Bila sebut tentang kualiti jalanraya di negara kita, baik 'jalan free' ataupun yang berbayar, semuanya lebih kurang sama saja. Tapi yang berbayar mungkin lebih baik sikit la dari yang 'free'. Jika kita melalui Lebuhraya PLUS ke utara (ke selatan pun sama jugak), entah berapa kali kita rasa bagai dilambung-lambung dan sesekali rasa macam naik roller coaster! Nampak saja lebuhraya tu lurus tapi permukaan jalannya tak smooth langsung. Berbeza sangat dengan pengalaman melalui lebuhraya di Shanghai, China (free pulak tu lebuhraya diorang!). Permukaan jalan tak ada cacat cela langsung, rata dan smooth all the way! Bagaimana diorang boleh buat jalanraya macam tu? Adakah struktur permukaan bumi kita dengan diorang tak sama dan menjadi punca kita tak boleh buat jalan yang rata?
Sebab memang tak berkesudahan lah hal ni. Even jalan di Dataran Glomac, Kelana Jaya yang baru dilebarkan pun, berombak beralun bagai dibuai bila kita melaluinya. Dan dah ada satu lubang yang agak besar jugak kat jalan ni yang rasanya belum pun berumur setahun. Jadi, tanggungjawab siapa sebenarnya ni? Sebab pengguna jalanraya juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Nak mengelak lubang punya pasal, sampai berlanggar dengan kenderaan dari arah bertentangan....ataupun bengkok pulak rim tayar 18inci tu.