Friday, August 7, 2009

I won I won the BMW X6!!


Petang semalam ada orang telefon kata "I've won a BMW X6!"...at first ingatkan ada orang nak pekena ke apa...then he said "Do u remember that you've joined the American Express- This X6 Can Be Yours Competition last month? And we've chosen your slogan as the winner!"

Tergamam sekejap tak tahu nak lompat ke nak pengsan ke... Lepas tu apa yang mamat kat dalam telefon tu cakap macam dah tak berapa dengar je. Kelabu je pemandangan....


Lepas letak telefon, I cuba menjadi diri sendiri...masih lagi antara di alam nyata dan tidak. Perghhhh.... tercapai jugak cita-cita nak pakai kereta idaman! Dapat FREE pulak tu. Rezeki terpijak ni. Ehh...tapi kalau jual kereta ni, ambik cash pun bagus jugak. Buat apa bawak kereta besar-besar. Minyak mahal, nak parking susah, insurans lagi. Kalau tukar dengan cash, banyak benda boleh buat ni! Boleh pergi holiday, boleh shopping , boleh berenti kerja bla bla bla... Tiba-tiba, satu idea yang cukup baik menjelma.........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

UWEKKKK...UWEEKKKKK Ya Allah... anak aku nak susu! Pukul berapa dah ni??!!!

Maka dengan tangisan itu jua lah, saya dikejutkan dari mimpi yang cukup indah itu. Nak 'kena' betul budak ni kacau daun sungguh!!!!!

Combi Urban Walker


Ok, finally I've found 'the' Reversible Stroller dengan jayanya.*phew* And it's the Combi Urban Walker. And surprisingly, the wheels on this Combi tak lah kecik sangat. Selalunya tayar stroller Combi kan ala-ala halus je, tak sepadan dengan body. Eheheh.

And the Graco Citilite-R tu terpaksa dilupakan sebab lepas try letak baby hari tu, macam dah ngam-ngam je. Ni baru 7 months old, by the time he's 1 year...confirm 'penuh' stroller tu!!

For this Combi, size wise just nice. The seat is long and wide and can recline fully. It has higher handles plus REVERSIBLE (yang ni harus ada)!! One touch folding and opening (sangat sangat senang kerja!) and finally, it's not so heavy only 6.2kg. And oh ya...color pun quite striking, ORANGE (but they have Blue and Pink also don't worry)! Weekend ni, harus ajak 'Finance Minister' pergi membelinya!

Till then, Adios..

Thursday, August 6, 2009

Sembunyi Bayi dalam Beg Sekolah!

Tak habis-habis dengan kisah tragis bayi meninggal dunia. Sebelum ni, mayat bayi dijumpa tersekat dalam lubang tandas sekolah. Semalam pula, berita mayat bayi yang dicampak dalam sungai di makan biawak sampai hanya tinggal kepala dan tangan.

Dan hari ni pula, seorang pelajar Tingkatan 5 di Kuala Terengganu melahirkan anak seberat 3.6kg dalam tandas sekolah dan kemudian memasukkan bayi tersebut dalam beg sekolahnya!
Seorang guru terjumpa pelajar itu dalam keadaan lemah dan pucat lalu terus bawak dia ke klinik...dan sepanjang perjalanan, pelajar itu terus memeluk beg sekolahnya! Cikgu tu tak syak apa-apa sehinggalah jururawat di klinik membuka beg tu dan terjumpa mayat bayi yang telah cukup sifat tu.

Gejala sosial yang berleluasa dewasa ini akibat kurangnya didikan agama, adalah punca semua ni semakin kerap berlaku. Dalam kes ini, saya menyalahkan ibubapa kerana tidak mendidik atau mengambil tahu hal anak-anak. Bagi saya, segala baik dan buruknya sesuatu, bermula dari rumah kita sendiri!

Vitamin C Jepun!

Pernah tak dengar tentang vitamin Kawai? I terbeli vitamin ni pun secara tak sengaja 2 bulan lepas di Guardian Pharmacy selepas di promote oleh promoter dia. Siap dia bagi sample suruh rasa. Nyum...memang sedap. Tak pernah ada vitamin yang rasa sesedap Kawai ni! Eheheh.

Well, itu bukan sebab utama I beli vitamin C ni. Kita pun tahu, memang Vitamin C baik untuk sistem pertahanan badan. Selain untuk maintain healthy skin, gums etc, it is also known to be crucial to the creation of collagen (*ngee* AWET muda)! It helps heal wounds and also aids in the prevention and treatment of the common cold. Patutlah I dah jarang bersin pagi-pagi sejak makan Kawai ni!! Eheheh. Selama ni dok beli Enervon-C tapi macam tak efektif je, plus bau dia ada sikit tak best.

This red tin above adalah untuk Adults - Vitamin EC Kawai

Kawai Chewable Drops ni wujud sejak tahun 1911 lagi di Jepun. Kandungan utamanya ialah Cod Liver Oil yang mana kita tahu amat kaya dengan Vitamin A dan D yang penting untuk maintain healthy skin, hair, nails, teeth and bones. Tapi memang susah kita nak makan Cod Liver Oil ni sebab rasa dan bau dia memang tidak menyelerakan. So, in 1911 Doctor Kametero Kawai transformed this fishy-like smell cod liver oil into the Kawai Kanyu Drop - a chewable, easily digestible fruit flavored jelly drop vitamin without the 'nasty' taste! And since 1932, ALL children in Japan are required to take the Kawai drop every day!

This green tin above for kids- Vitamin C20

Nak makan dia senang je, 2 pagi and 2 malam. Kadang-kadang boleh terlajak sebab rasanya yang sangat sedap (rasa macam makan orange!). Tapi harus dikawal, agar jangan 'overdose' pulak ye!

Yang biji-biji kuning tu lah rupabentuk Kawai Drop ni!

So as the saying goes..'Prevention is better than cure', kita sekadar boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Macam jual obat la pulak hari ni...hehehe tapi bak kata ramai bloggers "Sharing is Caring" gitu!

Till then, Adios...

Wednesday, August 5, 2009

Pinggan Mangkuk Tak Halal??


Tentu anda pernah dengar jenama pinggan mangkuk (Fine Bone China) di atas ni kan? Dulu-dulu, kalau ke United Kingdom, rasanya tak sah kalau pulang tanpa at least satu set Royal Albert kan? Ye lah nak beli di Malaysia ni mahal sangat. Boleh cecah hampir RM4 ribu untuk satu set lengkap! Dan sesiapa yang berpeluang menetap lama di sana, sudah pasti berset-set koleksi di beli dan Stoke On Trent (kat tempat ni Fine Bone China boleh didapati dengan agak murah), pasti menjadi antara tempat wajib dituju kepada para pengumpul pinggan mangkuk.

Tetapi sejak kebelakangan ni, ada khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Fine Bone China ni sebenarnya tak halal! Betul ke? Ada yang kata, mereka menggunakan tulang temulang BABI sebagai salah satu bahan asas dalam pembuatan pinggan mangkuk ni. Bayangkanlah jika anda minum atau makan menggunakan pinggan yang diperbuat daripada haiwan ni!!

Saya cuba mencari jawapan melalui internet, tapi tiada satu jawapan pun yang pasti....


Memang benar tulang binatang digunakan, tetapi yang ditulis ialah 'cattle bone' iaitu tulang lembu. Tulang temulang digunakan kerana ia akan memberi warna yang lebih putih, halus dan ringan kepada produk, selain dicampur dengan tanah liat.

Penggunaan tulang temulang babi hanyalah ditulis sebagai 'berkemungkinan' oleh sesetengah Bloggers. Jadi, bagaimana ye? Ada sesiapa yang boleh memberi satu kepastian? Oh ya, tak lama dulu saya ada menonton dalam TV, Pengusaha Sweet Touch Ceramics yang terletak di Keramat (kiranya syarikat ni pengeluar Local Fine Bone lah), mengatakan yang produknya adalah 100% Halal! Erm...maksudnya, memang ada lah produk yang tak halal ni ye??

Saya rasa selagi tak ada kata putus yang tepat, terpulanglah kepada individu masing-masing. Jika anda rasa was-was, elok simpan saja pinggan mangkuk anda dalam almari buat perhiasan. Dan jika anda yakin ianya 'halal', gunakan saja tanpa was-was. Till then, Adios...

The Best Lip Balm!


Tried and tested. To me this is by far the best lip balm your lips could ever have. And it's called Lip Glow- Color Reviver Balm from Dior.

First of all, ianya tak melekit-lekit kat bibir bila pakai. (Memang pantang pakai lip balm yang sticky micky ni!)

Secondly, it reacts with the color of your own lips so it gives a very nice natural pinkishy reddish color. Somehow, the color seems to stay on your lips forever!

Thirdly, it really moisturizes your lips (plus the shine to keep your lips look healthy)!

Lastly, it doesn't cost a bomb...only RM88. So kalau lip balm you all dah nak habis tu, why not give it a try. You might like it as well!


Till then, Adios...

Tuesday, August 4, 2009

SJP welcomes twin girls!


I was going through Hello! mag tadi, tiba-tiba ternampak lah gambar kat atas ni. Comelnya baby-baby ni! Lepas tengok gambar, baru nak baca headline "Sarah Jessica Parker and Matthew Broderick welcome twins!". Aik..bila masa pulak minah ni pregnant?

Harus baca lagi ni... Hmm...rupa-rupanya pakai Surrogate Mom aka Ibu Tumpang. Patutlah tak pernah nampak pun dia pregnant dalam gambar-gambar dia yang terkini! Macam dalam my entry before this, memang surrogate mom ni dah seakan menjadi trend di Hollywood. Nak jaga bentuk body agaknya. Tapi menurut SJP, she's been trying so hard to conceive naturally, tapi tak berjaya. Tu yang guna ibu tumpang tu. She had a son already before this. Apa-apa je lah SJP...janji bahagia!

Anyway, the baby girls Marion Loretta Elwell Broderick and Tabitha Hodge Broderick were born on June 23rd at an Ohio hospital. Best nyaaa kalau dapat twins!! Tapi perasan tak, artis-artis Hollywood ni macam senang je dapat twins. J.Lo ada twins, Ricky Martin ada, Angelina Jolie ada, Julia Roberts, Marcia Cross, Lisa-Marie Presley bla bla bla. Eh..artis kita pun ada yang dapat twins baru-baru ni! Tahniah Kak Ziana Zain. Best ye dapat one boy and one girl!!

Kad Raya Zaman Sekarang??


Bulan Ramadan bakal menjelma...so apa kata kita cerita pasal Kad Raya. Eheheh..sebelum tu, puasa ganti dah selesai ke??

Sebenarnya, saya sendiri kurang pasti samada industri pembuatan kad raya ni masih boleh bernafas dengan selesa, separa selesa atau dah hampir semput. But i guess, could be the latter. Kalau dulu, setiap kali sampai minggu kedua berpuasa, sibuk pergi kedai nak cari kad raya. Nak kirim kat kawan lah, nak bagi cikgu lah, sampai dekat makbapak yang duduk serumah pun nak bagi kad raya...dan kita sendiri pun akan dapat banyak kad raya, in return. Seronok masa tu....siap gantung-gantung kat dinding rumah, kat pokok dalam rumah, bagi tambah meriah suasana Hari Raya.

Tapi sekarang ni? Kiriman Kad Raya 'SMS' atau melalui E-mail yang sering kita dapat sebagai pengganti diri. Bukan tak menghargai ingatan teman. Cuma rasanya, personal touch tu 'kureng' sikit. Setakat nak forwardkan sms tu kepada semua senarai contact dalam Phone list, rasanya siapa pun boleh buat. Ntah-ntah kita tak tahu pun kat siapa kita hantar sms tu. Main forward je..Itu pendapat saya lah.

Adakah faktor masa membuatkan kita lebih selesa menghantar SMS atau E-mail? Ye lah, tak perlu ke kedai membeli kad dan tak payah beratur di Pejabat Pos membeli setem.

Atau mungkin faktor kos membuatkan kita malas untuk menghantar kad raya? Harga sekeping kad yang standard sekarang pun dalam RM1.50. Mungkin ada yang lebih murah. Tapi jika kita nak hantar kepada 20 orang teman misalnya....belum masuk duit setem...mungkin banyak jugaklah kosnya. Tapi ini kan cuma setahun sekali. Apa? Tak tahu alamat? Hmm...macam-macam la alasan nya ye! Kata orang nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Till then, Adios...

Monday, August 3, 2009

Plain Handbags vs Monogram

Gucci New Jackie bag - Dua-dua pun cantik!

Saya ada terbaca baru-baru ni yang fashionista di Britain kini lebih menggemari plain handbags berbanding dengan yang terpampang logo-logo jenama terkemuka. Menurut survey itu lagi, Plain handbags lebih mempunyai class berbanding beg-beg berlogo yang telah terlalu banyak di'ciplak' di seluruh dunia. Just look at Hermes' handbags... plain, simple...and still costs a bomb!


All bags above from Burberry - tapi mana satu pilihan anda? Yang plain? Check besar? Atau still in love with the classic check?

Jika kita lihat, memang trend beg-beg plain ni semakin digemari. Lihat sahaja bagaimana Christopher Bailey for Burberry telah berjaya mengikis imej tartan pattern Burberry pada handbags nya, menjadi pretty 'plain' handbags. Beg Lowry misalannya lebih menyerlah tanpa pattern check.



Bagaimana pula dengan beg ikonik Speedy dari Louis Vuitton ni? Yang sebelah kanan dah berlambak-lambak di tiru dan dijinjing. Jadi memiliki yang ori bagi sesetengah orang, seakan tidak berbaloi. Jadi baik pilih yang 'plain' dari versi Epi Leather.

Tapi ada juga rumah-rumah fesyen mewah yang masih mengeluarkan banyak handbags yang bercirikan monogram. Mungkin masih ada permintaan...dan saya rasa masyarakat Asia masih menggemari design berlogo. Kenapa ye? Mungkin takut nanti orang tak tahu pulak kita pakai beg apa agaknya. Dahlah beli beg harga ribu-ribu! Eheheh.

Keempat-empat beg di atas dari Coach. Tapi untuk yang dua diatas (Maggie), rasanya lebih cantik yang berlogo kan? Dan untuk yang dua di bawah (Sabrina), dua-dua pun cun lah!! :)

Jika diperhatikan, rumah-rumah fesyen yang mengeluarkan just plain handbags adalah seperti Tod's, Hermes, Chanel (walaupun ada antara design begnya yang menonjolkan logo Double C yang amatlah besarnya), Marc Jacobs, Jimmy Choo, YSL, Prada dan banyak lagi. Dan jenama-jenama ini sering dikelaskan sebagai jenama eksklusif.

Fendi Baguette kat atas ni, elok yang plain la kan..hehehe. Yang berlogo warna warni tu macam beg budak-budak la!

Sebenarnya, terpulang kepada citarasa masing-masing. Ada yang suka menonjolkan brand beg yang di pakai, ada pula yang lebih selesa tanpa logo. Yang penting, kita sendiri tahu apa yang kita bawa! Till then, Adios...

Demonstrasi Jalanan 'Murah', Bayi Mati dalam Mangkuk Tandas


Saya cukup pantang kalau ada orang yang nak buat huru-hara dalam negara Malaysia yang aman damai ni. Sebab yang paling jelas, pernahkah ada masalah yang selesai dengan berarak beramai-ramai mengangkat sepanduk ni? Setakat buang masa saja! Dan tak pasal-pasal banyak perniagaan terpaksa ditutup hari tu dan para peniaga terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Silap-silap boleh berlaku pertumpahan darah dan kerosakan harta benda. Yang paling penting, imej negara kita yang aman, telah tercemar! Lagi satu nak tambah...hampir semua yang berarak tu orang MELAYU!! Makcik bertudung pun ada! Haiisshhh....

Tercetusnya demonstrasi adalah kerana ISA. Persoalannya, mengapa harus takut ISA jika kita tak buat salah??

Dalam kelam kabut isu ISA, keluar pula berita 'mayat bayi ditemui dengan kepalanya tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun,Kedah'. Menurut polis bayi seberat 3kg dan telah cukup sifat itu mati sejak 2 hari lalu.

Tak ada perkataan yang mampu dikata. Hanya berharap, si 'IBU' akan menerima balasan yang setimpal di muka bumi ini dan di akhirat kelak!

Blog Widget by LinkWithin