Saturday, September 12, 2009

HAP.. HAPP.. HAPPY!!


Am too happy to write today.... to even think of anything!

Friday, September 11, 2009

Kes CERAI lagi....


Baru minggu lepas tak silap baca kisah KrisDayanti dicerai talak 3 oleh suaminya Anang. Semalam pulak, kisah penyanyi Siti Nordiana dicerai talak 2 oleh suaminya, pelakon Faizal Yusof. Sebelum ni, Akhil Hayy dan isteri Maizawati. Sebelum sebelum tu....Sarimah Ibrahim dan suaminya Amir. Sebelum sebelum sebelum tu....Hmm......


Kalau dulu, orang kahwin Mat salleh mesti kita kata tak kekal lama. Tak semestinya. Kahwin sesama Melayu pun ramai yang bercerai. Dan bukan hanya selebriti yang kahwin-cerai, orang biasa pun ramai.... cuma tidak mendapat exposure.


Persoalannya, mengapa rumahtangga pasangan sekarang RAPUH? Kalau kita tengok pasangan dulu-dulu, walaupun tidak se-romantis mana, namun rumahtangga yang mereka bina kekal sampai ke anak cucu! Tak macam pasangan sekarang yang sangatlah loving doving, berpeluk mesra sakan, tergeliat sana tergeliat sini masa bercinta......tapi kahwin baru setahun setengah, dengar-dengar dah bercerai! Bercerai pulak tak main talak 1...terus talak 2 ke 3! Yang jadi mangsa, anak-anak! *kepada yang ada anak lah!*


My mother selalu cakap...'orang sekarang malas masak, suami tak merasa air tangan isteri......mana nak kekal!'.....BETUL KE?? *doooshh kedebabow.....kena batang hidung sendiri malas masak!*

Atau ada sebab lain??

* Mungkin sekarang ni, para isteri lebih educated dan ada kerja yang secure, jadi kebergantungan terhadap suami tu kurang.... sekaligus kita rasa tempat suami se'level' dengan kita dan hilang rasa hormat?

* Atau masalah rupa paras? Mungkin tidak kot.... sebab rata-rata yang kena cerai ni..lawa-lawa, hensem-hensem dan masih dalam kategori muda belia belaka!

* Tiada persefahaman?? Tapi kadang tu boleh berkawan a.k.a. 'couple' sampai 5-6 tahun, kahwin tak sampai setahun dah bercerai! Takkan masa berkawan 5 tahun tu tak cukup untuk menyelami hati budi?

* Masalah kewangan?? Sesudah kahwin mungkin baru tahu duit banyak nak kena pakai urus rumahtangga. Ye lah...dulu nak tanggung diri sendiri, sekarang dah berdua. Mana dengan nak bayar hutang Mak Andam, Katerer, Khemah lagi, Baju pengantin Bernard Chandran lagi.... Bila dah ada anak...lagilah terasa akan kepentingan pengurusan bajet!

* MATERIALISTIK???? Hmm....tengok kanan tengok kiri, member semua pakai Gucci, Prada, LV....apahal sendiri pakai beg Vincci je? Member ada cincin 2-karat, aku cincin belah rotan je! Nak suruh suami beli, dia tak mampu. Tiba-tiba ada pulak lah buaya yang hulur tengkok bagi hadiah benda-benda idaman hati! Time ni lah tanda-tanda awal pergolakan rumahtangga akan tercetus!

* Orang ke-tiga?? Sibuk je orang ketiga ni kan! Yang bujang-bujang melambak lagi...orang punya jugak yang dia nak sibuk kacau! Tapi i always believe that IT TAKES TWO TO TANGO! Takkan terjadi apa-apa hal kalau pihak satu lagi tak layan.

Jadi, eloklah kita ingatkan diri sendiri (myself too) agar sentiasa berusaha untuk meng'improve'kan diri setiap hari, agar menjadi yang lebih baik demi kesejahteraan keluarga kita! Till then, Adios...

Thursday, September 10, 2009

Macam takde NAMA lain....

Akhirnya, McDonald's lost an eight year battle with a Malaysian curry house, yang telah sangat 'kreatif' menggunakan perkataan 'Mc' di hadapan nama kedai mereka 'McCurry'!

McDonald's pada tahun 2001 telah menyaman McCurry kerana menggunakan awalan 'Mc-' tu dalam nama kedai diorang, tapi Mc tu pun bukannya hak milik McDonald's. Walaupun menang, tapi saya sedih jugaklah dengan nama McCurry ni.... *hmmm*


Apapun... persoalannya sekarang, Mr P. Suppiah owner McCurry ni takde idea lain ke nak namakan restoran dia? Dahlah background pun pakai warna merah macam McDonald's! Cubalah bubuh nama lain macam errr....Suppiah Curry House ke, SUPer Curry Murry ke, Rumah Kari Suppy ke.....Rasanya, ni memang sengaja dia buat lah untuk attract attention! Katanya, McCurry stands for Malaysian Chicken Curry. Apa-apalah Mr. Suppiah.....since dah menang ni, katanya dia akan bukak lebih banyak cawangan McCurry dengan hati yang senang.


So, ada sesiapa yang pernah makan kat restoran McCurry ni? Best ke Kari Kepala Ikan dia yang kononnya special tu? :)

Wednesday, September 9, 2009

Victoria Beckham and her Clutches!

Suka sangat tengok Victoria Beckham ni kepit clutch! So very the Stylo-mylo! Jalan dengan anak-anak pun still boleh kepit-kepit clutch.....


Macam kalau kat dalam siri Desperate Housewives tu, Eva Longoria tak lekang dengan clutch dia! I like. Tapi sesuai ke nak kepit clutch kat sini time outing? Tak over ke? I cuba jugak tengok-tengok sekeliling bila pergi jalan-jalan, tapi macam takde je yang mengepit-ngepit clutch ni. Senang jadi mangsa ragut kot kalau kepit clutch kat Malaysia ni! ;p


Apapun, Jimmy Choo Rio Clutch seperti yang dikepit Posh kat dalam gambar di bawah ni, memang telah berkurun lamanya melentokkan I......dan I masih lagi terlentok bila melihatnya sekarang! Eheheh...


Lastly, kalau you all tengok kat bawah ni, trend jaket yang Posh pakai ni kononnya akan menjadi 'hit' nanti. It's a leather jacket by Balmain. Tapi kelakar pun ada jugak. But she's been wearing it to almost everywhere.


....tapi yang pasti, Hermes Kelly Travel 55cm yang warna putih tu yang outstanding sekali kan! Eheheh.

Till then, Adios....

Tuesday, September 8, 2009

INDON lagi...dan CROCS tak ori

KISAH 1 :

Tak tahu pasal apa, tiba-tiba bertimpa-timpa pulak kisah pasal INDON ni! Daripada kisah bakar bendera, kini ada laporan yang mengatakan bahawa sekumpulan Indon di Jakarta mempamerkan aksi seni mempertahankan diri kepada media kononnya sebagai persediaan untuk berperang dengan Malaysia!! Waduh...mau main kasar ya??

Tak reda soal itu, di Malaysia, Duta Indonesia pula meminta agar gaji minimum bibik-bibik Indon ditetapkan kepada RM800!!! Waduh...apa-apaan ni Pak?? Kok tempat tinggal di kasi majikan, makan minum juga disediakan.....kerja rumah juga, rata-rata majikan juga yang harus bantu-in beres-in. Masih diminta RM800?? Banyak lemaknya ya Pak? Rakan saya yang pernah menetap di Bandung hanya membayar RM20 sebulan kepada bibiknya di sana yang datang setiap hari! Dia guna sampai 2 orang bibik terus! Itupun bagi rakyat mereka, nilai itu amat besar. Supir-supir disana juga rata-rata bergaji lebih kurang RM150 sebulan! Itu belum kira gaji tukang sapu sampah, salesman dan penjual bakso jalanan....So moral of the story macam ni je la, JANGAN BANYAK SONGEH kat negara orang. Kalau rasa negara sendiri lebih baik, dengan segala hormatnya dipersilakan BALIK!



KISAH 2:

Selak The Star juga semalam, ada interesting topic on 'how to differentiate Original Crocs and the fake'! Dan menurut laporan itu juga, hanya kedai-kedai Crocs yang tersenarai di laman web mereka sahaja yang menjual original Crocs termasuk sebuah Outlet mereka di The Mines yang menjual off-season Crocs.

Selain dari yang tersenarai, semuanya menjual yang tak Ori! Baik melalui Online ataupun kedai-kedai/stalls tak bertauliah yang kononnya menjual reject Crocs (ada yang siap dengan tag dan nampak 100% ori)... kerana menurut laporan itu, mereka tidak akan dan tidak pernah menjual kasut-kasut Crocs reject kerana kesemua yang tidak menepati piawaian akan dileburkan kembali untuk dibentuk kasut baru!

Jadi, berhati-hati lah lepas ni jika ada yang menjual kasut Crocs dengan harga yang amat murah! Tapi jika anda tak kisah akan 'ke-ori-an' kasut tu, beli je lah. Cuma jangan terkena bayar mahal untuk yang tak ORI dah lah! Itu memang confirm akan makan hati dan sakit hati!! Adios.....


Saturday, September 5, 2009

INDONESIA dilanda gempa bumi lepas bakar bendera MALAYSIA???


Gempa bumi 7.3 skala richter yang melanda Jakarta baru-baru ini telah meragut nyawa 63 orang sewaktu entry ni ditulis. Yang tertimbus 60 orang dan lebih 28,000 mangsa memerlukan tempat perlindungan.

Ada suara-suara nakal yang mengatakan Indonesia dilanda gempa bumi yang dahsyat itu, selepas sekumpulan penunjuk perasaan membakar bendera Malaysia dan membaling telur di luar Kedutaan Malaysia di Menteng, Jakarta Pusat baru-baru ini, sewaktu sekumpulan rakyat Malaysia mengadakan majlis menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku pada 30 Ogos.

Dan pada 31 Ogos pula....... lebih banyak tunjuk perasaan dan perbuatan membakar Jalur Gemilang dilakukan!

Apa masalah Indonesia dengan Malaysia ni sebenarnya? Jika di Malaysia, rasanya kita semua lebih kepada sikap 'couldn't be bothered' atau 'tutup sebelah mata' dengan sikap warga Indonesia yang memecah rumah, 'merampuk' harta benda, mendera anak majikan, 'mengotorkan' negara ini.....dan rasanya setiap isu yang menyakitkan hati ini tidak pernah pun kita perbesar-besarkan!

Adakah kita terlalu memberi muka kepada Indonesia untuk memperlakukan kita sedemikian rupa?? Atau semangat nasionalisme kita yang tidak cukup menebal untuk kita bangkit memprotes? Atau media kita tidak memainkan peranan yang sepatutnya?

Di sini, saya senaraikan antara sebab atau isu yang sering dimainkan oleh media Indonesia untuk membangkitkan api kemarahan rakyatnya.....

1. Malaysia gemar mencuri kebudayaan Indonesia (menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet yag berasal dari Bali untuk mempromosikan pelancongan Malaysia)

2. Rakyat Malaysia menjadi perancang serangan bom berani mati di Indonesia. (kadang-kadang fikir, elok la jugak....sorry saya sedang marah!)

3. Malaysia mendera pekerja Indonesia. (cuma minoriti, dan pendera telahpun/akan mendapat hukuman setimpal)

4. Malaysia mempermain lagu kebangsaan Indonesia (konon lagu Negaraku adalah hakmilik mereka! Memang lagu Negaraku ciptaan mereka tetapi telah diserahkan kepada Malaysia oleh Presiden Soekarno pada awal 1960an....so SHUT UP!)

5. Malaysia menyerang Indonesia melalui internet. (???)

6. Malaysia mencuri Pulau Sipadan dan Ligitan dari Indonesia. (haishhhh...tak puas hati lagi!)

7. Malaysia menceroboh perairan Indonesia. (yang bertongkang-tongkang bot diorang datang ke Malaysia secara haram tu takpe pulak!)

Tindakan provokasi Indonesia ni umpama tiada noktahnya. Bibit kebencian ini telah mula menular kepada golongan remaja dan anak-anak di sekolah juga telah mula ditanam dengan fahaman jumud dan berbahaya ini.

Persoalannya, adakah kita akan terus membiarkan kegemilangan hubungan Malaysia-Indonesia suatu ketika dahulu terus tegang??

Friday, September 4, 2009

TEPUNG yang mana satu??

Hari ni kita cerita pasal tepung pulak. Takde apa sebenarnya. Nak beli tepung sekarang senang, tak macam nak beli gula. 2 kg seorang. Tepung ni rasanya macam dah berlambak-lambak pulak sekarang ni.

Perasan tak, dulu kalau kita nak beli tepung, brand yang ada cuma Cap Sauh dan Cap Wau je kan? Harga lebih kurang RM2.35 macam tu lah. Tapi sekarang ni (semenjak dua menjak ni), macam-macam brand tepung dah ada di pasaran!



Dan yang paling BEST tu, harga untuk brand-brand tepung yang agak baru ni cuma RM1.35!! Mula-mula tu rasa macam agak ragu-ragu nak beli, sebab dah lah harga murah sangat dan brand pun ala-ala tak pernah dengar je....kang masak jadi benda lain ke tak jadi ke, menyesal pulok!

TAPI.... hidup harus berani mencoba!! Eheheh. Err...cuba untuk benda-benda kebaikan ye......yang tak berapa baik tu tak payahlah gatal nak mencuba!


Jadi brand baru yang pertama sekali di cuba try test ialah brand Blue Key. Sebabnya brand ni pun macam famous la jugak. Harga un RM1.35. Diorang ada jugak keluarkan Self-Raising Flour, Tepung Pau dan macam-macam lagi yang dalam kotak tu. Hasilnya Ok la.... takde beza pun dengan tepung Cap Sauh dan Cap Wau. Boleh sambung beli!

Next, terjumpa pulak tepung Cap Bunga Cempaka. Macam-macam nama tepung daa....Try jugak, jangan tak try! Brand ni pun ok jugak. Tak tipu punya! :)


Dan baru-baru ni, jumpa lagi satu brand tepung baru...CAP LILI la pulak! ish..ish..ish... kenapa tiba-tiba berlaku lambakan jenama tepung ni?? Oleh sebab harga pun RM1.35, jadi kita harus jugak cuba!

Hasilnya...juga Marvellous!! Kuih dan Biskut jadi elok dan rangup. Takde beza pun dengan jenama tepung yang mahal. Yang tulis ber-Protein tinggi lah, ada zat itu zat ini...eiishhhh....sama je, TEPUNG jugak!

Jadi you all kalau nak cuba jenama tepung-tepung ni lepas ni nanti, janganlah takut dan ragu-ragu, sebab it has been tried and tested by Yours Truly. Eheheh. Tapi kalau you all masak tak menjadi ke apa ke...... err....jangan cari I ye! *Peace*

Till then, Happy cooking and Adios....


Thursday, September 3, 2009

Why PRADA... Why????


WELCOME to Prada Fall 2009 Collection..... tengah went-thru Neiman Marcus punya website semalam dan tetiba rasa nak tengok Prada punya latest collections. Tapi bila I tengok beg kat atas sebelah kanan tu, i teringat beg nenek i kat kampung. Dia pun ada beg design dan color macam tu dulu. Dah lama dah. Tapi bukan Prada la. Pokoknya, kira terer jugaklah dia sebab kalau dia pakai beg tu sekarang, fuhlamakkk 'in-season' tu my grandma! Eheheh...


Cuba tengok beg yang warna merah ada corak-corak tu...macam 'bakteria/virus' je ropanya! Sedih sungguh!


Well, I buat entry ni sebab I memang seorang Prada-Lover. I think that Miuccia Bianchi Prada is one of the greatest designers in the world. What she has done to the Prada empire is unbelievable and 'magnifique'.

Cuma sejak kebelakangan ni, tak tahulah kenapa design-design (especially bags) dia semakin mengarut. Ingat tak last season, dia keluarkan beg yang rupa macam kulit ular tu? EEEWWW.... and look at this season's collections!!!!! What do you honestly think??


Dahlah ropanya macam.......macam yang kat atas-atas tu la...harganya pulak semua nak dekat USD2,000! US Dolar ye puan-puan, bukan Ringgit Malaysia. Kalau RM, rasanya mahu dekat RM10,000!!!! Kalau beg macam kat atas ni, bagi free pun belum tentu bawak lagi. Dan rasanya kalau kita bawak jugak, sudah semestinya umur kita akan bertambah lagi 18 tahun secara automatiknya! TIDAKKKK....

Till then, Adios...

Wednesday, September 2, 2009

JANGAN makan/minum kacang SOYA lagi!!!


Waktu bukak puasa beberapa hari lepas, seperti biasa menu air minuman haruslah Air Kacang Soya-ais! Tiba-tiba, my father kata, "Tak elok sebenarnya minum Soya Bean ni. Boleh sebabkan kemandulan baik lelaki atau perempuan. Kat Singapore pun nak ban dah produk berasaskan Soya ni tak lama lagi. Di Israel dah lama ban dah!" Dia pun baru dengar cerita ni dari sorang kawan dia. *Betul ke ni?*

AIK!!! Bukan ke banyak artikel yang keluar kat paper, magazine semua cerita tentang khasiat dan kebaikan soya bean ni ke? Sebagai anti-kanser lah, sumber protein yang tinggi lah, antioksidan lah, reduce chances of osteoperosis lah, lower cholesterol level, penghilang dahaga waktu berbuka puasa (eheheh) bla bla bla. Apa sudah jadi ni??


Tak puas hati, malam tu jugak pi google cari info kat net. Terjumpa satu website ni yang menceritakan tentang the Truth about Soy! Memang betul la...rupanya Soy Beans ni dikaitkan dengan masalah Kemandulan, Breast Cancer, Hypothyroidism, Thyroid cancer and many more disorders. Kalau nak tahu lebih detail, sila pergi ke Soy Online Service ni.

Confirm habis lah lepas ni, melepassss lah......TEMPE pujaanku, KICAP kegemaranku, TAUHU idaman kalbuku dan sudah semestinya AIR SOYA kesukaanku ituUU!! *huhuhuhuh* Tapi kalau sekali sekala makan/minum soya ni ok kot kan?kan?

Tuesday, September 1, 2009

Kenapa orang suka bag ni??

The name is Longchamp Le Pliage! Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar tentang brand ni. I sendiri tak berapa familiar dengan produk keluaran brand ni, cuma kadang-kadang tertengok di magazines.

Bukan apa sebenarnya, cuma semenjak dua menjak ni, bila keluar gi window shopping ke, gi makan-makan ke, ada je ternampak orang bawak Le Pliage ni. Beg ni dah macam nak jadi the next LV Speedy dah...merata-rata ada!


Le Pliage bags are made from PVC coated nylon with leather trims/handles. Beg dia quite roomy dan boleh fold flat for storage *macam gambar kat bawah ni*. Pliage pun memang bermaksud 'fold or bend' sebab tu beg ni boleh lipat, bengkok, tergeliat dan sebagainya, dan amat sesuai untuk di bawak travelling. Macam-macam warna ada bag ni...Deep Red, Beige, Graphite, Black, Chocolate, Lavender bla bla bla.. Dan mungkin sebab harganya yang tak berapa mencekik jugalah menyebabkan ramai yang mampu membelinya dan atas faktor itu jugalah, maka ia berada hampir dimana-mana. Tapi to me, beg ni OK OK je lah, nothing outstanding!


Harganya di US tak sampai USD200 (ada a few sizes), jadi kat Malaysia tak sampai RM1,000 la agaknya. Agaknya lah sebab I tak pernah menjengah butik Longchamp ni. Ishhh...tapi setakat beg nylon...hmm...entahlah. Kalau beg Prada nylon lagi kedarah. To think that you are paying thousands of ringgit for a nylon (and canvas!) bags, kadang-kadang rasa mengarut. Rasa macam we're paying for the 'brand'(memang pun) rather than the bags. Mr Nik selalu cakap, 'That's the POWER of BRANDING!'

Till then, WELCOME BACK to work after the long holidays and Adios...

Blog Widget by LinkWithin