Thursday, June 11, 2009

PIZZA oh PIZZA


OK memang tengah angin nak cerita pasal makan je ni...and kali ni pasal Pizza. Pizza ni seperti yang semua tahu berasal dari Itali. Actually it all started in Naples in the 16th century. Pizza ni pada masa tu merupakan makanan untuk orang-orang miskin dan banyak dijual di tepi-tepi jalan. Tapi sekarang ni, hmm...harga pizza boleh tahan.



Kalau sebut pasal restoran pizza, yang paling famous kat Malaysia sudah semestinya Pizza Hut! Ye lah, i think because it's the oldest pizza chain-restaurant in Malaysia. Asal dari Amerika, tapi kalau pergi US, nak nampak kelibat Pizza Hut ni pun payah. Pendek kata, kat sana restoran ni tak popular mana pun! Mungkin sebab dah terlampau banyak outlet pizza yang lebih best kat sana. Tapi Pizza Hut ni ikut luck sebenarnya. Kadang-kadang dapat pizza sedap, perfect, kadang-kadang toppings dia...alahai macam kedekut gila!



Dan antara yang boleh di kategorikan popular di Amerika ialah Domino's Pizza. Famous because of their delivery service sebenarnya. Ye lah kat sini pun, Domino's boleh guarantee delivery time in 30 minutes or a FREE regular Pizza voucher! Pizza diorang pun memang sedap dan tak pernah fail! Garlic Twisty Bread dia pun...SUPERB! Lapar dah ni!



Shakeys Pizza (tapi bukan kat Malaysia-pix from net)

OK whatabout Shakeys Pizza? Sebelum tu nak tanya...ada lagi ke Shakeys kat Malaysia? Rasanya macam pernah nampak...tapi di mana ya? Dulu ada satu kat Taman Tun tapi dah tutup. Apapun, pizza dia dough tebal so tak sedap sangat.



Pizza yang paling sedap yang pernah dimakan rasanya kat Piccolo Mondo lah (Tapi gambar kat atas ni ambik from web jugak..bukan restoran kat Malaysia ye) Memang confirm takde outlet lain yang boleh lawan, especially Pizza Diavola dia. Tapi frustrating gila sebab outlet dia di Kelana Jaya dah tutup, outlet di MidValley pun tutup. Tinggal kat Bukit Bintang je. Kenapa ye? Ramai yang tak suka food dia ke? Or ramai yang tak tahu betapa marvellous nya food dia? Hehehe. Apapun this outlet gets a 90% score from mo' (kira almost perfect la).




Next stop kita pergi California Pizza Kitchen. Pizza dia sedap jugak. Dough nipis and nice toppings. Nothing else to say. Kedudukan restoran yang strategik di KLCC and facing the park is a plus point for all food (pizza) lovers to come here.



Ok another new pizza outlet is Papa John's. Situated in Berjaya Times Square KL, this outlet datangnya dari Amerika jugak. Boleh tahan la rasa pizza dia. Toppings tak kedekut. Tapi rasanya Domino's Pizza lagi sedap. Dough is soft, crispy and nice cuma service dia ala-ala slow sikit.




And last but not least, latest addition kepada restoran-restoran pizza yang dah melambak kat Malaysia ni ialah Yellow Cab Pizza Co. Jangan salah sangka pulak, walaupun nama dia Yellow Cab, tapi asal dia bukan dari Amerika tapi dari jeng..jeng..jeng..the Philipines!

Ok the pizza is nice. The dough is soft and seperti biasa toppings tak kedekut macam Pizza Hut... cuma kalau order pizza yang ada toppings Ground Beef, ada satu smell yang wangi dekat ground beef tu. Tak tahu nak describe macam mana la. Tapi bau wangi tu macam tak berapa kena bila makan pizza. Mungkin tak biasa kot. Entahlah.


Delivery Scooter Yellow Cab Pizza Co. - cute kan!

Senarai pizza outlets kat Malaysia tak terhenti di sini. Restoran Itallianies di One Utama, Mad About Pizza di Kota Damansara etc...Cuma senarai kat sini, tempat-tempat yang popular dan sedap saja. Mungkin banyak lagi Pizza outlets yang best-best yang memerlukan promosi yang lebih hebat agar kita dapat memperluaskan lagi selection bila teringin nak makan pizza! Till then, Adios...

Wednesday, June 10, 2009

GUCCI SALE!


Hi people. Gucci SALE is back! Starting from the 3rd of June till end of this month if i'm not mistaken. Anyway, tak berkesempatan nak menjenguk lagi but surely hot bags will fly fast with 30% discount or more. So since tak sempat pergi tengok SALE in KL, elok jugalah cuci mata the cyber way aka tengok internet je lah.


Kat website GUCCI US, the SALE is also on. Beg D Gold Medium kat atas tu cuma USD459 from USD655. Kalau convert to RM tak sampai RM1,600.


Babouska Medium tote kat atas ni pulak from USD 940 to USD559. For an all leather bag, i think it's worth it.



And my dream Hysteria Clutch ni pun on sale jugak. Cuma i tak berapa berkenan the print. Kalau in Guccisima leather or Gucci canvas or the black patent canvas ok la jugak. But namapun Sale, mestilah yang saki baki orang taknak beli diorang jual murah. Well anyway the clutch goes for USD749 from USD1250.



And last but not least the bag above! Pun on sale jugak! Bestnya!!! Kat KL ada tak on sale?? In US it goes for USD1609 from USD2690! EEE geramnya! Apapun kalau anda ada member or saudara kat US bolehlah suruh diorang orderkan. Kalau tak..setakat tengok je lah ye! Till then, Adios..

Tuesday, June 9, 2009

GILA DONUT!!


Tiba-tiba rakyat Malaysia jadi Americans yang sememangnya gilakan DONUT! Di Amerika, merata-rata ada kedai donut. Merata-rata kita tengok orang makan donut. Tak perlu donut yang ada jenama, yang jual kat kedai-kedai biasa pun sedap-sedap dan gebu-gebu. hehehe.

Tak tahu macamana trend makan donut ni boleh menular pulak ke Malaysia. Dulu cuma ada kedai Dunkin Donuts je kat sini. Itupun, orang yang masuk kedai tu boleh dikira dengan jari. Kalau Dunkin Donuts yang ada di stesen-stesen minyak tu, bolehlah kira ramai jugak orang. Tapi donut dia tak berapa sedap la. Macam kering sikit and sometimes keras. QC tak jaga la tu!



Tapi, sejak J.Co (asal company ni dari Indonesia) mula bertapak di Malaysia... ramai pula yang mengaku suka donut. Bukan setakat suka je, dah ke tahap gila donut lah sebab sanggup beratur panjang kat Pavilion KL tu waktu mula-mula dibuka! (penulis pun beratur sama jugak sebab nak merasa kesedapan donut ni!). Bila dah beratur sampai dekat setengah jam tu, tak berbaloi lah nak beli setakat 2 biji donut je. Maka masing-masing pun dilihat mengangkut sorang 2 dozen! Hmm... Tapi kan, kalau makan donut J.Co ni memang tak terasa sebab texture dia ringan semacam. Kena pulak dengan coffee...Makan 2 biji pun tak kenyang! Bahaya..bahaya...



Tapi sebenarnya sebelum J.Co buka cawangan di KL..ada sebuah kedai donut by the name of Big Apple membuka kedainya di The Curve, Mutiara Damansara. Donutnya boleh dikatakan serupa sangat dengan donut J.Co. Tak pasti samada pemiliknya merupakan bekas shareholder J.Co atau dia berjaya mendapat resepi rahsia J.Co sebab di Indonesia J.Co is so very successful, so maybe Big Apple was created out of J.Co's popularity! (Perasan tak logo diorang pun hampir sama) Waktu Big Apple mula dibuka, queue pun boleh tahan panjang juga!




Dan kehadiran kedai donut terbaru dan yang ditunggu-tunggu ramai sudah tentulah KRISPY KREME (originated from America)!!! Kononnya siapa pegi US kalau tak makan Krispy Kreme memang tak sah! Dulu kalau teringin nak makan Krispy Kreme paling dekat pun kena pergi Jakarta. Tapi last few weeks waktu berkunjung ke kedainya di Berjaya Times Square, terkejut jugak because there was no queue at all!! Was there lack of promotions? Or was it the rumours spread that the doughnuts are too sweet?



To me the winner here is definitely Krispy Kreme. Texture donutnya lebih kenyal and Classic Glazenya memang sedap. Glaze dia kering the way it should be. Tak macam glaze donut lain yang basah belengas! Oleh sebab kekenyalannya, maka makan satu donut pun dah kenyang. Hehehe. Till then, Adios...

Monday, June 8, 2009

Hail to PAVILION KL!


Pavilion KL has won the Prestigious Fiabci Prix D Excellence Awards 2009 (Fiabci) or the International Property Awards (retail category) - mengalahkan 26 kompleks beli belah dan projek hartanah ternama dunia yang lain. Wah bangganya!
Tapi memang best kalau pergi shopping or window shopping kat sini kan? Spacious dan tenang sikit compared to other malls in town. Well, kalau nak yang lebih tenang, Star Hills la jawabnya... but surrounded by posh boutiques alone kadang kala membosankan jugak. In Pavilion you can have all kinds of shops under one roof. From luxury to highstreet to Parkson and Tangs! So, good job Pavilion KL!

Pavilion KL's centrecourt

Sunday, June 7, 2009

Sense of FASHION??

Nora Danish

Beberapa hari lepas, selepas tertengok iklan air Bio-Aura, tergerak nak tulis entry ni. I've seen the ads a few times but not until Mr B said 'la..pakai tudung tapi baju ketat. Apa maknanya tu!' (well he's referring to the lady yang berlakon iklan tu!).

It's not the issue of pakai tudung atau tidak. Tapi sejak kebelakangan ni, pakaian wanita islam Malaysia dah semakin seksi. Tapi kalau tanya diorang, dengan defensive nya mereka akan kata kalau nak ikut seksi, pakai baju kurung pun boleh seksi. And to them, setakat nampak lurah dendam sedikit sebanyak tu tak seksi pun!

Dalam akhbar pun sering kita baca dalam ruangan ruangan forum, komen masyarakat tentang pakaian artis-artis kita. Kalau ada acara Red Carpet..fuhh..mengalahkan Academy Awards je pakaian diorang. Why we may ask?? Adakah mereka ni rasa terkebelakang kalau pakai dress yang tak nampak bahu dan dada? Or adakah kerana baju sponsor, maka mereka terpaksa menyarung juga mahu tak mahu??


Ayu Raudhah

Atau adakah cara begini salah satu langkah untuk mempromosi diri mereka agar laku untuk berlakon atau dapat tawaran menyanyi?

Minggu lepas tertonton Konsert Jom Heboh di TV3. Ada seorang penyanyi wanita baru, pakai skirt yang agak pendek (atas lutut), menyanyi lagu yang agak rancak (terlompat-lompat) dan cameraman pula ambil shot dari bawah pentas. So, anda boleh la buat gambarannya ya. Tapi yang kelakar tu, bila nak buat finale song, semua artis menyanyi ramai-ramai dan si penyanyi seksi ni tiba-tiba pulak pakai tights hitam di bawah skirt pendek dia! Hahahaha...baru perasan seksi(a) ke atau baru kena tegur! Saya rasa stesen TV pun kena la main peranan sebelum lepas artis-artis naik pentas, check la dulu pakaian diorang. Janganlah sebab nak dapat rating tinggi, semua yang tak patut di patutkan!

Azizah Mahzan

Dan sebagai ingatan kepada semua (terutama yang menulis ni), eloklah tutup apa yang patut ditutup. Dah lah tak bertudung, tertonjol-tonjol pula yang tak sepatutnya. Dan kepada yang bertudung litup tu, eloklah longgarkan dan labuhkan pakaian anda agar tidak menampakkan susuk tubuh tu. Walaupun anda rasa potongan badan anda tu yang terseksi di Malaysia, simpan sajalah untuk tatapan suami anda atau diri anda sendiri. Rasanya lebih manis bila kita lihat wanita melayu berbaju longgar, labuh dan menutup aurat kan! Till then, Adios...

Friday, June 5, 2009

MELAYU oh MELAYU


Sebenarnya entry ni lebih kurang nak melepas geram jugaklah. Takde kena mengena dengan gambar pemimpin-pemimpin UMNO di atas ye. Cuma sedih sedikit kerana wira-wira di atas ni lah yang sebenarnya berjuang untuk membangunkan bangsa Melayu yang semangatnya semakin lemah dan pudar dewasa ni. Rasanya semua pernah mengalami pengalaman yang bakal dicoret ni. Perasan tak, kalau kita masuk kedai/restoran yang salesperson/waiter dia orang melayu....

Firstly - hampir pasti dia akan buat tak tahu kat kita. Kalau kita panggil, seboleh-boleh dia akan tolak kawan dia suruh layan kita. Atau kalau tak ada pilihan, dia akan datang dengan muka yang toya!

Secondly - bila kita bertanya soalan, dengan pantas dia akan jawab 'entahlah' atau 'tak pasti lah' atau lagi senang jawab 'tak tahu nak kata lah'!

Thirdly - muka yang melayan kita tu tak pernah nak senyum. Masam je!

Fourthly - service masyallah punyalah SLOW atau melayu cakap LEMBAP!

Lastly - general knowledge sangatlah limitednya! Kadang-kadang benda yang simple pun tak tahu jawab. For example kalau kita ke kedai perabot nak cari meja...then lepas tu nak tengok katil pula, salesperson melayu tu boleh cakap dia tak tahu apa-apa pasal katil. Dia tahu pasal meja je. Padahal katil dengan meja tu sebelah menyebelah je. Laa..apa lah salahnya kalau ambil tahu sikit. Nama pun salesperson kedai perabot!

Sama jugalah kalau kita ke pejabat-pejabat kerajaan atau ke bank-bank yang majoriti pekerjanya Melayu. Kalau tak bersembang-sembang sampai sebatu boleh dengar sambil ketawa mengilai tu tak sah. Tak salah nak bersembang sampai esok pagi pun, tapi janganlah sebab sibuk bergossip sampai tak nampak yang tengah menunggu ni dari berbelas dan jadi berpuluh. Tapi agaknya diorang cakap kuat-kuat konon nak bagi nampak busy lah kot.


Senyum tu pembawa rezeki..kalau makcik ni lebihkan senyuman alangkah bagusnya! :)


Tapi kenapa kalau kita ke kedai yang dijaga bangsa lain kita akan di layan dengan baik sekali? Tahap profesionalisme mereka memang tak boleh nak ditanding. Muka memang akan tersenyum bila greet kita. Kalau kat kedai diorang takde jual sesuatu benda yang kita cari, diorang akan cakap benda tu habis. Padahal diorang tak pernah jual pun. Next diorang akan attract kita dengan produk yang similar yang dijual di kedai diorang. They won't just let us go away. Kalau kedai melayu, hmm...jangan haraplah. Lagi cepat kita keluar dari kedai diorang lagi bagus agaknya!

Tapi saya pasti tak semua orang Melayu macam tu, dan tak semua bangsa asing yang bagus dalam customer relations diorang. Sebagai orang melayu, saya selalu yakin bahawa bangsa Melayu gemilang, bangsa Melayu bermaruah, bangsa Melayu cemerlang dan bangsa Melayu akan kekal sampai bila-bila....bersyarat... jika bangsa Melayu cekal, bangsa Melayu rajin berusaha, bangsa Melayu berilmu pengetahuan dan bangsa Melayu yakin diri! Till then, Adios..

Thursday, June 4, 2009

BEWARE of Expensive FAKES!!!

Perasan tak semenjak dua menjak ni, kedai-kedai beg second-hand ataupun disebut 'preloved' ni tumbuh bagai cendawan. Diorang ni menjual beg-beg terpakai kononnya dari kerabat-kerabat di Raja dan VIP-VIP yang dah jemu dengan designer bags diorang, dan jual dengan harga murah. Murah pun tak la murah mana. Ribu-ribu jugak lah. So, para fanatik handbags pun akan menerjah kedai-kedai sebegini untuk mendapatkan the best deal out of their dream or favourite handbags yang tak mampu dibeli first hand kerana harga yang mahal. Tak dapat beg bau fresh from butik pun takpe, janji beg idaman sudah dalam genggaman!



OK, lokasi butik preloved ni terdapat di Sri Hartamas, Cheras dan Mutiara Damansara (tak pasti kalau ada tempat lain). I'm not trying to scare any of you from buying preloved, cuma berhati-hatilah. Because from my experience, setelah mengamati betul-betul keadaan beberapa beg dalam 2 buah butik preloved, dapatlah disahkan bahawa ..it's not ORI (not all, some of it)!! Diorang campur-campur antara ORI dan Fake! The worse part is, they're selling it for the price of an ORI bag! Sebagai contoh, satu beg LV Monogram Neverfull GM(kononnya 2nd hand) dijual dengan harga RM2,600. Itu harga dekat pricetag, kalau mintak diskaun mungkin dia akan bagi RM2,000 kot. But RM2,000 for a fake bag??? Tak masuk akal kan. Another example, ada sebuah Gucci Princy medium Boston bag (yang gold sateen fabric) from last season. They're selling just for Rm2,200 belum discount! Kat butik kalau tak silap around Rm3k. Musykil jugak kenapa owner beg tu nak let go such a new bag. Bila diperiksa, zip beg tu stuck-stuck sikit bila nak bukak (another tips when buying 2nd hand bags- check the zip!) Tapi kepada sesiapa yang tak mengenali antara bag Original dan Tiruan, mungkin susah sikit nak bezakan! Takut tertipu nanti..




Beg Tiruan sekarang pun yang Gred AAA (lagi banyak A lagi baik kualitinya), memang hampir sama dengan ORI. Tapi amat malang sekali jika kita terbeli beg tiruan tetapi membayar harga yang hampir sama dengan ORI! Dalam kes sebegini, rasanya kita kena banyak buat homework sebelum membeli sesebuah beg tu. Takde cara lain. Ataupun membawa bersama kita kawan atau sesiapa saja yang mahir tentang beg. Or..kalau dah harga ribu-ribu tu, baik beli dekat butik yang betul sajalah. Tak payah beli dekat preloved shops ni!


Beg Original takkan ada tag yang tergantung-gantung macam ni!

...dan kalau dah beg disangkut banyak-banyak macam ni, memang confirm TAK ORI!


Apapun sebelum membuat apa jua keputusan, fikir dengan bijak. And in this case, jangan terburu-buru buat keputusan bila dah nampak beg idaman. Tauke kedai tu akan sedaya upaya nak suruh kita beli jugak beg tu by saying it's the last piece lah, rare piece lah, can give u good discount lah, cheaper from the boutique by half price lah! Sometimes, when something is just too good to be true...think twice harder!! Till then..Adios..

Tuesday, June 2, 2009

SK II - The Best For Your Skin!


Tried and tested many products before, from Estee Lauder, Clinique, Dior to Olay and L'oreal. But i must say, what drives me to SKII is definitely the Miracle Water. Been wanting to give it a try long time ago but i always hesitated saying how much difference can this brand be from the other leading brands i've used. But i was totally wrong! I haven't even finish my first bottle of the Miracle Water but have already seen changes in my skin. Less oily, even skintone and in fact clearer skin. No, nobody pays me to say all these. But I'm just sharing what i think might just as well work for you people.



The Facial Treatment Essence dubbed as the Miracle Water by many!


The Miracle Water contains 90% pure Pitera (yea.. you can tell it from the smell, very yeast like and not so pleasant. But you'll get used to it after awhile). It balances skin's pH, sebum secretion, moisture and oxygen levels so that the oily area becomes less oily and dry area becomes more moisturized.

After being successful in my first try-out, I started changing my entire skincare to SKII starting from the most important tool - the eye cream! Yea you have 2 choices for the eye cream. The first one is the Signs Eye Cream which basically does everything from tightening the eye area, reduce puffiness and dark eye circle and lightens fine lines.


Signs Eye Cream


Then the second eye cream of your choice is the Advanced Eye Treatment Film. It's oil-free and provides long lasting hydration around the eye area, increasing suppleness and reducing dullness.


Advanced Eye Treatment Film

So, let's get back to the very first step. Before applying all the said things above, start with the basic. Cleanser, Toner and Moisturizer! (I always skip the Toner part, and in this case the Miracle Water acts as a toner to me!)



First Step : Remove all your make-up with the Facial Treatment Cleansing Oil (this is really good as it can also removes Waterproof mascara in a go!)


Second step : Cleanse off with the Facial Treatment Cleanser before applying the Miracle Water.

Third Step : Apply on the Signs Treatment Totality (the best ever Moisturizer)

And kalau suka nak memanjakan diri, boleh lah jugak guna Signs Eye Mask...



...dan Facial Treatment Mask ni seminggu sekali!


Tapi kalau taknak pakai mask pun takpe. Yang penting 3 basic steps tu kena ikut dan buat setiap hari! Tak kiralah brand apa pun yang kita pakai...pokoknya mesti mau rajin dong! Till then, Adios..

Monday, June 1, 2009

HALAL KE TAK??


Selalu kita orang Islam akan pergi makan ke tempat yang kita nampak ramai orang Islam makan dan bila pekerjanya majoriti orang Islam, lagilah kita berasa yakin. Tapi sejak kebelakangan ni, banyak pulak cerita-cerita yang kita dengar mengenai status Halal/Haram sesuatu produk ataupun tempat makan tu. Kadang-kadang dengar orang cerita, kadang-kadang dapat dalam e-mel. Sahih ke? Ataupun ada unsur-unsur sabotaj ke atas sesuatu tempat tu ataupun barang tu? Yang pasti bila cerita-cerita sebegini tersebar, maka kita pun turut sama akan berkempen kepada kenalan dan sanak saudara kita agar memboikot produk tersebut.


Tahun lepas kalau tak silap, tersebar cerita ada satu jenama aiskrim yang sangat terkenal kononnya tak halal. Check punya check memang betul aiskrim jenama tu diperbuat di China! Tapi ada logo halal di pek aiskrim tu. Cuma logo halalnya bukan logo halal JAKIM. Baru-baru ni, saya memeriksa lagi pek aiskrim jenama yang sama, tapi country of origins nya dah berubah..dari Indonesia pula. Hmmm...


Logo HALAL yang terdapat pada pek aiskrim WALL's

Tapi jika benar ianya tidak halal, kenapa kerajaan ataupun pihak Jakim tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media. Sama juga dengan air keluaran Yeo's, kononnya terdapat tempat ternakan babi di sebelah kilangnya. Sampaikan Limau Bali Tambun yang popular di Perak tu pun orang kata, pokoknya di tabur baja tahi khinzir@babi! Ini membuatkan masyarakat Islam ragu-ragu and at the same time tertanya-tanya mengapa tiada apa-apa tindakan sewajarnya dari pihak berwajib. Ataupun adakah semua ini hanya sekadar cerita kosong yang direka oleh competitors mereka?


Bagaimana pula dengan makanan seharian kita? Nasi Lemak di Gerai Pak Su, mee goreng di warung Cik Kiah ataupun sup tulang di Restoran Mamakku. Dari mana pula mereka mendapatkan bekalan daging ayam dan stok daging? Memang pening kepala kalau nak dikira satu persatu kan. Last-last kita tawakal je lah. Kalau nak masak sendiri dirumah pun sama juga, sebab perlu mendapatkan bekalan bahan segar dari pasar atau pasaraya. Dalam hal ni, pihak Jakim perlu memainkan peranan memantau sources pasaraya-pasaraya ni dan juga tempat-tempat penyembelihan di Malaysia. Dan alangkah bagusnya jika Jakim dapat menyenaraikan tempat-tempat makan dan produk-produk yang halal dan tidak halal di Malaysia sebagai sumber rujukan umat Islam. Dan
beberapa bulan lepas, seorang YB ada membangkitkan dalam sessi parlimen bahawa hotel-hotel dalam Malaysia ni, sebenarnya cuma ada beberapa belas saja yang ada sijil Halal! Memeranjatkan. Tapi kenapa Jakim tak keluarkan senarai lengkap agar masyarakat tahu hotel mana yang elok di boikot!

Inikah logo Halal Malaysia yang sebenar?


Atau yang ini?

Atau ini??

Logo ini pula terdapat pada susu jenis ENFALAC yang dijual di Malaysia.



Apapun, yang pasti ini mesti TAK HALAL!!


Jadi kepada semua, jika ada was-was janganlah beli produk tersebut ataupun makan di tempat makan tersebut. Semuanya terpulang kepada kebijaksanaan anda dalam membuat penilaian. Till then, Adios..


Blog Widget by LinkWithin