Semua orang memang suka tengok yang cantik-cantik. Kalau boleh, nak memiliki semua yang cantik-cantik belaka. Memang betul tapi kerana masyarakat sekarang dah terlalu obses dengan kecantikan 'melampau', sampai ada yang sanggup menghalalkan yang haram...macam botox, plastic surgery sampai hilang rupa wajah asal! Kadang-kadang ngeri nak tengok wajah mereka ni yang rata-rata hampir sama saja semua. Dagu panjang, batang hidung terletak, high cheekbones yang keras sampai facial expressions pun dah tak dapat buat dengan betul!
Priscilla Presley (result of a surgery, mudanya...opps!)
Tapi salah siapa? Masyarakat yang berkehendakkan mereka sebegitu kan? Bila dah berkedut sikit, dikata TUA dan dikategori 'tak lawa'. Tak bolehkah masyarakat melihat 'lawa' dari sudut pandangan yang berbeza. Tak semestinya yang tegang tu lawa. Tempias ni bukan terkena pada kaum hawa saja. Kaum adam pun dah pandai mula nak buat surgeries! Nak tergelak pun ada bila tengok wajah-wajah 'hero' plastik kat Malaysia ni. Kita yang salah sebenarnya. Dulu bila Rosyam Nor asyik jadi hero, kita mengeluh kononnya Hero Tua! Perli lah tu...Tapi yang hairannya bila George Clooney atau Al Pacino jadi hero..filem box office jugak. Takde pulak yang komplen.
Sama la macam Penyampai Berita kat Malaysia ni. Terkena jugak tempiasnya. Bila Harjit Singh atau Farit Ismeth baca berita, katanya 'bila nak pencen?' Nak yang muda-muda jugak baca berita sampaikan hilang kredibiliti dan keseriusan berita itu sendiri. Hello..ini bukannya rancangan Remaja atau pun Pop Kuiz ataupun Melodi yang mesti penyampai atau pengacaranya muda remaja, kualiti suara ala-ala tupai tersepit celah pokok. Itu belum masuk bab sebutan yang ntah apa-apa..main hentam keromo je. Apa dah jadi ni. Nak harap rupa yang muda saja ke? Tapi kalau Larry King atau apa ntah nama weatherwoman CNN yang gemuk tu, Tori Amos ke...ok saja diorang bekerja. Takde pulak komplen dengar CNN punya rating merudum ke apa ke. Tengok BBC atau CNBC presenters and newsreaders hampir semua 'seniors' dan berpengalaman. Di situlah terletaknya ranking sesebuah program dan kredibilitinya. Tapi di Malaysia ni? Kononnyalah nak mencontohi CNN, tapi apa yang dicontohi pun tak tahulah. Lemah la sebenarnya nak menulis hal ni. Ok lah..Adios..
No comments:
Post a Comment