Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Monday, August 10, 2009

The Best Hair Color in town!


Jalan-jalan a few days ago, tiba-tiba ada promoter approach tunjukkan Beauteen Hair Color (Pic above). Hmm...kebetulan memang dah due kena touch-up color rambut. Nak pergi salon malas sebab kena spend at least sejam setengah, plus sure terbang ratus-ratus punya. Ala..sekadar nak touch-up je!

Tapi, brand apa ni, tak pernah dengar pun? Well, produk ni datang dari Jepun and it is the No.1 hair color there! Harganya? Cuma RM22!! Murah murah...dah lah Made in Japan. Hehehe walaupun saya menyokong kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, tapi kadang-kadang perkara sebegini adalah tidak dapat dielakkan. *ngeee*

To me, this is the best Hair Color by far (sebelum ni pernah try L'oreal, Revlon etc.) sebab color dia cepat diserap oleh rambut, smells ok....and the best part, rambut tak jadi keras lepas basuh (biasanya lepas hair coloring dengan brand lain rambut jadi keras dan kasar).

So, sesiapa yang rambutnya dah due untuk di touch-up atau yang baru bercita-cita nak warna rambut, bolehlah cuba produk ni. Oh lupa nak cakap..ianya boleh didapati di Watson. Till then, Adios...

Wednesday, August 5, 2009

The Best Lip Balm!


Tried and tested. To me this is by far the best lip balm your lips could ever have. And it's called Lip Glow- Color Reviver Balm from Dior.

First of all, ianya tak melekit-lekit kat bibir bila pakai. (Memang pantang pakai lip balm yang sticky micky ni!)

Secondly, it reacts with the color of your own lips so it gives a very nice natural pinkishy reddish color. Somehow, the color seems to stay on your lips forever!

Thirdly, it really moisturizes your lips (plus the shine to keep your lips look healthy)!

Lastly, it doesn't cost a bomb...only RM88. So kalau lip balm you all dah nak habis tu, why not give it a try. You might like it as well!


Till then, Adios...

Sunday, July 19, 2009

Lupakan Bulu Mata Palsu!


Hari ni nak cakap pasal mata. Orang kata kecantikan bermula dari mata, sampai ada pepatah yang mengatakan, 'dari mata turun ke hati'. Jadi salah satu cara untuk mencantikkan mata dengan mudah, jom kita try benda ni. Tak pasti berapa lama dah produk ni wujud di pasaran, yang pasti saya baru saja tahu mengenainya bulan lepas. Pernah tak dengar tentang "Angel Eyes" by Tsuya Tsuya (nama produk tak nak kalah!)??

Angel Eyes Picture credit to Shinyshampoo.com


Ok fungsi Angel Eyes ni ada 2, sebab produk dia pun ada dua. Satu for Volumising (untuk mereka yang berbulu mata sikit dan halus) dan satu lagi for Lengthening (untuk memanjangkan bulu mata yang pendek). Rasanya orang Asia perlu pakai dua-dua sekali kot. Oh ya lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni sebenarnya bukan Mascara tapi FIBERS. Alah... macam bulu-bulu/habuk-habuk halus yang diletakkan dalam bekas mascara. Jangan risau, ianya adalah selamat untuk mata yang sensitif. Penggunaannya secara kerap juga akan dapat dapat memanjangkan bulu mata anda secara semulajadi (yang ni macam susah nak percaya sikit la!) kerana ianya mengandungi Pro-vitamin B. Cara penggunaan :

1. Sapukan one layer of mascara (mascara brand apa pun takpe, tak payah beli brand Tsuya Tsuya jugak walaupun di promote bagai nak rak oleh promoter dia).

2. Letakkan Volumising Fiber yang berwarna hitam (lapik tisu bawah mata sebab fiber tu akan jatuh sedikit sebanyak kat bawah mata..tapi tak lapik pun tak pe, Aiman tak kisah).

3. Sapukan sekali lagi mascara.

4. Letakkan Lengthening Fiber yang warna putih pulak (tak leceh..sonang jo..cuba dulu!)

5. Sapukan mascara kali terakhir untuk mata yang menawan! (kalah mata Rozita Che Wan!)


Macam ni la rupa Fiber tu...tapi ni brand Make-Up Forever punya... tak pernah try lagi.


Memang terbukti Lash Fibers ni lebih senang nak pakai compared to bulu mata palsu. Result nya pun lebih kurang je macam pakai bulu mata palsu! Tapi walaupun bulu mata palsu ni tengah trend sekarang, kena ingat bukan semua orang sesuai pakai. Kadang-kadang mata boleh nampak juling...tak pasal je. Dah lah tu tak boleh pakai lasak-lasak, silap haribulan, tertanggal lah pulak. Sedar-sedar sebelah ada, sebelah ntah ke mana. Plus leceh sebab kena apply gam la, then kena tunggu kering la. Lagipun pakai bulu mata palsu memang tak selesa. Rasa macam menyucuk-nyucuk je.


Macam-macam design bulu mata palsu ada dijual sekarang. Yang warna warni macam bulu ayam pun ada! Hishh....

Tapi bagi anda yang dah memang dikurniakan bulumata yang semulajadi melentik, tak payah lah nak membazir duit beli benda-benda ni. Cukup sekadar mascara je kalau gian sangat nak pakai (hmm..bertuah orang-orang ni).

This is one of the best mascara Loreal has ever created!


Lupa pulak nak bagitahu, Angel Eyes ni boleh didapati di Concourse Level Isetan KLCC dengan harga RM79 setiap satu, boleh pakai sampai setahun lebih kalau guna hari-hari, tapi kalau guna seminggu sekali,hmmm... 3 tahun pun tak habis rasanya! (selain dari KLCC tak tahu kat mana lagi ada jual...tapi kalau terjumpa outlet Tsuya Tsuya kat tempat-tempat lain mesti ada punya Angel Eyes ni). Jadi..selamat mencuba! Adios...

Tuesday, June 2, 2009

SK II - The Best For Your Skin!


Tried and tested many products before, from Estee Lauder, Clinique, Dior to Olay and L'oreal. But i must say, what drives me to SKII is definitely the Miracle Water. Been wanting to give it a try long time ago but i always hesitated saying how much difference can this brand be from the other leading brands i've used. But i was totally wrong! I haven't even finish my first bottle of the Miracle Water but have already seen changes in my skin. Less oily, even skintone and in fact clearer skin. No, nobody pays me to say all these. But I'm just sharing what i think might just as well work for you people.



The Facial Treatment Essence dubbed as the Miracle Water by many!


The Miracle Water contains 90% pure Pitera (yea.. you can tell it from the smell, very yeast like and not so pleasant. But you'll get used to it after awhile). It balances skin's pH, sebum secretion, moisture and oxygen levels so that the oily area becomes less oily and dry area becomes more moisturized.

After being successful in my first try-out, I started changing my entire skincare to SKII starting from the most important tool - the eye cream! Yea you have 2 choices for the eye cream. The first one is the Signs Eye Cream which basically does everything from tightening the eye area, reduce puffiness and dark eye circle and lightens fine lines.


Signs Eye Cream


Then the second eye cream of your choice is the Advanced Eye Treatment Film. It's oil-free and provides long lasting hydration around the eye area, increasing suppleness and reducing dullness.


Advanced Eye Treatment Film

So, let's get back to the very first step. Before applying all the said things above, start with the basic. Cleanser, Toner and Moisturizer! (I always skip the Toner part, and in this case the Miracle Water acts as a toner to me!)



First Step : Remove all your make-up with the Facial Treatment Cleansing Oil (this is really good as it can also removes Waterproof mascara in a go!)


Second step : Cleanse off with the Facial Treatment Cleanser before applying the Miracle Water.

Third Step : Apply on the Signs Treatment Totality (the best ever Moisturizer)

And kalau suka nak memanjakan diri, boleh lah jugak guna Signs Eye Mask...



...dan Facial Treatment Mask ni seminggu sekali!


Tapi kalau taknak pakai mask pun takpe. Yang penting 3 basic steps tu kena ikut dan buat setiap hari! Tak kiralah brand apa pun yang kita pakai...pokoknya mesti mau rajin dong! Till then, Adios..

Tuesday, May 26, 2009

TUA vs MUDA


Semua orang memang suka tengok yang cantik-cantik. Kalau boleh, nak memiliki semua yang cantik-cantik belaka. Memang betul tapi kerana masyarakat sekarang dah terlalu obses dengan kecantikan 'melampau', sampai ada yang sanggup menghalalkan yang haram...macam botox, plastic surgery sampai hilang rupa wajah asal! Kadang-kadang ngeri nak tengok wajah mereka ni yang rata-rata hampir sama saja semua. Dagu panjang, batang hidung terletak, high cheekbones yang keras sampai facial expressions pun dah tak dapat buat dengan betul!

Priscilla Presley (result of a surgery, mudanya...opps!)

Tapi salah siapa? Masyarakat yang berkehendakkan mereka sebegitu kan? Bila dah berkedut sikit, dikata TUA dan dikategori 'tak lawa'. Tak bolehkah masyarakat melihat 'lawa' dari sudut pandangan yang berbeza. Tak semestinya yang tegang tu lawa. Tempias ni bukan terkena pada kaum hawa saja. Kaum adam pun dah pandai mula nak buat surgeries! Nak tergelak pun ada bila tengok wajah-wajah 'hero' plastik kat Malaysia ni. Kita yang salah sebenarnya. Dulu bila Rosyam Nor asyik jadi hero, kita mengeluh kononnya Hero Tua! Perli lah tu...Tapi yang hairannya bila George Clooney atau Al Pacino jadi hero..filem box office jugak. Takde pulak yang komplen.

Sama la macam Penyampai Berita kat Malaysia ni. Terkena jugak tempiasnya. Bila Harjit Singh atau Farit Ismeth baca berita, katanya 'bila nak pencen?' Nak yang muda-muda jugak baca berita sampaikan hilang kredibiliti dan keseriusan berita itu sendiri. Hello..ini bukannya rancangan Remaja atau pun Pop Kuiz ataupun Melodi yang mesti penyampai atau pengacaranya muda remaja, kualiti suara ala-ala tupai tersepit celah pokok. Itu belum masuk bab sebutan yang ntah apa-apa..main hentam keromo je. Apa dah jadi ni. Nak harap rupa yang muda saja ke? Tapi kalau Larry King atau apa ntah nama weatherwoman CNN yang gemuk tu, Tori Amos ke...ok saja diorang bekerja. Takde pulak komplen dengar CNN punya rating merudum ke apa ke. Tengok BBC atau CNBC presenters and newsreaders hampir semua 'seniors' dan berpengalaman. Di situlah terletaknya ranking sesebuah program dan kredibilitinya. Tapi di Malaysia ni? Kononnyalah nak mencontohi CNN, tapi apa yang dicontohi pun tak tahulah. Lemah la sebenarnya nak menulis hal ni. Ok lah..Adios..
Blog Widget by LinkWithin