Showing posts with label Kids and much more.... Show all posts
Showing posts with label Kids and much more.... Show all posts

Friday, August 7, 2009

Combi Urban Walker


Ok, finally I've found 'the' Reversible Stroller dengan jayanya.*phew* And it's the Combi Urban Walker. And surprisingly, the wheels on this Combi tak lah kecik sangat. Selalunya tayar stroller Combi kan ala-ala halus je, tak sepadan dengan body. Eheheh.

And the Graco Citilite-R tu terpaksa dilupakan sebab lepas try letak baby hari tu, macam dah ngam-ngam je. Ni baru 7 months old, by the time he's 1 year...confirm 'penuh' stroller tu!!

For this Combi, size wise just nice. The seat is long and wide and can recline fully. It has higher handles plus REVERSIBLE (yang ni harus ada)!! One touch folding and opening (sangat sangat senang kerja!) and finally, it's not so heavy only 6.2kg. And oh ya...color pun quite striking, ORANGE (but they have Blue and Pink also don't worry)! Weekend ni, harus ajak 'Finance Minister' pergi membelinya!

Till then, Adios..

Thursday, August 6, 2009

Vitamin C Jepun!

Pernah tak dengar tentang vitamin Kawai? I terbeli vitamin ni pun secara tak sengaja 2 bulan lepas di Guardian Pharmacy selepas di promote oleh promoter dia. Siap dia bagi sample suruh rasa. Nyum...memang sedap. Tak pernah ada vitamin yang rasa sesedap Kawai ni! Eheheh.

Well, itu bukan sebab utama I beli vitamin C ni. Kita pun tahu, memang Vitamin C baik untuk sistem pertahanan badan. Selain untuk maintain healthy skin, gums etc, it is also known to be crucial to the creation of collagen (*ngee* AWET muda)! It helps heal wounds and also aids in the prevention and treatment of the common cold. Patutlah I dah jarang bersin pagi-pagi sejak makan Kawai ni!! Eheheh. Selama ni dok beli Enervon-C tapi macam tak efektif je, plus bau dia ada sikit tak best.

This red tin above adalah untuk Adults - Vitamin EC Kawai

Kawai Chewable Drops ni wujud sejak tahun 1911 lagi di Jepun. Kandungan utamanya ialah Cod Liver Oil yang mana kita tahu amat kaya dengan Vitamin A dan D yang penting untuk maintain healthy skin, hair, nails, teeth and bones. Tapi memang susah kita nak makan Cod Liver Oil ni sebab rasa dan bau dia memang tidak menyelerakan. So, in 1911 Doctor Kametero Kawai transformed this fishy-like smell cod liver oil into the Kawai Kanyu Drop - a chewable, easily digestible fruit flavored jelly drop vitamin without the 'nasty' taste! And since 1932, ALL children in Japan are required to take the Kawai drop every day!

This green tin above for kids- Vitamin C20

Nak makan dia senang je, 2 pagi and 2 malam. Kadang-kadang boleh terlajak sebab rasanya yang sangat sedap (rasa macam makan orange!). Tapi harus dikawal, agar jangan 'overdose' pulak ye!

Yang biji-biji kuning tu lah rupabentuk Kawai Drop ni!

So as the saying goes..'Prevention is better than cure', kita sekadar boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Macam jual obat la pulak hari ni...hehehe tapi bak kata ramai bloggers "Sharing is Caring" gitu!

Till then, Adios...

Thursday, July 30, 2009

Searching for Reversible Stroller

Tengah dalam misi mencari Reversible Stroller yang ringan (below 5kg) untuk menggantikan stroller sedia ada yang sudah pun berusia hampir 8 tahun! Misi telah bermula sejak beberapa bulan lalu tapi sehingga kini masih belum dikategorikan sebagai 'Berjaya'.

Antara brand stroller yang ada ciri-ciri Reversible ni ialah Capella (tapi quite heavy about 7kg, plus body goyang and tak firm), Combi (tayar dia kecik sangat la macam tak matching dengan body je), Peg Perego (quite heavy jugak, harga pun sama HEAVY jugak *tsskk*) dan Graco Citilite (4.5kg je weight dia..so far yang paling ringan, kalau takde choice lain terpaksa settle for this one je la). Tak banyak pilihan untuk Reversible Stroller ni sebenarnya. Yang Stroller roda 3 ada yang Reversible jugak, tapi kurang minat sikit la dengan yang roda 3 ni...tak tahu pasal apa. Ada tak sesiapa tahu brand lain for reversible stroller ni?

Kenapa nak cari stroller Reversible? Saja mengada-ngada supaya senang nak tengok muka baby bila time dia tidur. Ye lah bila mengadap dengan kita, rasa secure sikit. Bukanlah nak kata bila tengok kat luar tak secure...cuma kalau ada option for both, kan lagi best. Eheheh.

Harus berusaha lagi bagi menjayakan misi. Usaha tangga kejayaan... Till then, Adios...

Sunday, July 26, 2009

Kisah 4 'Negara', 1 Destinasi

Weekend yang lepas dah tekad nak bawak kiddos pergi jalan-jalan ke tempat yang berfaedah sikit. Asyik pergi 'tawaf' shopping malls, je selalu. Tak boleh jadi ni... Nanti turun pulak habit yang tak elok tu kat budak-budak. Biar mak dia sorang je cukup Eheheh...

So, dalam nak memilih tempat-tempat yang nak dibawa tu...tersenarailah beberapa tempat. Tempat-tempat yang ada ending 'Negara' tu, kira wajib masuk senarai lah kan.


Antaranya...Muzium Negara. Hmm..lama betul tak pergi Muzium Negara ni. Rasanya yang terakhir pergi pun zaman sekolah dulu. Selepas menonton Night At The Museum a few weeks back, memang plan nak bawak kiddos, because they have no idea what a museum actually is. Lepas google info on Muzium Negara, tengok-tengok diorang tengah adakan Pameran Darurat - aspek pencetus Darurat di Tanah Melayu dan pergolakan yang berlaku sepanjang tempoh 1948-1960 yang bermula dari 30 Jun sehingga 30 Ogos. Err..a bit too heavy for below-10 kiddos i think. Mungkin pameran-pameran asal masih ada, cuma...tak jadi je lah.


Next, Zoo Negara! Tapi kiddos dah pernah pergi. Plus cuaca sekarang tak menentu, kalau hujan..lebat sangat. Kalau panas..terik lah pulak. So tak jadi jugak nampak gayanya.


So next...tempat yang ada 'Negara' di penghujungnya ialah Tugu Negara! Tapi rasanya, bila pergi Tugu Negara ni, mesti banyak soalan akan muncul dari mulut kiddos. Dan jawapan-jawapannya nanti mesti banyak yang melibatkan subjek Sejarah...yang mana I dapat C4 dulu for SPM!*sedih* My knowledge on Tugu Negara pun sangatlah limitednya! Tsskkk...kena 'kensel' jugak!


Ok..what about Planetarium Negara? Hmm....anda minat Space Exploration? *Tidak* Anda minat untuk mengetahui tentang Sistem Solar kita?*Tidak* Stesen ISS? *Tidak* Roket Soyuz? *Tidak*...Sheikh Muzaffar? *YA!!* Eheheheh...CANCEL! So..mana nak pergi ni?? Masjid Negara? No..no..no.. Akhirnya, selepas berhempas pulas memerah otak, disinilah destinasi kami.....Jeng..jeng..jeng........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


............Petrosains!!! Yeayy... Sebenarnya dah sangat laaaama nak pergi ke sini..kalau nak tahu, masa zaman dating lagi! Tapi tak pernah yang jadi. Bila Arisha lahir, nak pergi tapi tak jadi jugak..then Hakim lahir..tak jadi-jadi jugak..and YES...last weekend menjadi jugak akhirnya.....selepas hampir 9 tahun!

But Petrosains is truly worth the visit. But make sure you are not in a rush, for u need at least 4 hours to explore and do all the experiments in there. 1 hour just to explore DinoTrex (banyak kisah sejarah, aktiviti dan juga 'real' dinosaurs kat sini) and the next 3 hours on Petrosains. Banyak lah benda nak buat kat dalam ni, but majority on Oil & Gas (duhh!). Sangat interesting, walaupun ada majoriti aktiviti yang makbapak sendiri tak paham, tapi jangan risau sebab terdapat ramai petugas-petugas Petrosains yang sentiasa ada untuk menjawab segala kemusykilan anda! Antara yang best, Helicopter Simulator ride, macamana rasanya earthquake, the smell of ancient air (smells macam minyak atar pun ada), kehidupan di pelantar minyak etc. Harus pergi sendiri sebab confirm best!

Till then, Adios...

Wednesday, July 22, 2009

AVENT vs TOMMEE TIPPEE


I've never heard about Tommee Tippee brand before. It has always been Avent all the way. I think most of us pakai Avent bottles and products jugak for our kids and babies kan?? Actually yang boleh terbeli Avent pun bukan sebab dia bagus ke apa ke, but jatuh cinta pandang pertama dengan tulisan 'Made in England' yang terpampang dekat depan botol tu! Eheheh teruk kan!!

Well that was in 2001...tapi sekarang ni, mana-mana u pergi pun, kalau nampak babies..mesti ada botol Avent. Yea..memang bagus brand ni. Tapi rasanya, local brands lain pun mungkin bagus jugak cuma tak pernah try.


But for my 3rd pregnancy, Mr Nik went to Scotland and accidently brought this brand back....Tommee Tippee. Time tu memang tak tahu menahu pasal brand ni, but i fell in love instantly with the shape of the bottle. Pendek and gemuk..CUTE sangat! And the teat is designed to mimic the natural flex and feels of a mum's breast! Lepas tu terus pergi Mothercare cari whether they carry the brand. Ye lah nanti nak cari 'spareparts' senang! Hmm...memang ada!!Agaknya dah berzaman dah ada..me je yang tak tahu! Price wise not much different from Avent. Tapi me rasa, guna bottle ni best sebab susu susah nak terkeluar bila shake the bottle. Kalau dengan Avent selalu terkeluar la..i don't know why.



And tengok lah design-design pacifiers dia yang sangat COMEL!!! Tommee Tippee is also a Superbrand and has made it into the list of UK's Top 500 brands. Apa-apa je...yang penting it's reliable, it's affordable and it's... CUTE! Till then, Adios..


Wednesday, July 8, 2009

Happy Birthday 'The Judge'!

Hakim a.k.a "the JUDGE" is 5 today. Cepat je masa berlalu... Anyway, promised him to do a small party at school dan dengan semangat waja dan penuh tekad nan berkobar-kobar maka tercetuslah idea untuk membuat cupcakes. Nak surprisekan birthday boy! Kan senang budak-budak tu nanti nak makan, tak payah nak potong-potong kek lagi....so i thought!

The actual Birthday Cake....

But bila cupcakes dah siap, birthday boy pulak yang bagi surprise! Dia kata dia tak nak cupcakes and wants one big cake yang ada gambar kartun! Ishhh..nak kena sebat ni! But anything to make him happy! Kena la pergi cari 'last minute' cake kat bakeri. Nasib baik ada gambar Ben 10! Tiba-tiba i terfikir, we as parents will do all we can to make our kids happy kan?...but will they be able to do the same back to us bila kita dah tua nanti?

....and this is what he wants! Hmm...


...and with 'that' cake, he's one happy boy!

As the saying goes, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum pasti dapat menjaga seorang ibu tu! Sedih bila melihat Rumah Orang-orang Tua kian hari kian ramai penghuninya. Ada yang menghantar ibubapa mereka ke situ dan terus tak ambil tahu lagi. Pasti sayu hati ibubapa apabila mengenang kembali betapa kasihnya mereka menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sewaktu masih kecil dan begini rupanya nasib mereka bila tua!

Memang betul anak-anak ibarat sehelai kain putih, kitalah yang mewarnakannya dengan warna yang kita mahu. Till then, Adios..

Friday, July 3, 2009

MAHALNYA!!!!


Dah lama rasanya tak beli action figure toys/robots for kids. I think the last time i bought pun was err..was err... rasanya macam tak pernah kot. It has always been Barney and his fellow friends, Barbie, Barney, Lego, jigsaw puzzles, Barney, Matchbox cars, askar hijau yang kecik-kecik tu and ntah apa-apa lagi. So, since demam Transformers tengah melanda ni, ambik peluang la nak beli satu for Hakim's coming 5th birthday. And memandangkan Isetan tengah SALE, apa lagi.....! Hehehe

Ada satu Bumble Bee ni sungguh cantik dan agak besar. Hati sudah berkenan dan apabila dibelek pricetag nya, alangkah terkejut beruk nya saya, apabila tertera harga RM425! I mean for just a yellow robot that can turn into a car and vice versa. Yang kecik sikit RM245 macam tu lah (tapi sungguhlah kecil untuk harga itu). Saya ketinggalan zaman lagi kah? Memang ini harga standard action figure/robot toys ke? Tension la orang-orang ni bila buat filem je, jual toys mahal-mahal...buat filem, jual toys mahal-mahal! *lepas geram*

Inilah Bumble Bee....

......and it can turn to THIS!

Cool eh? (but the price is definitely not!) Till then, Adios...

Tuesday, May 26, 2009

Macamana Nak Mendidik Anak Zaman Sekarang?


Zaman dulu, masa kita kecik-kecik kena rotan merotan ni dah jadi macam perkara biasa. Kat sekolah pun hampir semua cikgu pegang rotan. Rotan cikgu Matematik lagilah besar. Kalau dengar cara mak ayah kita di didik oleh datuk nenek kita lagi seram mendengarnya. Mak bapak jeling pun dah tahu sebenarnya dah sampai time nak kena pergi mandi. Kalau lambat jawapannya tali pinggang melekap kat belakang! Tapi hasilnya, kita lebih hormat pada orang tua. Tak tahulah samada hormat atau takut, walau apapun jawapannya, yang pasti jurang yang terbentuk antara kita dan ibubapa kita membuatkan kita hormat akan kedudukan mereka sebagai orang tua kita dan juga cikgu-cikgu di sekolah.

Tapi zaman sekarang ni, lain pula. Kononnya anak-anak zaman sekarang semakin bijak dan cepat dewasa. Jadi cara berkomunikasi yang betul sudah cukup untuk mendidik mereka. Cukup ke? Konon kita perlu ikut cara orang putih yang lebih bertoleransi dengan anak-anak mereka, lebih menganggap anak sebagai kawan. Nah..lambat laun, dengan mak bapak pun mereka boleh 'hei hei'..dah anggap macam kawan kan? Bila dah besar sikit, bila makbapak tinggikan suara terus keluar rumah tak balik. Cikgu-cikgu kat sekolah pun sekarang ni nak jentik murid-murid pun dah takut. Takut kena maki hamun dengan makbapak murid nanti. Hmmm..


Sebenarnya, ada baik jugak kalau nak diikutkan cara orang dulu-dulu mendidik anak. Kita perlu ada jurang dalam sesebuah keluarga. Antara makbapak dan anak-anak. Tak salah mendengar pendapat mereka tapi final say harus dari ketua keluarga. Kita kena jadi pendengar yang setia kepada anak-anak tapi janganlah terlalu bagi muka kat budak budak ni. Elok nak merotan pun dari kecil la, supaya dia tahu kesalahan yang dilakukan. Biarlah dia nak takut dan biarlah dia nak menangis asalkan jangan kita yang menangis di kemudian hari. Till then, Adios..

Sunday, May 24, 2009

The Best Diapers!

Ola! Today I'm going to confirmed that the best ever diapers to be used on your babies and toddlers is.... MamyPoko!! Much to be debated but i have tried and tested almost all brands available in the market. From PAMPERS to HUGGIES to some less popular ones like Sealers, Pureen and Babysoft but still MAMYPOKO rules!

U can actually use just one diaper for the whole night without even have to change it half way thru. But price wise it is a bit pricey compared to others. But Carrefour and Tesco do sometimes run promotions where u can grab a large pack for about RM43 (actual price around RM56 i think). So to those on a budget, i would suggest an economical diapers such as Drypers or Huggies for the day and MamyPoko for night! How about that?

OK why i say Pampers is not that good is because the front part is quite short. And for boys, it's not so practical plus i think it's quite thin. Huggies is ok but not for long use. Still i think the layer is quite thin. That's why i still think the best diaper is still MamyPoko! it seems like the diaper can handle endless amount of liquid! hehehe. And wait till you mention their diaper pants which is even even much better and tops the rest!So if you're still searching for the best diapers in town..look no further alright. Till then..Adios!!
Blog Widget by LinkWithin