Tuesday, August 18, 2009

Louis Vuitton Irene Bag


At first, I thought this bag called IRENE from the Louis Vuitton Fall/Winter 2009-2010 Collection is nothing but another 'joke'. Tapi bila dah lama-lama tengok..cantik pulak. It is quite big and has 3 compartments, so you won't mix things up in your bag. I quite like the pleating detail given to the bag. Makes it look soft and feminine. The bag comes in the classic monogram canvas and has a metallic leather trim (comes in suede as well-pictured below). It has microfiber lining (inside), golden brass pieces and bottom studs to protect the bag.


But somehow...I still feel that there's something not right about the way the handles look like. Macam kelakar pun ada.*Sila rujuk gambar di bawah* Kenapa tiba-tiba benda empat segi tu tercacak keluar macam tu kan?? Kalau handle dia terus join kat bag, mungkin nampak lebih elok. Or is it just me yang tak tahu nak menilai 'hasil seni'? Seni ke??


And gambar-gambar Madonna ni la yang buat beg yang 'tak la lawa mana pun' ni....nampak sungguh cun! Harga pun sungguh cun jugak. Maklumlah seasonal items! Kat UK it goes for around 1,500 pound for the monogram canvas dan kat Malaysia tak tahulah, mungkin nak dekat RM9k kot *sorry tengah mode malas nak check harga sebenar*.


Nampak sungguh cantik dan muda 'Material Girl' ni kat dalam Ad ni walaupun umur dah cecah 50 tahun!


*All pics googled

Monday, August 17, 2009

Apa punya KASUT nii!!!!!


Hahaha....mampukah anda berjalan ataupun berdiri selama hanya 5 minit dalam kasut seperti ini??? Belum try belum tahu. Mungkin anda akan menyukainya dan terus melupakan koleksi flip flop dan maryjanes anda yang berlambak-lambak itu.

Bagi saya sendiri....OH TIDAKK!! Kemungkinan besar pin heels itu akan bengkok atau patah. Tapi yang paling penting saya tidak mahu tulang belakang dan tumit saya menangis hanya kerana sepasang kasut!

The super-high shoes above are from Dsquared2 and comes with a so-called super strong metal heels. Dan siapa yang empunya kasut 'seksa-diri' ni............

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Opps...tak nampak muka pulak..... but can you guess already??? NO? YES??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

.......It's Victoria Beckham (who else!) aka POSH!

The best part, dia pakai kasut ni, bukannya nak pergi acara Red Carpet, tapi pergi SHOPPING - dengan anak-anak lagi!! Wah!! Salute la dekat dia ni. Tapi nampak tak, sebelah tangan dia pegang Handbag dan sebelah lagi dia pegang anak dia.....just to balance herself off! Hahaha...*mean*

And here's another super high 6-inch heels in shocking pink she wore to Kate Beckinsale's 35th Birthday Party earlier this year. Haaisshhh...baru tengok je kasut ni dah lenguh dah, belum pakai 2 jam lagi!


Well people, if you think you can look dead pretty (like Victoria) in those shoes.... and the most important thing, you can actually walk in them, then go get them!! Dan jangan lupa update blog you all dengan kasut baru tu ye!!
Till then, Adios....

Saturday, August 15, 2009

Perlukah Tahap Kerisauan yang Terlampau?


Mungkin perlu..... Sebab jumlah kematian di negara kita akibat virus SELSEMA BABI atau nama glamornya Influenza A H1N1 sudah menghampiri 60 orang sewaktu saya menulis entry ini.

Dulu kita takut untuk ke luar negara....kini, di dalam negara sendiri pun sudah tak selamat lagi. Nak bawa anak jalan-jalan, baik tangguh la dulu. Nak window shopping? Tak penting...Baiklah perap kat rumah lagi selamat. Nak pergi kerja? Sekolah? Hmm...nasib baiklah sekolah nak tutup lagi seminggu. Harapnya, penularan virus ni dapatlah dibendung sedikit sebanyak.

Tak tahu sampai bila virus ni akan terus berada di sini...mungkin selagi masih ada 'perumah' untuknya, selagi itulah virus ini akan terus bermaharajalela. Cuma yang boleh kita buat.....

1. Jaga kebersihan (cucilah tangan dan mandi dengan sabun antiseptik walaupun benda ni nampak remeh).

2. Sentiasa pantau kesihatan ahli keluarga dan diri sendiri. Kalau demam atau selsema makanlah ubat. Jangan nak berlagak HERO konon boleh baik sendiri! Kalau demam tak reda jugak pergilah jumpa doktor.

3. Jauhilah diri dari orang yang ada simptom-simptom seperti batuk, demam dan selsema. Tak payah lah nak ajak dia bersembang atau main dam!

4. Kalau harus jugak ke tempat-tempat awam, gunalah mask. Kalau tak selesa pakai mask (cakap lemas lah apa lah..), elok duduk kat rumah je lah.

Semoga dengan langkah-langkah dan usaha kecil yang kita buat ni, akan dapat membantu mengurang atau menghapuskan terus virus SELSEMA BABI ni!!

Friday, August 14, 2009

Apa Barangan Buatan Malaysia dalam koleksi anda? TIADA???!!!


Sempena bulan kemerdekaan ni, apa kata kita semarakkan lagi semangat patriotik kita dengan membuka topik tentang Beli Barangan Buatan MALAYSIA!!

Sebelum tu, sekadar bertanya...apa barangan Buatan Malaysia yang ada dalam koleksi kita sekarang? Ermm....sekejap nak fikir. Takpe sambil berfikir tu, saya nak sambung menulis. Eheheh.

Ramai di antara kita seakan ada satu tanggapan tak elok dengan barangan tempatan. Asal time nak beli barangan Made in Malaysia saja, mesti orang akan cakap....

1. "Ni mesti cepat rosak nanti!"

2. "Apa kelassss pakai barangan tempatan!"

3. "Tak lawa/kreatif local design."

4. "Harga macam ni, baik beli benda import!"

Itu cuma antara alasan biasa. Yang luarbiasa tak tahulah. Kat sini saya cuma nak senaraikan juga barangan yang dihasilkan di Malaysia tetapi orang Malaysia masih nak beli yang import punya....


1. Beg Tangan BONIA atau SATTINNI (alah...brand yang Zakiah Anas jadi duta tu!) VS Prada/LV/Gucci! Or at least Guess or Coach!

2. Kasut Carlo Rino/PRINCESS VS Nine West/Clarks/Aldo. Ehh...Vincci buatan Malaysia tau! Ok lah tu!

3. Pakaian budak KIKO/Anakku VS Mothercare/Osh Kosh/Guess! Diorang pun tengah Sale ni...*alasan*

4. Handphone M-MOBILE VS Nokia/Samsung/Blackberry bla bla bla...ada lagi ke company M-Mobile ni??


5. Kereta PROTON VS KIA/Hyundai/Honda/Toyota.... tapi rasanya masih ramai yang pakai Proton dan Perodua.

6. Baju Ofis Suami JOHN MASTER/DURBAN VS RAOUL/TOPMAN/M&S

7. Baju Para Isteri Butik Cik Kiah/Anggerik (contoh je) VS ZARA/MNG/DOROTHY PERKINS/MISS SELFRIDGES etc

8. Alatan Kosmetik SENDAYU TINGGI/NOUVELLES VISAGE VS ESTEE LAUDER/ CLINIQUE/ SKII/ LANCOME


9. Perabot rumah Syarikat Perabot Bahagia (contoh jugak) VS IKEA!

Sehingga habis menulis entry ni, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa saya ada barang-barang Buatan Malaysia yang tersenarai di atas (YEAYYY...tapi bukan semua ye..err...beg SATTINNI?? TIDAKKK!!). Tapi berbanggalah kita kerana negara kita juga mampu mengeluarkan produk-produk sendiri yang mana antaranya juga turut dieksport sehingga ke luar negara!

Till the, Adios....



* All pics googled

Thursday, August 13, 2009

Mana pergi Bendera Malaysia???


Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52. Tapi rasanya, aura sambutan terasa kurang. Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja tadi, saya cuba mencari wajah Jalur Gemilang...mungkin kot ada dipasang di kereta-kereta atau di bangunan atau di pokok......tapi hampa, kerana hampir tiada. Ada lah satu dua Jalur Gemilang nampak berkibaran di atas teksi-teksi dan lori barang. But that's about it.

Kenapa ya? Mungkin kita takut untuk meletakkan bendera di atas kereta, kerana melalui pengalaman saya sendiri, agak sukar untuk menanggalkan gam pemegang bendera itu dari kereta. Berhari jugak nak mengikis bekas pelekat tu. Silap-silap boleh tanggal cat kereta!

Atau ada yang berani, meletakkan terus bendera yang besar di hadapan bonet kereta! Dan kalau tak mahu, boleh saja gantung bendera di hadapan rumah. Pacak atas tanah atau gantung atas pokok mangga. Semua boleh buat kalau ada daya usaha dan keinginan.

Tapi ada yang beri alasan, tak tahu nak cari kat mana bendera ni. Hmm...tak boleh pakai alasan ni. Atau kita hanya nak menunggu kerajaan memberikan bendera percuma kepada kita baru nak kibar?? Mana perginya semangat MERDEKA kita?? Apakah maksud 31 Ogos itu hanya sekadar Public Holiday atau Konsert percuma di Dataran Merdeka??

Kiddos 'masterpiece' - Walaupun bentuk bendera agak tidak seimbang dan memungkinkan mendapat C- (kalau di sekolah), tapi semangat Nasionalisme yang ditunjukkan secara tanpa apa-apa paksaan membuatkan saya memberikan A+ kepada anak-anakku!

Dua hari lalu, Arisha dan Hakim berlumba-lumba nak membuat Jalur Gemilang. Bukan projek sekolah. Tiba-tiba saja cari pensel dan kertas nak buat. Saya agak terharu dan emo sekejap. Baguslah jika dari kecil anak-anak kita diterapkan dengan semangat Cintakan Negara. Dan saya akan cuba menyampaikan kepada mereka maksud sebenar perkataan Merdeka itu sendiri satu hari nanti. Susah takut tak faham pulak budak-budak tu sekarang. Buat masa ni, cukuplah dengan penjelasan...Merdeka = Negara kita aman damai dan bebas dari peperangan, walaupun maksud sebenar lebih dari itu.
Selamat Menyambut Hari Merdeka!

Wednesday, August 12, 2009

MELEPASSSS......

Rupanya petua minum Nescafe dan tengok cerita hantu melayu (tengok cerita Histeria!) tak menjadi! Saya terbabas jua malam tadi. Dan oleh sebab itu, maka melepaslah saya dari mendapat tiket murah Air Asia pada musim yang 'hot' iaitu musim cuti sekolah!

Pagi ni, check website Air Asia, hampir semua tiket ke destinasi popular dah jadi mahal dari harga yang diiklankan. Mungkin waktu bukan cuti sekolah dan cuti am masih boleh dapat good deal.

Hmm...takpelah. Mungkin ada hikmahnya! :(

Tuesday, August 11, 2009

1.00am - JANGAN tidur malam ni!!!


Ingat tak my entry before this pasal Air Asia Sale? Ok, that Sale rupa-rupanya just for local flights...BUT for the International Flights Sale..akan start pukul 1.00am malam (ke pagi?) ni!!!

So, apa lagi, minum banyak-banyak Nescafe malam nanti, dan play vcd cerita hantu melayu, confirm takkan mengantuk! Eheheh.

Just to spice things up...ALL IN FARE (One Way) to London RM479, to Perth, Melbourne and Gold Coast RM149, Bangkok and Jakarta RM49 and many many more destinations. Since there's no Fuel Surcharge and Admin Fee, what you see is what you pay. Kalau return flight, just darab dua je la! Murah murah.

Oh ya..travelling period starts from 11th January to 31st July 2010!

Till then, Adios...

Cupcakes yang SEDAP tapi MAHAL dan KECIK!!


Weekend lepas entah macamana, boleh pulak Mr Nik ajak pergi Wondermilk sebab dia teringin nak makan Cupcakes diorang yang famous tu. Apa kes tiba-tiba teringin nak makan manis-manis ni??? Bukan ke you anti benda-benda manis ni? *musykil* Tapi ikut je, since dah alang-alang nak makan kat area Damansara.

Masuk je kedai, terus terperasan rupanya dah makin besar kedai ni. Bergerak ke kaunter kek nak check harga.... RM4.50 per cupcake (!!!) (bukan dulu RM4 ke?). Hmm....bukan apa, bagi saya Cuppies Wondermilk ni memang sangat sedap, cuma saiz nya sangatlah kecik untuk harganya yang sangatlah mahal. Ye lah, untuk saiz petite tu, harus makan 3 biji sorang baru cukup *buruk lantak*. Untuk satu family? Darab je lah sendiri. Dah try dah nak buat sendiri cupcakes ala-ala Wondermilk, tapi tak jadi! :(

We picked the Vanilla, Tiramisu, Choc Chip and Oreo's Cuppies


I think what made Wondermilk different from other cupcakes around, is the cream topping. Tak tahu nak explain macamana, but to me it's not buttery, not too sweet and smells goood! Lagi satu, diorang punya design sweet sangat-sangat...macam kat bawah ni...

Tak sampai hati nak makan kek macam ni! Elok buat display atas meja je kan....(This pic from Wondermilk's website)


Till then, Adios...

Monday, August 10, 2009

AIR ASIA SALE punya pasal.....


......maka saya adalah amat mengantuk sekali hari ini. Nak menunggu countdown SALE start pukul 12am tengah malam semalam punya pasal.

3 hari sebelum tu dapat e-mail from Air Asia mengatakan yang tepat 12am 10 Ogos, diorang akan buat satu SALE 'better than FREE seats' dan ada 3,000,000 seats up for grab! Fuhh...dengan ayat begitu, mahu tak gigih tunggu sampai pukul 12 semalam! Dan tepat pukul 12am, masuk website AirAsia dengan penuh berkobar-kobarnya..... tiba-tiba, system hang la pulak! Grrrr......

So, tadi check kat website diorang, cuma ada local flights je yang on SALE. Maybe international flights belum lagi kot. Ok lah nak pergi snooze..tak larat nak bukak mata dah.

Till then, Adios...

The Best Hair Color in town!


Jalan-jalan a few days ago, tiba-tiba ada promoter approach tunjukkan Beauteen Hair Color (Pic above). Hmm...kebetulan memang dah due kena touch-up color rambut. Nak pergi salon malas sebab kena spend at least sejam setengah, plus sure terbang ratus-ratus punya. Ala..sekadar nak touch-up je!

Tapi, brand apa ni, tak pernah dengar pun? Well, produk ni datang dari Jepun and it is the No.1 hair color there! Harganya? Cuma RM22!! Murah murah...dah lah Made in Japan. Hehehe walaupun saya menyokong kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, tapi kadang-kadang perkara sebegini adalah tidak dapat dielakkan. *ngeee*

To me, this is the best Hair Color by far (sebelum ni pernah try L'oreal, Revlon etc.) sebab color dia cepat diserap oleh rambut, smells ok....and the best part, rambut tak jadi keras lepas basuh (biasanya lepas hair coloring dengan brand lain rambut jadi keras dan kasar).

So, sesiapa yang rambutnya dah due untuk di touch-up atau yang baru bercita-cita nak warna rambut, bolehlah cuba produk ni. Oh lupa nak cakap..ianya boleh didapati di Watson. Till then, Adios...

Blog Widget by LinkWithin