Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Gemok@Fatty Bom Bom

Hallo!!!!!!!!!! Ogenki desuka??

Macamana Raya tahun ni?? Mine was GOOD Alhamdulillah! Ditambah dengan cuaca yang baik Raya pertama dan kedua tu...senang nak pergi menjelajah dari rumah ke rumah. :)

Seperti biasa, makanan wajib Raya seperti Lemang, Ketupat, Rendang, Nasi Impit, Lontong memang menu wajib di setiap rumah. Memang RUGI siapa yang tak makan. So bila dah 2 hari berturut-turut menjamah menu yang sama, maka pagi Raya ke-3 dah siap pergi McDonald's drive-thru beli Mc Breakfast! hehehe...Tengahari makan Maggi dan malam makan Pizza Hut! Hahahah...semua menu yang dah sebulan tak makan masa bulan Puasa!

Jadi dengan menu-menu yang tersenarai, mana tak bertambah lipatan lelemak di badan kan?? kan?? :( Selalu orang cakap bulan Puasa turun 2kg, seminggu Raya naik 5kg! Tapi bagi sesiapa yang bulan Puasa pun tak turun berat badan...hmm...lagi hampeh!*sedih*


Kenapa kita senang GEMUK dalam masa sebulan saja beRAYA?

#1 : Kadar Metabolisme kita menurun sewaktu kita berpuasa selama sebulan, jadi bila 1st dan 2nd day Raya tu, dengan segala macam juadah dibedal, ditambah dengan metabolism rate yang baru terhegeh-hegeh nak speed up, mana taknya berdouble-double tambah berat badan.

#2 : Juadah Raya yang sememangnya berkalori tinggi - seperti Lemang & Ketupat (tak lemak tak sedap!), Rendang (tak berminyak tak umpphhh!!), Biskut Raya yang berwarna -warni (tak manis bukan biskut namanya!)

#3 : Open House - rasanya bermula minggu ni dan seterusnya akan panjang lebar list dan SMS yang menjemput kita ke rumah-rumah terbuka kan? Takkan nak tolak pelawaan orang kan..dan kalau dah pergi takkan nak tengok je Nasi Briyani, Soto, Kambing Golek dan Mee Rebus tu?? Rugi..rugi.. alah...sebulan ni je nak maka meriah macam ni! (haa...elok lah tu!)

#4 : Takde masa nak Exercise sebab BUSY baru start balik kerja, nak pergi open house lagi bla bla bla... (macam la bulan-bulan lain tu rajin bebenor exercise nya!) *dooshhh kedebabow*

Jadi kesimpulannya, untuk tempoh jangka masa panjang eloklah kita beringat-ingat waktu makan tu (cakap sonang la!). Sebelum segala macam penyakit datang menyerang, control la apa yang patut. My mother selalu pesan, 'SEMUA benda kita boleh makan, cuma makan dalam kuantiti yang sikit dan berhentilah sebelum kenyang! Tak perlu sekat, itu tak boleh, ini tak boleh...kufur nikmat!' (tapi kadang-kadang bila dah start makan tu, boleh lupa donia!)

Till then, Adios!

P/S: Since dah lama saya tak masuk Blog ni (very the busy with Raya plus my adik nak kahwin bulan ni), sure dah miss macam2 interesting story mory you all semua. Takpe, akan ku gagahi membacanya (dan mengomen mana yang patut!) satu persatu bermula malam ni, memandangkan saya kerja syif malam hari ni! Huhuhuhu...


Wednesday, September 2, 2009

JANGAN makan/minum kacang SOYA lagi!!!


Waktu bukak puasa beberapa hari lepas, seperti biasa menu air minuman haruslah Air Kacang Soya-ais! Tiba-tiba, my father kata, "Tak elok sebenarnya minum Soya Bean ni. Boleh sebabkan kemandulan baik lelaki atau perempuan. Kat Singapore pun nak ban dah produk berasaskan Soya ni tak lama lagi. Di Israel dah lama ban dah!" Dia pun baru dengar cerita ni dari sorang kawan dia. *Betul ke ni?*

AIK!!! Bukan ke banyak artikel yang keluar kat paper, magazine semua cerita tentang khasiat dan kebaikan soya bean ni ke? Sebagai anti-kanser lah, sumber protein yang tinggi lah, antioksidan lah, reduce chances of osteoperosis lah, lower cholesterol level, penghilang dahaga waktu berbuka puasa (eheheh) bla bla bla. Apa sudah jadi ni??


Tak puas hati, malam tu jugak pi google cari info kat net. Terjumpa satu website ni yang menceritakan tentang the Truth about Soy! Memang betul la...rupanya Soy Beans ni dikaitkan dengan masalah Kemandulan, Breast Cancer, Hypothyroidism, Thyroid cancer and many more disorders. Kalau nak tahu lebih detail, sila pergi ke Soy Online Service ni.

Confirm habis lah lepas ni, melepassss lah......TEMPE pujaanku, KICAP kegemaranku, TAUHU idaman kalbuku dan sudah semestinya AIR SOYA kesukaanku ituUU!! *huhuhuhuh* Tapi kalau sekali sekala makan/minum soya ni ok kot kan?kan?

Wednesday, August 26, 2009

HUGE HANDBAGS = TORTURE!!

Sekarang ni memang tengah trend handbag BESAR kan? Pusing kanan pusing kiri semua orang bawak big bags. Beg kecik-kecik ni simpan untuk pergi Dinner dah lah. Tak sesuai nak bawak pergi office or shopping or taman bunga.

Katie Holmes and her Hermes HAC - rasanya dia pun muat masuk dalam beg Merah tu! Apapun, I loike da' bag!


Banyak faedahnya handbag besar ni sebab segala macam benda boleh masuk. Dari air botol, make-up pouch, hair brush, hair spray (over tak bawak hair spray dalam beg?), sandwich, snacks, pampers anak (emergency punya!) dan sudah semestinya purse kita yang tersayang tu! Selain tu, boleh membantu membakar kalori dengan lebih cepat berbanding kalau bawak beg kecik dan ringan.*eeheheh ye ke?*

Hahh...ambik dua-dua bahu dia sangkut beg! Baru balance! Eheheh...

My mom selalu cakap my handbag macam ada batu-bata kat dalam sebab berat sangat. Tapi bagi i , biasa-biasa je.

Ehh...ini bukan I, ni Beyonce ye! Seganlah nak load gambar sendiri dengan beg besar! :)


Tapi mengikut kajian, a size of a bag is never a problem, but the weight! A big bag can be packed lightly, tapi oleh sebab dah beg tu besar, maka akan ada tendency untuk kita menyumbat segala macam benda kat dalam beg tu!


HOW MUCH IS TOO MUCH THEN?? According to an orthopaedic surgeon in Illinois, USA...."Anything that can causes pain is too heavy. Carrying a heavy bag won't cause permanent skeletal deformity but it will hurt a lot because the shoulder muscles bear constant stress".

Jadi, di sini diperturunkan beberapa TIPS bagi membantu mengurangkan kesakitan bahu kita :-

1. Kalau bawak beg besar tu, elok ditukar-tukar silih berganti antara bahu kanan dan kiri. Bagilah, dua-dua bahu sama-sama merasa akan keberatan beg tu!

2. Selalulah bertukar-tukar handbag (janganlah pakai beg yang sama setiap hari).

3. Sampai kat ofis, tukarlah kepada beg yang lebih kecik sikit untuk keluar lunch.

4. Bila nak beli beg, eloklah beli bag yang ada 'wider Straps' sebab ia akan bantu distribute weight tu over a broader area on the shoulder. Mungkin ramai yang lebih suka beg-beg tali halus, tapi wider-strap bags could be a shoulder-saver!

5. Buy a backpack-style bag to better distribute the weight. Tapi bag style backpack ni to me tak berapa feminin la kan and nampak macam budak-budak remaja sikit. Entahlah..not my taste kot.


6. Last but not least.... Tepuk dada tanya selera! Yang penting kita sendiri rasa selesa dengan apa yang kita galas. Jangan seksa diri untuk be in-style cukup! Adios...

Wednesday, August 19, 2009

High heels??? Think again!


Entry pasal high heels Victoria Beckham hari tu, mendapat pelbagai reaksi. Itu pendapat masing-masing la kan...no harm done. Tapi semalam Mama Atiq tanya kenapa tak tunjukkan saja gambar kaki Victoria Beckham yang dah buruk tu disebabkan pakai kasut tumit tinggi banyak sangat?

Apa lagi, balik rumah terus google cari gambar kaki dia.....hmmm tak jumpa lah pulak. Tapi, nak share dengan you all semua graphics kat bawah ni, yang tunjuk akibat pakai kasut tumit tinggi. Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu...so let's share this together ok?


Benda BUNION ni la yang si Victoria Beckham tengah suffer. Tapi masih tak serik-serik nak pakai high-heels. Takpe... janji stylo, sakit belakang kira!


Last but not least, Please go here for more info on Why High-Heeled shoes are BAD for the Body!

Till then, Adios...

Saturday, August 15, 2009

Perlukah Tahap Kerisauan yang Terlampau?


Mungkin perlu..... Sebab jumlah kematian di negara kita akibat virus SELSEMA BABI atau nama glamornya Influenza A H1N1 sudah menghampiri 60 orang sewaktu saya menulis entry ini.

Dulu kita takut untuk ke luar negara....kini, di dalam negara sendiri pun sudah tak selamat lagi. Nak bawa anak jalan-jalan, baik tangguh la dulu. Nak window shopping? Tak penting...Baiklah perap kat rumah lagi selamat. Nak pergi kerja? Sekolah? Hmm...nasib baiklah sekolah nak tutup lagi seminggu. Harapnya, penularan virus ni dapatlah dibendung sedikit sebanyak.

Tak tahu sampai bila virus ni akan terus berada di sini...mungkin selagi masih ada 'perumah' untuknya, selagi itulah virus ini akan terus bermaharajalela. Cuma yang boleh kita buat.....

1. Jaga kebersihan (cucilah tangan dan mandi dengan sabun antiseptik walaupun benda ni nampak remeh).

2. Sentiasa pantau kesihatan ahli keluarga dan diri sendiri. Kalau demam atau selsema makanlah ubat. Jangan nak berlagak HERO konon boleh baik sendiri! Kalau demam tak reda jugak pergilah jumpa doktor.

3. Jauhilah diri dari orang yang ada simptom-simptom seperti batuk, demam dan selsema. Tak payah lah nak ajak dia bersembang atau main dam!

4. Kalau harus jugak ke tempat-tempat awam, gunalah mask. Kalau tak selesa pakai mask (cakap lemas lah apa lah..), elok duduk kat rumah je lah.

Semoga dengan langkah-langkah dan usaha kecil yang kita buat ni, akan dapat membantu mengurang atau menghapuskan terus virus SELSEMA BABI ni!!

Thursday, August 6, 2009

Vitamin C Jepun!

Pernah tak dengar tentang vitamin Kawai? I terbeli vitamin ni pun secara tak sengaja 2 bulan lepas di Guardian Pharmacy selepas di promote oleh promoter dia. Siap dia bagi sample suruh rasa. Nyum...memang sedap. Tak pernah ada vitamin yang rasa sesedap Kawai ni! Eheheh.

Well, itu bukan sebab utama I beli vitamin C ni. Kita pun tahu, memang Vitamin C baik untuk sistem pertahanan badan. Selain untuk maintain healthy skin, gums etc, it is also known to be crucial to the creation of collagen (*ngee* AWET muda)! It helps heal wounds and also aids in the prevention and treatment of the common cold. Patutlah I dah jarang bersin pagi-pagi sejak makan Kawai ni!! Eheheh. Selama ni dok beli Enervon-C tapi macam tak efektif je, plus bau dia ada sikit tak best.

This red tin above adalah untuk Adults - Vitamin EC Kawai

Kawai Chewable Drops ni wujud sejak tahun 1911 lagi di Jepun. Kandungan utamanya ialah Cod Liver Oil yang mana kita tahu amat kaya dengan Vitamin A dan D yang penting untuk maintain healthy skin, hair, nails, teeth and bones. Tapi memang susah kita nak makan Cod Liver Oil ni sebab rasa dan bau dia memang tidak menyelerakan. So, in 1911 Doctor Kametero Kawai transformed this fishy-like smell cod liver oil into the Kawai Kanyu Drop - a chewable, easily digestible fruit flavored jelly drop vitamin without the 'nasty' taste! And since 1932, ALL children in Japan are required to take the Kawai drop every day!

This green tin above for kids- Vitamin C20

Nak makan dia senang je, 2 pagi and 2 malam. Kadang-kadang boleh terlajak sebab rasanya yang sangat sedap (rasa macam makan orange!). Tapi harus dikawal, agar jangan 'overdose' pulak ye!

Yang biji-biji kuning tu lah rupabentuk Kawai Drop ni!

So as the saying goes..'Prevention is better than cure', kita sekadar boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Macam jual obat la pulak hari ni...hehehe tapi bak kata ramai bloggers "Sharing is Caring" gitu!

Till then, Adios...

Blog Widget by LinkWithin