Thursday, October 22, 2009

Should I STOP??

It has been weeks....dan tak tahulah kenapa the 'urge' to blog seems to vanish day after day.

But there's so much to talk about, so much to write...tapi kenapa ni? Busy sangat ke? Takkan sampai tak boleh nak manage time. Am I that disorganized? Takde mood ke? Tired?

I am so confused now!


Tuesday, September 29, 2009

Gemok@Fatty Bom Bom

Hallo!!!!!!!!!! Ogenki desuka??

Macamana Raya tahun ni?? Mine was GOOD Alhamdulillah! Ditambah dengan cuaca yang baik Raya pertama dan kedua tu...senang nak pergi menjelajah dari rumah ke rumah. :)

Seperti biasa, makanan wajib Raya seperti Lemang, Ketupat, Rendang, Nasi Impit, Lontong memang menu wajib di setiap rumah. Memang RUGI siapa yang tak makan. So bila dah 2 hari berturut-turut menjamah menu yang sama, maka pagi Raya ke-3 dah siap pergi McDonald's drive-thru beli Mc Breakfast! hehehe...Tengahari makan Maggi dan malam makan Pizza Hut! Hahahah...semua menu yang dah sebulan tak makan masa bulan Puasa!

Jadi dengan menu-menu yang tersenarai, mana tak bertambah lipatan lelemak di badan kan?? kan?? :( Selalu orang cakap bulan Puasa turun 2kg, seminggu Raya naik 5kg! Tapi bagi sesiapa yang bulan Puasa pun tak turun berat badan...hmm...lagi hampeh!*sedih*


Kenapa kita senang GEMUK dalam masa sebulan saja beRAYA?

#1 : Kadar Metabolisme kita menurun sewaktu kita berpuasa selama sebulan, jadi bila 1st dan 2nd day Raya tu, dengan segala macam juadah dibedal, ditambah dengan metabolism rate yang baru terhegeh-hegeh nak speed up, mana taknya berdouble-double tambah berat badan.

#2 : Juadah Raya yang sememangnya berkalori tinggi - seperti Lemang & Ketupat (tak lemak tak sedap!), Rendang (tak berminyak tak umpphhh!!), Biskut Raya yang berwarna -warni (tak manis bukan biskut namanya!)

#3 : Open House - rasanya bermula minggu ni dan seterusnya akan panjang lebar list dan SMS yang menjemput kita ke rumah-rumah terbuka kan? Takkan nak tolak pelawaan orang kan..dan kalau dah pergi takkan nak tengok je Nasi Briyani, Soto, Kambing Golek dan Mee Rebus tu?? Rugi..rugi.. alah...sebulan ni je nak maka meriah macam ni! (haa...elok lah tu!)

#4 : Takde masa nak Exercise sebab BUSY baru start balik kerja, nak pergi open house lagi bla bla bla... (macam la bulan-bulan lain tu rajin bebenor exercise nya!) *dooshhh kedebabow*

Jadi kesimpulannya, untuk tempoh jangka masa panjang eloklah kita beringat-ingat waktu makan tu (cakap sonang la!). Sebelum segala macam penyakit datang menyerang, control la apa yang patut. My mother selalu pesan, 'SEMUA benda kita boleh makan, cuma makan dalam kuantiti yang sikit dan berhentilah sebelum kenyang! Tak perlu sekat, itu tak boleh, ini tak boleh...kufur nikmat!' (tapi kadang-kadang bila dah start makan tu, boleh lupa donia!)

Till then, Adios!

P/S: Since dah lama saya tak masuk Blog ni (very the busy with Raya plus my adik nak kahwin bulan ni), sure dah miss macam2 interesting story mory you all semua. Takpe, akan ku gagahi membacanya (dan mengomen mana yang patut!) satu persatu bermula malam ni, memandangkan saya kerja syif malam hari ni! Huhuhuhu...


Thursday, September 17, 2009

PUTUS 5 JARI!!!


Kelima-lima jari tangan kiri seorang remaja di Sik Kedah putus dan tapak tangannya hancur selepas terkena mercun Bola ketika sedang bermain mercun di rumahnya petang 2 hari lepas.... dan dek kerana itu juga, maka adik kita ni tak sempatlah nak bersalam raya ketika Aidilfitri bakal menjelma hujung minggu ni!

Sebelum ni, yang mata hampir buta akibat mercun pun ada jugak. Nasib la hampir buta...kalau BUTA terus?? Tak ke 'menempah' namanya tu!


Sebenarnya tak tahulah nak kata apa... dan tak tahulah nak rasa sedih ke...nak kata 'padan muka' ke. Sebab setiap tahun berbagai kempen dan peringatan disiarkan di TV , di suratkhabar...dan rasanya mak bapak dan cikgu-cikgu di sekolah pun mesti turut sama memberitahu tentang bahaya mercun ni!

Tapi bak mencurah air ke daun keladi.... Agaknya, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu lah budak-budak ni takkan sedar dan serik!

Haa...kalau macam tu pii la main, tak cukup mercun Bola, pi pasang Meriam Buluh ke Meriam Batang Paip ke apa ka. Lagi KEDEBABOOWWW bunyi, lagi meriah kan! Elok-elok jari ada 10, tinggal 4..... lagilah bertambah-tambah meriah raya!!! Seronok apa mata berbalut sebelah, macam Pirate of Carribean je kan!

Apapun, sentiasalah awasi anak-anak kita di musim perayaan ini ok....walaupun hanya sekadar bermain 'bunga api', mereka masih perlu dipantau! Semoga Aidilfitri kita nanti akan terus diisi dengan senyuman dan gelak tawa dalam menyambut kemeriahannya!

Wednesday, September 16, 2009

Clutch for RAYA??


Amacam ok tak Clutch ni untuk Hari Raya nanti?? Sure mata sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan tertumpu kepada 'Burung Kakak Tua' dan 'Burung Hantu' yang anda bawak ni kan! eheheh...


Tapi seriously ada ke orang bawak benda ni? Tak pernah nampak pulak mana-mana selebriti Hollywood yang bawak. Selalu benda pelik-pelik ni diorang yang merasmi dulu!


Madam Judith Leiber

Burung Hantu dan Burung Kakak tua ni adalah dari brand Judith Leiber dan badannya disaluti batuan Kristal yang pastinya akan menyinari segenap ruang yang kelam di Aidilfitri nanti! Mesti kalah lampu lip lap yang bergantungan di rumah tu!!


Harga untuk Burung Kakak Tua menghampiri 5000 pound sterling (lebih kurang RM30,000!!) dan harga Burung Hantu pulak hampir 4000 pound sterling (plus minus RM24,000!). *isshhh...al-mengarut sungguh!*


Ada sesiapa yang berkenan nak beli salah satu 'Burung' kat atas ni? Bolehlah beli melalui Net-A-Porter ye. Me? Eheheh...kirim salam je lah...SERAMMM nak membawaknya!

Tuesday, September 15, 2009

Megan Fox sebenarnya seorang LELAKI!!

First of all, mesti majoriti tahu siapa Megan Fox kan?? Alah..... heroin filem Transformers yang seksi meksi, yang buat hubby kita tak berkelip mata bila tengok tu lah! Nak tengok Optimus Prime dan Bumble Bee kononnnnn...PADAHAL....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



.....ini yang nak ditengoknya!! Haa..... takpe tengok lah dulu, refresh balik minda dengan gambar-gambar Si Megan dari filem Transformers ni.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Dah puas tengok dah? OK......menurut Weekly World News, Megan Fox sebenarnya dilahirkan dengan nama Mitchell Reed Fox di Rockwood, Tennessee sebagai seorang LELAKI!! Tak percaya ah?? I pun tak percaya jugak mula-mula!

Tapi sejak kecil, Mitchell memang minat 'dressing up' dengan pakaian-pakaian wanita. Puas jugaklah mak bapak dia bawak pergi jumpa paderi nak 'cure' Si Mitchell ni dari interest dia yang tidak ke arah kelelakian tu.



So by the time umur dia cecah 13 tahun, dia dah start career dia as 'female child performer'. Dan bila umur dia cecah sweet 16, mak bapak dia offer nak buat 'sexual reassignment surgery' since diorang dah nampak potensi anak diorang dalam showbiz ni....tapi tak boleh la pulak nak buat sebab dia di-bawah umur time tu.

Since then, Mitchell/Megan has been working non stop dan dah banyak kali dia ni tersenarai dalam Hottest Women's List around the world!

Bila I bagitau Mr Nik cerita ni...dia GELAK BESAR!! I pun gelak lagilah besar!! Hahahaha... bukan dia je yang tak boleh terima hakikat, ramai lagi lelaki kat luar sana yang mesti frust tonggang terbalik bila tahu hal sebenar ni! Kepada lelaki-lelaki yang siap tampal poster Megan kat bilik tidur tu, ada kalendar Megan kat meja opis tu, yang wallpaper Computer gambar Megan.....eeee....ropanya selama ni korang dok admire@angau kat lelaki la ye! Eheheheheheeh..... Adios!!



Monday, September 14, 2009

Apasal perlu menyibuk di situ??

You all perasan tak setiap kali waktu berlangsungnya Auto Shows atau Formula One atau Motor Grand Prix ....mesti ada ramai perempuan-perempuan yang seksa SEKSI berkeliaran??


Kalau sewaktu Auto Shows, biasanya wanita-wanita yang berpakaian 'mini skirt' dan sendat mendat (yang pakai BIKINI pun ada!) ini, akan menempek di tepi kereta-kereta mewah atau separa mewah sambil tersenyum kambing dan kadang-kadang melambai-lambai kepada yang tengah lalu lalang. APA KES??


Kalau pada perlumbaan F1 atau Motor GP pulak, biasanya wanita-wanita ini akan menjadi pemegang payung a.k.a. Umbrella Girls kepada pelumba-pelumba kereta dan motor itu. Well, yang kedua ni nampak macam ada lah jugak fungsi mereka-mereka ni, tetapi yang untuk nombor satu tu, setakat menyenget kat atas platform berputar yang ada sebijik kereta...hmm...bagi saya baik tak payah ada pun takpe.

Tapi Si Pemegang Payung tu pun, yang kena pakai seksi seksa setakat nak pegang payung tu apa kes jugak? Pakai T-shirt biasa dengan seluar tak boleh ke?


Bila saya tanyakan pada Mr.Nik, kenapa perlu ada wanita-wanita ini di tempat-tempat itu, dia kata...... 'oklah tu...ada jugak sumber pendapatan minah-minah tu!' *sungguh tidak menjawab soalan!*

Bagi saya mudah saja, kaum wanita telah dieksploitasi di dalam konteks ini!! Betul tak wahai kaum wanita sekelian??

Tapi kan, kenapa mereka ni hanya ditempekkan di tepi KERETA?? Kalau betul dengan adanya wanita-wanita ini, jumlah jualan akan meningkat......Kenapa di galeri-galeri penjualan rumah sebagai contoh, tak letak pulak minah-minah ni?? To me, kalau seseorang tu memang minat dengan sesebuah kereta dan nak beli kereta tu, dia akan beli jugak walaupun ada atau tidak perempuan tertenggek kat tepi kereta tu kan? Dan kalau memang dah tak nak beli kereta, letak 10 perempuan tergeliat tepi kereta tu pun, tetap dia tak beli jugak.


Jadi apa sebenarnya signifikan perempuan dan kereta ni?? Saya tak tahu dan masih tak tahu. 'Fening' kepala memikirkan masalah negara ni! Eheheh. Kalau diajukan soalan ni kepada kaum lelaki, majoriti PASTI akan kata...'Apa salahnya, boleh jugak buat cuci mata!'...... *hmmm...lagi hampeh!*

Sunday, September 13, 2009

This is a GOOD one!


Baca Mingguan Malaysia tadi dan karikatur by Maro ni sangat bagus sekali untuk memberikan gambaran sebenar 'krisis' Malaysia-Indonesia ketika ini.

Saturday, September 12, 2009

HAP.. HAPP.. HAPPY!!


Am too happy to write today.... to even think of anything!

Friday, September 11, 2009

Kes CERAI lagi....


Baru minggu lepas tak silap baca kisah KrisDayanti dicerai talak 3 oleh suaminya Anang. Semalam pulak, kisah penyanyi Siti Nordiana dicerai talak 2 oleh suaminya, pelakon Faizal Yusof. Sebelum ni, Akhil Hayy dan isteri Maizawati. Sebelum sebelum tu....Sarimah Ibrahim dan suaminya Amir. Sebelum sebelum sebelum tu....Hmm......


Kalau dulu, orang kahwin Mat salleh mesti kita kata tak kekal lama. Tak semestinya. Kahwin sesama Melayu pun ramai yang bercerai. Dan bukan hanya selebriti yang kahwin-cerai, orang biasa pun ramai.... cuma tidak mendapat exposure.


Persoalannya, mengapa rumahtangga pasangan sekarang RAPUH? Kalau kita tengok pasangan dulu-dulu, walaupun tidak se-romantis mana, namun rumahtangga yang mereka bina kekal sampai ke anak cucu! Tak macam pasangan sekarang yang sangatlah loving doving, berpeluk mesra sakan, tergeliat sana tergeliat sini masa bercinta......tapi kahwin baru setahun setengah, dengar-dengar dah bercerai! Bercerai pulak tak main talak 1...terus talak 2 ke 3! Yang jadi mangsa, anak-anak! *kepada yang ada anak lah!*


My mother selalu cakap...'orang sekarang malas masak, suami tak merasa air tangan isteri......mana nak kekal!'.....BETUL KE?? *doooshh kedebabow.....kena batang hidung sendiri malas masak!*

Atau ada sebab lain??

* Mungkin sekarang ni, para isteri lebih educated dan ada kerja yang secure, jadi kebergantungan terhadap suami tu kurang.... sekaligus kita rasa tempat suami se'level' dengan kita dan hilang rasa hormat?

* Atau masalah rupa paras? Mungkin tidak kot.... sebab rata-rata yang kena cerai ni..lawa-lawa, hensem-hensem dan masih dalam kategori muda belia belaka!

* Tiada persefahaman?? Tapi kadang tu boleh berkawan a.k.a. 'couple' sampai 5-6 tahun, kahwin tak sampai setahun dah bercerai! Takkan masa berkawan 5 tahun tu tak cukup untuk menyelami hati budi?

* Masalah kewangan?? Sesudah kahwin mungkin baru tahu duit banyak nak kena pakai urus rumahtangga. Ye lah...dulu nak tanggung diri sendiri, sekarang dah berdua. Mana dengan nak bayar hutang Mak Andam, Katerer, Khemah lagi, Baju pengantin Bernard Chandran lagi.... Bila dah ada anak...lagilah terasa akan kepentingan pengurusan bajet!

* MATERIALISTIK???? Hmm....tengok kanan tengok kiri, member semua pakai Gucci, Prada, LV....apahal sendiri pakai beg Vincci je? Member ada cincin 2-karat, aku cincin belah rotan je! Nak suruh suami beli, dia tak mampu. Tiba-tiba ada pulak lah buaya yang hulur tengkok bagi hadiah benda-benda idaman hati! Time ni lah tanda-tanda awal pergolakan rumahtangga akan tercetus!

* Orang ke-tiga?? Sibuk je orang ketiga ni kan! Yang bujang-bujang melambak lagi...orang punya jugak yang dia nak sibuk kacau! Tapi i always believe that IT TAKES TWO TO TANGO! Takkan terjadi apa-apa hal kalau pihak satu lagi tak layan.

Jadi, eloklah kita ingatkan diri sendiri (myself too) agar sentiasa berusaha untuk meng'improve'kan diri setiap hari, agar menjadi yang lebih baik demi kesejahteraan keluarga kita! Till then, Adios...

Thursday, September 10, 2009

Macam takde NAMA lain....

Akhirnya, McDonald's lost an eight year battle with a Malaysian curry house, yang telah sangat 'kreatif' menggunakan perkataan 'Mc' di hadapan nama kedai mereka 'McCurry'!

McDonald's pada tahun 2001 telah menyaman McCurry kerana menggunakan awalan 'Mc-' tu dalam nama kedai diorang, tapi Mc tu pun bukannya hak milik McDonald's. Walaupun menang, tapi saya sedih jugaklah dengan nama McCurry ni.... *hmmm*


Apapun... persoalannya sekarang, Mr P. Suppiah owner McCurry ni takde idea lain ke nak namakan restoran dia? Dahlah background pun pakai warna merah macam McDonald's! Cubalah bubuh nama lain macam errr....Suppiah Curry House ke, SUPer Curry Murry ke, Rumah Kari Suppy ke.....Rasanya, ni memang sengaja dia buat lah untuk attract attention! Katanya, McCurry stands for Malaysian Chicken Curry. Apa-apalah Mr. Suppiah.....since dah menang ni, katanya dia akan bukak lebih banyak cawangan McCurry dengan hati yang senang.


So, ada sesiapa yang pernah makan kat restoran McCurry ni? Best ke Kari Kepala Ikan dia yang kononnya special tu? :)

Blog Widget by LinkWithin