk attract guys kut ;)

Blog Widget by LinkWithin