Thursday, September 17, 2009

PUTUS 5 JARI!!!


Kelima-lima jari tangan kiri seorang remaja di Sik Kedah putus dan tapak tangannya hancur selepas terkena mercun Bola ketika sedang bermain mercun di rumahnya petang 2 hari lepas.... dan dek kerana itu juga, maka adik kita ni tak sempatlah nak bersalam raya ketika Aidilfitri bakal menjelma hujung minggu ni!

Sebelum ni, yang mata hampir buta akibat mercun pun ada jugak. Nasib la hampir buta...kalau BUTA terus?? Tak ke 'menempah' namanya tu!


Sebenarnya tak tahulah nak kata apa... dan tak tahulah nak rasa sedih ke...nak kata 'padan muka' ke. Sebab setiap tahun berbagai kempen dan peringatan disiarkan di TV , di suratkhabar...dan rasanya mak bapak dan cikgu-cikgu di sekolah pun mesti turut sama memberitahu tentang bahaya mercun ni!

Tapi bak mencurah air ke daun keladi.... Agaknya, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu lah budak-budak ni takkan sedar dan serik!

Haa...kalau macam tu pii la main, tak cukup mercun Bola, pi pasang Meriam Buluh ke Meriam Batang Paip ke apa ka. Lagi KEDEBABOOWWW bunyi, lagi meriah kan! Elok-elok jari ada 10, tinggal 4..... lagilah bertambah-tambah meriah raya!!! Seronok apa mata berbalut sebelah, macam Pirate of Carribean je kan!

Apapun, sentiasalah awasi anak-anak kita di musim perayaan ini ok....walaupun hanya sekadar bermain 'bunga api', mereka masih perlu dipantau! Semoga Aidilfitri kita nanti akan terus diisi dengan senyuman dan gelak tawa dalam menyambut kemeriahannya!

14 comments:

Mimy Hamid said...

dah kena baru nak menyesal tak guna dik....lain kali buat la dulu br nyesal yer...memacam hal nak raya

calla_lily said...

Its sad kan? Sometimes parents don't know I guess... time dieorg gi terawikh, the kids have a ball with firecrakers.. n when luck is not on their side, these things happen. what a raya for them. kesian.

Lady of Leisure said...

haha i love the pirate of the carribean part.. i just post about mercun this morning.. hehe.. just like u , i mmg geram ngan bebudak ni, ada ke patut main mercun then baling dalam kawasan rumah my parents.. dah la my dad tu heart patient..

Zaila Mohamad said...

betol tu, zaila pon tak suka ngan budak2 yang main mercun ni..kalo kat kg tu, diorang siap berlawan2 lagi ngan budak2 kg sebelah..sape yang paling kuat bunyinya..serious mak sakit jiwa..last2 hubby pergi halau cakap anak zaila (masa tu baby lagi) takleh tido..baru mencecet lari..tapi malam esoknya buat lagi..sungguh sakit hati..rase macam dok kat Afghanistan pon ada;p

Along said...

Biasa la, dah terketuk baru terngada. Memang padan muka la sapa yg putus jari ke, buta mata ke, dek main mercun sendiri. Lain la kalau x main and ada orang lain pi baling ke arah kita...itu sian la. Along dah la ada baby, budak2 ni main mercun tunggu midnite lak..konon lagi best la. Kang x putus jari tu dek mercun, putus dek kena tetak ngan Along lak kang!!

Along said...
This comment has been removed by the author.
eifa said...

betolll...walaupon bunga api...ma hubby melecur sket ibu jari sbb bakarkan buku api tuk ma doter...huhuh so pastuh kiteorg gune lilin tk direct bakar...

nwey derang ni too creative benarnyer...mercun dh siap2 di gabung2...ti tekan2 di sumbat2 belerang bg bunyi kedebum...haaaa kedebummm ngan jari2 tuh skalik...ailahhhh riso betul...huhuh

jane_doe3328 said...

budak² tgh membesar tuh memang jenis tak denga org cakap. sendiri rasa baru lah paham naper parents tak bagi main, but its too late already lah at that time. nyesal pong tak guna

Shopaholic Mama said...

Should have ban the mercun!

Anyway, Selamat Hari Raya to you & family!

BelalangDewa said...

zaman BD budak-budak dulu, BD suka main meriam. Sama ada meriam buluh atau meriam tanah. Bunyianya kuat dan bersemangat. Tapi pada zaman itu lagi BD sangat berhati-hati. Bila buat meriam buluh. Lilit buluh itu dengan tawai sekuat-kuatnya supaya tidak pecah. Dan kalau buat meriam tanah, BD pastikan semua kerangka meriam diasak denga baik dan di atas meriam BD letak lesung opah supaya tanah tidak berbungkas... Selamat Dunia Akhirat... Tak pernah ada yang cacat atau cedera. Budak2 sekarang main mercun sebesar jari kelinkingpun ramai masuk hospital. Tak hati-hati....

deeja said...

salam...alahai....kesihan pulak tengok,,"bukan salah ibu mengandung."

MommyCT said...

mmg tak mudah nak monitor anak. nak2 time mak bapak sibuk menyiapkan apa yg patut or bz catching up story mori ngan siblings. anak pulak jenis berani tak agak2 ni.

CathJ said...

Takutttttttttt...

Anonymous said...

padan muka cacat seumur hidup

beruk2 ni selalu memekak je. orang nak tido pun susah

sepatutnya biarkan je buta sekali. tak payah doktor nak susuah2 selamatkan mata beruk ni

Blog Widget by LinkWithin